Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

HAWA ANJURKAN BEGKEL KEMAHIRAN

PUSAT TARBIAH TUTONG, AHAD- 12hb Julai 2009 - Kemahiran yang diajarkan dan di raih melalui bengkel bukanlah hanya untuk diguna pakai secara individu tetapi adalah lebih baik jika ianya di majukan secara berkumpulan untuk menghasilkan produk yang boleh di pasarkan secara meluas.

Perniagaan kecil-kecilan secara berkumpulan sudah berkesan kejayaannya yang di capai oleh wanita-wanita di luar negara menggunakan formula sedemikian terutama sekali bagi mereka yang tidak mempunyai modal yang besar tetapi mempunyai semangat dan kemahuan untuk berniaga.

Berniaga secara persendirian lazimnya hanya bagi mereka yang mempunyai modal yang besar untuk membayar sewa, pekerja dan sebagainya jika sekiranya semua itu tidak ada perusahaan yang lazimnya dilakukan bersendirian tidak akan mencapai kejayaan yang tinggi melainkan ianya dilakukan secara koperasi atau berkumpulan.

Perkara itu ditekankan oleh Ketua Himpunan Wanita Pusat Dyg Hjh Sa’emah Hj Kepli ketika berucap pada Majlis Bengkel Kraftangan Plaster Mould yang diadakan di Pusat Tarbiyah Tutong kelmarin.

Beliau dalam ucapannya juga menyeru kepada kaum wanita terutama sekali ahli-ahli wanita supaya melakukan transformasi dengan bersikap terbuka bukannya hanya bersikap individu dalam menjayakan bidang perniagaan, dan mendokong apa yang sentiasa di hasratkan oleh pucuk kepimpinan dalam parti untuk wanita menubuhkan koperasi di setiap ranting termasuk dalam menghasilkan produk ataupun membuka kedai-kedai runcit yang boleh dijadikan sebagai One-Stop oleh penduduk kampung mereka dan melakukan saingan yang positif dalam ekonomi demi menghindarinya daripada di kompromi oleh peniaga-peniaga asing yang terus memakai sistem Lesen Ali Baba di sesebuah negara Melayu.

Seramai kira-kira 50 orang di kalangan ahli-ahli wanita Parti Pembangunan Bangsa daripada seluruh neara telah menyertai Bengkel Kemahiran tersebut yang dianjurkan oleh Himpunan Wanita Pusat bersempena dengan bulan Perayaan sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 63 anjuran NDP.

Di samping itu ianya juga merupakan program kemahiran berterusan yang dilaksanakan demi untuk meningkatkan kemahiran, kemajuan, pengetahuan dan kesedaran kaum wanita di dalam berbagai bidang yang boleh dikembangmajukan dan menaikkan taraf martabat wanita dalam berbagai bidang, selain bagi membukakan peluang mereka menghasilkan produk yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan.

Bengkel Membuat Kraftangan daripada Plaster Mould telah dikendaiikan oleh pasangan suami isteri Mr Lau Kui Kian dan Mdm Ting Su Lee merupakan pengusaha Syarikat K.K Law yang mengusahakan pembekalan produk-produk kraftangan Plaster Mould dan produk minuman segar Soya Bean yang dibuat sendiri dan kini mendapat pemasaran di pasar-pasaraya di seluruh negara.

Plaster Mould merupakan produk kraftangan yang boleh dijadikan sebagai hiasan dalam rumah, di taman dan dijadikan hadiah-hadiah cenderahati dengan ukiran-ukiran yang memerlukan kreativiti individu yang sudah mahir membuatnya.

Menurut Mdm Ting, produk yang mereka hasilkan di bekalkan ke negara jiran, untuk di jual di pasaran pelancongan dan setakat ini pasangan itu memerlukan lebih banyak pembekal daripada negara ini yang boleh membantu mereka dalam menambahkan pembekalan produk berkenaan.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada wanita-wanita NDP yang telah menyertai bengkel tersebut untuk menggunakan ilmu yang ada untuk dimajukan dengan membuat produk secara berkumpulan dan menghasilkan produk yang banyak secara berterusan.

Pasangan tersebut juga dijangka akan mengendalikan lagi sebuah bengkel anjuran Hawa Pusat untuk membuat tanglung yang juga merupakan produk kraftangan yang juga lazimnya dijadikan perhiasan dalaman rumah, taman dan sebagainya sehingga dijadikan hiasan di bilik pengantin dan pelamin.

Program hari ini juga turut di selitkan dengan taklimat dan demo kesihatan daripada serombongan pengusaha-pengusaha produk kesihatan NDP yang mengongsikan pengalaman untuk melakukan perniagaan secara kecil-kecilan melalui penjualan produk-produk kesihatan.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.