Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Felda jadi gedung makanan negara

Oleh Azman Zakaria dan Junita Mat Rasid
bhnews@bharian.com.my

Usaha transformasi tanah rancangan: Najib

LABIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan berhasrat menjadikan tanah rancangan Felda di seluruh negara sebagai gedung makanan negara yang mampu mengeluarkan tanaman berskala besar.

Beliau berkata, ia sesuai dengan tema Felda moden yang digariskan bagi tanah rancangan itu untuk 50 tahun akan datang, dengan satu daripada projek keutamaan itu ialah mentransformasikan Felda sebagai gedung makanan negara, sekali gus meningkatkan pendapatan peneroka.

Bagi melaksanakannya, katanya kerjasama sudah diwujudkan dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) yang akan membeli hasil tanaman peneroka mengikut harga pasaran.

"Peneroka Felda akan menjadi petani kontrak (contract farmers)... mereka tanam dan Fama akan mengambil hasil tani itu dengan harga pasaran.

"Menerusi konsep ini dan dengan keluasan Felda yang mempunyai 313 tanah rancangan di seluruh negara, saya percaya ia boleh memberi sumbangan besar kepada hasrat kerajaan untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi," katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Peneroka 2009 peringkat kebangsaan di Felda Maokil, dekat sini, semalam.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Lebih 25,000 peneroka hadir pada majlis bertemakan 'Transformasi Memacu Kejayaan', iaitu ke arah pembentukan budaya yang lebih cemerlang dan melonjakkan lagi kejayaan pada masa depan.

Najib berkata, usaha menjadikan Felda sebagai gedung makanan negara juga disebabkan masih ada banyak kawasan atau tanah kosong di tanah rancangan itu, termasuk di kawasan perkarangan rumah peneroka yang boleh dimanfaatkan untuk tanaman seperti cili, terung, pisang berangan dan sebagainya.

"Setiap peneroka menerima tanah seluas empat hektar (10 ekar) dengan 0.1 hektar (0.25 ekar) untuk kawasan tapak rumah yang boleh diusahakan dengan pertanian," katanya.

Beliau berkata, kerajaan menyediakan peruntukan khas RM10 juta untuk melaksanakan program itu, manakala markah 15 peratus diperuntukkan untuk Felda yang melaksanakannya bagi pemilihan kategori anugerah Edible Garden.

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, usaha menjadikan Felda sebagai gedung makanan negara berikutan import makanan negara adalah besar.

Sehubungan itu, katanya, Felda Global Venture yang dilancarkan baru-baru ini akan menjadi pelaku global yang besar dalam membantu syarikat negara pada peringkat global.

"Tak cukup jadi pelaku besar dalam negara, tetapi melangkaui lebih jauh, peringkat serantau dan global... lebih banyak syarikat ikonik seperti ini, maka lebih mudah kita tembusi pasaran dunia," katanya.

Katanya, sejak dimulakan 53 tahun lalu, Felda membawa pembangunan pesat kepada masyarakat luar bandar dengan 113,000 keluarga peneroka dapat dikeluarkan daripada garis kemiskinan, malah ramai peneroka sudah mengubah suai rumah masing-masing menjadi lebih besar dan cantik.

"Perkembangan Felda begitu menggalakkan... kita tak akan berhenti setakat ini, kita nak jadikan Felda sebagai model ke arah kejayaan lebih besar.

"Untuk 50 tahun akan datang, kita akan buka minda anak-anak peneroka untuk melihat segala kemungkinan yang tidak termimpi oleh kita, tetapi dengan peluang yang ada, kita mampu mencapai apa yang tidak terfikir," katanya.

Beliau berkata, pada masa depan, beliau juga tidak mahu melihat rumah Felda dalam bentuk asal, sebaliknya rumah yang lebih besar hasil daripada kejayaan peneroka.

Katanya, kerajaan pada tahun ini menyediakan peruntukan tambahan RM225 juta untuk menaik taraf rumah peneroka.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan anugerah kepada peneroka berjaya dengan Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2009 dimenangi Felda Ulu Belitung, Johor, selai gus membawa pulang hadiah RM1 juta.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.