Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Brunei masih jauh ketinggalan di bidang pendidikan

LIMBARUH HIJAU 3 JULAI 2009 - Brunei masih jauh ketinggalan di bidang pendidikan berbanding negara-negara maju yang lain bukan sahaja di arena antarabangsa malahan di rantau Asean sendiri.

Mungkin disebabkan inilah tahap kesedaran politik dan hak-hak rakyat dalam pemerintahan di negara ini begitu rendah berbanding sesetengah negara Asean.

Kenyataan ini dibuat oleh Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy dalam ucapan dasar Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4. Teks ucapan dasar dibacakan oleh Mantan Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman di majlis perasmian kongres pada 19 Jun 2009 bertempat di Dewan ICC Berakas.

Kata Presiden NDP dalam ucapan dasar tersebut,"salah satu daripada matlamat Wawasan Brunei 2035 ialah untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya diukur melalui piawaian tertinggi antarabangsa".

"Kalau kita melihat pendidikan dari aspek literasi, kita dapati Brunei telah pun mencapai tahap yang begitu tinggi iaitu kira-kira 95 peratus. Tahap ini meletakkan negara ini sebaris dengan negara-negara maju yang lain di dunia. Namun begitu kita dapati Brunei  masih lagi tergolong dalam negara-negara membangun".

"Oleh sebab matlamat Wawasan 2035 untuk mengukur pencapaian negara ini dengan piawaian tertinggi antarabangsa, maka bolehlah kita membandingkan beberapa statistik yang berhubung kait dengan pendidikan ini".

Pertama, tambah Presiden NDP, kita lihat dari statistik tempoh purata pendidikan. Di negara ini tempoh purata pendidikan mengikut kajian UNESCO ialah 13.9 tahun. Ini jauh berbeza dengan tempoh purata pendidikan selama 20.7 tahun.

"Apa yang kita boleh fahami dari statistik ini ialah menunjukkan sebahagian besar rakyat di negara Brunei mencapai pendidikan sehingga tahap menengah sahaja berbanding dengan kebanyakan negara-negara  membangun lainnya".

Kedua, katanya lagi, kenyataan ini disokong oleh statistik daripada kajian yang dijalankan oleh Bank Dunia. Mengikut kajian tersebut, hanya 15 peratus rakyat Brunei mencapai tahap pendidikan tinggi yang melepasi pendidikan menengah pada tahun 2006. Kalau mengikut SPN 21, kadar yang dicatitkan ialah 14 peratus sahaja. Melalui SPN 21 itu, usaha sedang diambil untuk meningkatkan tahap tersebut kepada 30 peratus.

"Kadar pencapaian 2006 itu, kita dapati terlalu jauh berbeza dengan negara-negara maju yang lain. Di Korea Selatan misalnya, peratus rakyat mencapai pendidikan tinggi menjangkau 92.6 peratus, Australia 72 peratus, Denmark 79.9 peratus, Jepun 57.3 peratus dan Perancis 56.2 peratus. Dari statistik ini, boleh kita simpulkan bahawa negara-negara yang mencapai status negara maju, peratusan penduduknya yang mendapat pendidikan tinggi melebihi 50 peratus".

"Ini bermakna kalau pun Brunei mencapai tahap 30 peratus seperti yang disasarkan di bawah SPN 21, saya rasa kadar pencapaian tersebut masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju yang lain".

Oleh itu, tekan Presiden NDP, besar kemungkinan hasrat kita untuk menjadi sebuah negara yang dikenali sebagai sebuah negara yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya diukur melalui piawaian tertinggi antarabangsa menjelang tahun 2035 tidak akan tercapai andai kata peratus pendidikan tinggi kita adalah di bawah paras 50 peratus.

Menurutnya lagi, mengikut kajian Bank Dunia juga, pada tahun 2000, Malaysia telah pun mencapai sebanyak 25.9 peratus dan Thailand sebanyak 35.2 peratus. Pada tahun 2006, pencapaian di Thailand melonjak kepada 45.9 peratus. Sementara Singapura pula, pada tahun 1995 lagi telah mencapai 33.7 peratus.

"Statistik ini memperlihatkan bahawa dalam kalangan negara ASEAN pun, negara kita masih ketinggalan jauh. Jadi bagaimana pula hendak kita mengukur negara kita dengan piawaian tertinggi antarabangsa", ujar Presiden NDP.

Katanya, barangkali inilah salah satu punca mengapa tahap kesedaran politik dan hak-hak rakyat dalam pemerintahan di negara ini begitu rendah berbanding dengan sesetengah negara jiran ASEAN kita.

MODAL INSAN

Sementara itu Presiden NDP dalam ucapan dasar juga menyentuh mengenai isu pendidikan dengan modal insan.

Jelas Presiden NDP, kalau mengikut teori modal insan, pelaburan ke atas pendidikan merupakan agenda utama yang perlu dilakukan.

"Ini kerana modal insan merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Justeru kualiti dan kuantiti pendidikan perlu diberi perhatian yang sama rata".

"Pendidikan tinggi pula perlu dilaksanakan mengikut standarad antarabangsa agar tenaga mahir yang dilahirkan mempunyai tahap kemahiran yang setanding dengan standard antarabangsa".

"Yang demikian buruh yang dilahirkan mempunyai kemahiran yang standing dengan buruh asing. Seterusnya ia nenatijahkan bahawa pergantungan kepada buruh mahir asing dapat dikurangkan", ujar Presiden NDP.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.