LIMBARUH HIJAU RABU 22 JULAI 2009 – PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) dengan ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kementerian Pertahnana dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) atas komitmen berterusan yang tinggi dalam membantu negara melaksanakan tanggunjawab membantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memelihara keselamatan di Lubnan.
NDP berbangga dengan peranan keselamatan Negara Brunei Darussalam yang bukan sahaja tertumpu di rantau Asia Tenggara malahan turut bersama berada menyumbang kepada pemeliharaan keselamatan dan perkembangan norma bimbingan pertubuhan antarabangsa itu.
Sebagai bukti komitment Negara Brunei Darussalam kepada penyelesaian secara aman terhadap pertelingkahan antarabangsa dan bantuan keamanan itu, ABDB telah menghantar seramai tujuh orang anggotanya mengikuti rakan seperjuangan mereka Malaysia ke Lubnan bagi meneruskan memberikan khidmat pasukan pengaman mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - Pasukan Interim PBB (UNIFIL).
 |
Menurut Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam, ini adalah penghantaran kali kedua bagi anggota ABDB yang diberikan misi mengawal keselamatan bersama-sama Angkatan Tentera Malasyia (ATM) dibawah perintah kontinjen MALCON (Kontinjen Malaysia) WEST 2 yang ditubuhkan pada 17 March 2009 di Kem Batu 10, Kuantan.
Anggota-anggota tentera tersebut telah diberikan satu majlis penghantaran rasmi pada petang kelmarin yang berlangsung di Hangar B Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei di Rimba. |
|
Dengan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan dan ABDB, serta para ahli keluarga anggota, bendera kebangsaan telah di serahkan oleh tetamu kehormat majlis, Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Paduka Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.
Hadir juga adalah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam Tuan Yang Terutama Dato’ Ku Jaafar bin Ku Shaari.
Semasa upacara perbarisan, Timbalan Menteri Pertahanan kemudiannya diperkenalkan kepada setiap anggota seramai tujuh orang tersebut. Mereka adalah 481 Mejar Hj Ismadi bin Hj Jumat, 712 Mejar (Dr) Mas Irman Rukmino bin DP Hj Abd Wahab, 901 Pegawai Waran 2 Mohd Sukri bin Mohd Tahir, 10800 Pegawai Waran 2 Pg Hj Ismail bin Pg Abas, 11832 Staf Sarjan Mohd Khairul Amir bin Kamis, 10820 Sarjan Mazlan bin Hj Abduk Karim and 11562 Sarjan Abdul Rahman bin Hj Kaling.
MALCON WEST 2 ditempatkan di bahagian barat sempadan Lubnan-Israel iaitu di At Tiri selama sembilan bulan bagi menggantikan penugasan MALCON WEST 1 yang sudah berakhir pada 30 Julai. Pada kesinambungan penugasan yang cekap oleh anggota-anggota lain, ketujuh orang anggota berkenaan telah membuat persiapan rapi sepanjang tiga bulan yang dikenali sebagai latihan Force Integration Training (FIT)di Kem Sungala, Port Dickson dari 30 April 2009 hingga 8 Julai 2009.
MALCON WEST 2 dijadualkan bertolak dari Brunei Darussalam pada hari ini menggunakan pesawat Penerbangan Diraja Brunei. Sementara pergerakan mereka dari Malaysia ke Lubanan mengikuti Kumpulan Induk yang mengandungi seramai 150 anggota akan bertolak pada 29 Julai 2009.
NDP sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar kesemua 7 anggota ABDB yang dihantar ke Lubnan akan sentiasa mendapat perlindunganNya dari segala mara bahaya hingga dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan selamat dan cemerlang, amin. (Sumber Berita: Kementerian Pertahanan Brunei)