Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

KDYMM Berangkat ke Upacara Sovereign’s Parade Pegawai Kadet Pengambilan Pertama

SUNGAI AKAR, Khamis 23 Julai 2009 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini telah berkenan berangkat bagi menyempurnakan Upacara Sovereign’s Parade bagi Pegawai Kadet Pengambilan Pertama. Upacara ini telah berlangsung di Padang Kawad Sekolah Pegawai Kadet di Perkhemahan Sungai Akar.

Gambar ehsan Kementerian Pertahanan

Keberangkatan tiba Baginda di Padang Kawad Sekolah Pegawai Kadet telah dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Paduka Haji Awang Mohammad Yasmin bin Haji Umar dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof.

Sejurus berangkat tiba di padang kawad, Baginda berkenan menerima Kawalan Kehormatan Statik seramai 26 anggota daripada Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei sebelum menerima tabik Hormat Diraja dan memeriksa Perbarisan Pengambilan Pertama seramai 32 orang Pegawai Kadet yang terdiri daripada 29 Pegawai Kadet Lelaki dan 3 Pegawai Kadet Perempuan.

Turut serta dalam perbarisan ialah Pengambilan Kedua seramai 19 Pegawai Kadet yang terdiri daripada 16 Pegawai Kadet Lelaki dan 3 Pegawai Kadet Wanita yang mana Pengambilan Kedua dijangkakan akan menamatkan latihan pada bulan Januari 2010. Perbarisan diketuai oleh 770 Kapten Ismael bin Dato Setia Haji Samid.

Gambar ehsan Kementerian Pertahanan



Selepas Baginda memeriksa perbarisan, acara disusuli dengan perbarisan berjalan lalu perlahan dan cepat dan seterusnya perbarisan mara kehadapan. Baginda seterusnya berkenan mengurniakan Titah dan diikuti oleh pengurniaan anugerah-anugerah bagi pegawai kadet terbaik disetiap jurusan bagi Pengambilan Pertama Sekolah Pegawai Kadet ABDB.

Mendahului penerimaan anugerah ialah Pemenang Anugerah Pedang Kehormatan (Sword of Honour) kepada 18778 Pegawai Kadet (U) Wan Muhammad Azem bin Haji Md Aminuddin. Anugerah tersebut merupakan anugerah penghormatan yang tertinggi bagi seorang Pegawai Kadet yangmana ianya dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Anugerah Pedang Kehormatan ini juga merupakan simbol tonggak kecemerlangan keseluruhan terbaik bagi Pegawai Kadet yang telah memenuhi syarat dan kriteria pengurniaan Anugerah tersebut seperti mempunyai pencapaian tertinggi di dalam latihan asas ketenteraan, akademik, fizikal, latihan fasa kedua dalam semua aspek keseluruhan. Di samping itu Pegawai Kadet berkenaan juga mempunyai ciri-ciri keseluruhan yang mantap dan contoh pegawai terbaik dari segi komitmen kepimpinan serta menunjukkan keperibadian yang positif dari awal hingga akhir latihan Pegawai Kadet di Sekolah Pegawai Kadet ABDB.

Anugerah seterusnya ialah Anugerah Terbaik Keseluruhan Akademik kepada 21347 Pegawai Kadet Dayang Lizawati binti Haji Suhaili, Anugerah Terbaik Kemahiran Tentera kepada 15697 Pegawai Kadet (L) Awang Zainul Ariffin bin Ahmad dan Anugerah Terbaik Latihan Jasmani kepada 16778 Pegawai Kadet (L) Mohamad Izzat bin Dato Paduka Haji Mohamad Murad.

Selepas itu Baginda berkenan menerima tiga kali laungan 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ daripada perbarisan Pegawai Kadet pertama dan kedua. Kemudiannya bacaan doa selamat dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB (JA'MAAT), Leftenan Kolonel (U) Haji Abdur' Rahim bin Haji Abd Karim.

Dari padang kawad, Baginda dijunjung berangkat ke Mes Pegawai Perkhemahan Sungai Akar bagi Majlis Santap Ringan. Di majlis ini Baginda berkenan menerima Pesambah merupakan sebuah Skrol. Skrol ini ialah segulung kertas yang ditulis dan dihiasi dengan tujuan untuk memindahkan informasi atau digunakan sebagai hiasan. Dari sejarah lama Brunei, ianya digunakan sebagai alat komunikasi bagi Titah Baginda Sultan. Maksud konsep Skrol ini ialah ilmu dan informasi serta pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalani latihan di Sekolah Pegawai Kadet.

Disamping itu Baginda juga berkenan memotong kek sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke 63 tahun yang disembahkan oleh Sekolah Pegawai Kadet ABDB.

Selepas itu baginda diperkenalkan kepada semua Pegawai Kadet Pengambilan Pertama berserta keluarga dan seterusnya menandatangani buku newletter yang dihasilkan oleh Pegawai Kadet Pengambilan Pertama sebelum menandatangi Lembaran Keberangkatan. Buku newletter tersebut adalah merupakan koleksi aktiviti-aktiviti dan latihan yang dijalankan sepanjang 42 minggu.

Sebelum berangkat balik Baginda telah berkenan menerima Junjung Ziarah daripada Jurulatih-Jurulatih Sekolah Pegawai Kadet dan pegawai-pegawai ABDB yang baru ditauliahkan dan kemudian Baginda dijunjung untuk bergambar ramai. (Sumber Kementerian Pertahanan)
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.