Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

BRUNEI MAMPU JADI PENGGERAK UTAMA SEKTOR MAKANAN HALAL

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Julai. - Fokus mengenai sektor halal secara umum sejak lima tahun kebelakangan di seluruh dunia meningkat mendadak dan negara-negara Islam dan bukan Islam telah memberi perhatian kepada pasaran halal bagi memajukan lagi sektor-sektor halal di negara masing-masing dengan penekanan betapa pentingnya kebersihan, kesegaran dan bebas dari kontaminasi dalam setiap pembuatan produk-produk halal.

Ke arah ini, Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja, kehalalan adalah agenda yang penting, di mana terdapat beberapa fokus utama dalam pengeluaran dan pembuatan produk-produk halal di negara ini antaranya, fardu kifayah sebagai satu tanggungjawab dalam menyediakan makanan halal bagi umat Islam, di samping cara bagi mempelbagaikan ekonomi negara serta memajukan lagi perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat merasmikan Ekspo Produk Halal Antarabangsa 2009 (ihpexpo) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

Keberangkatan baginda ke ekspo berkenaan jelas memperlihatkan kesungguhan keprihatinan baginda terhadap isu halal ini dalam usaha Negara Brunei Darussalam memasuki pasaran produk dan perkhidmatan halal yang menguntungkan.

Dalam amanat sempena ihpexpo yang pertama, baginda penuh yakin dan percaya Negara Brunei Darussalam sebagai negara Islam mampu dan mempunyai kelebihan untuk menjadi salah sebuah negara penggerak utama terkemuka dalam pasaran Halal Global.

Menurut baginda, kita menyedari peluang sebanyak USD560 juta pasaran tahunan untuk keseluruhan industri halal di mana sektor makanan halal dianggarkan berjumlah USD150 juta setiap tahun dan terdapat banyak ruang untuk semua orang bekerja bersama dalam potensi yang besar itu. Minat dan permintaan bagi perkhidmatan berkaitan dengan pengeluaran produk halal juga terus meningkat di pasaran dunia dengan jumlah penggunaannya hampir dua bilion.

Di samping itu, para pengusaha diharapkan akan mengambil peluang itu bagi memenuhi kewajipan fardu kifayah, juga dapat meraih rezeki dan keuntungan yang halal sebagai tindak balas kepada satu tarikan pasaran yang kuat dalam usaha negara untuk mencapai Wawasan 2035.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Negara Brunei Darussalam menjayakan ekspo ini buat pertama kalinya menjadi tuan rumah bagi Ekspo Produk Halal Antarabangsa 2006 sebagai platform untuk menarik minat para usahawan dalam industri halal dan seterusnya sebagai forum untuk berbincang, berjumpa dan yang penting sekali memeterai perjanjian demi kebaikan bersama.

Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama bersama-sama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti produk tempatan dengan pengiktirafan daripada Brunei Premium Halal dalam pasaran antarabangsa.

Melihat kepada pertumbuhan umat Islam yang pada masa kini hampir mencapai dua bilion, peluang-peluang perdagangan dalam sektor ini sememangnya mempunyai potensi yang besar.

Ekspo kali keempat ini menekankan produk halal pada hari ini sudah menjadi permintaan yang berlipat ganda yang kini merangkumi bukan sahaja makanan, tetapi barangan bukan makanan yang menepati keperluan para Muslim di abad ke 21. Antaranya termasuklah bahagian produksi, perubatan, barangan kecantikan, kewangan Islam, pelancongan, pembekalan bahan mentah, pengilangan dan pemprosesan makanan halal.

Tujuan ekspo tersebut diadakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai komitmen negara kepada pengeluaran dan pengiktirafan makanan halal; mempromosikan jenama Brunei Halal; memberikan kesedaran kepada pengusaha yang berpotensi mengenai peluang-peluang dalam pengeluaran makanan halal; memberikan pendedahan kepada pengusaha-pengusaha tempatan mengenai produk-produk yang diiktiraf halal oleh pihak-pihak berkuasa dari luar negeri yang boleh dijadikan contoh dan memberikan peluang bagi syarikat-syarikat luar negara untuk membuat pelaburan ke Negara Brunei Darussalam.

Sempena ekspo berkenaan, juga akan diadakan Persidangan Pasaran Halal Antarabangsa (International Halal Marketing Conference - IHMC) yang berlangsung selama dua hari, bermula pada hari Sabtu ini dan akan dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Manakala tema bagi persidangan pada tahun ini ialah ‘Halal - Jentera Pertumbuhan dan Peluang’ (Halal - An Engine for Growth and Opportunity), persidangan akan mengetengahkan 12 kertas kerja disampaikan oleh beberapa penceramah terkemuka dunia antaranya daripada Pengerusi KFC Holdings Sendirian Berhad (Malaysia), Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim; Perunding KerryFSDA Hongkong Noel Shield, Dr. Paul Temporal dari Universiti Oxford, United Kingdom dan beberapa penceramah undangan tempatan.

Beberapa tajuk kertas kerja akan dibentangkan yang menyentuh isu-isu global dan pasaran serantau semasa persidangan tersebut dijalankan antaranya, ‘Peranan Brunei Dalam Pasaran Halal Global’, ‘Pembangunan Infrastruktur Bagi Industri Halal’, ‘Produk dan Perkhidmatan Pasaran Halal’, ‘Garis Pandu Halal Bagi Sektor Pharmaceutical’ dan lain-lain.

Negara Brunei Darussalam telah menganjurkan Ekspo Produk Halal Antarabangsa yang pertama pada 7 hingga 11 Ogos 2006. (Dipetik dari Pelita Brunei)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.