Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Anugerah raja kepada rakyat

LIMBARUH HIJAU 15 JULAI 2009 - PRESIDEN dan seluruh warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, merakamkan ucapan rasa penghargaan yang tidak ternilai kami atas titah perkenaan baginda meningkatkan sistem keselamatan sosial yang sedia ada demi kesejahteraan rakyat baginda terutama dalam kehidupan mereka setelah bersara dari pekerjaan baik dalam kerajaan atau di swasta.

Gambar ehsan Pelita Brunei

Seluruh warga NDP sangat mengalu-alukan dan menyokong sepenuh hati titah baginda tersebut terutama mengenai isu umur persaraan mandatori yang baginda telah berkenaan untuk menganjakkannya dari 55 tahun ke 60 tahun.

Begitu juga dengan titah mengenai skim persaraan tambahan yang digelar ‘Skim Persaraan Caruman Tambahan’ atau Supplemental Contributory Pension (SCP) yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2010, sangat kami alu-alukan bukan sahaja kerana ianya bertepatan dengan hasrat rakyat yang sering NDP suarakan, tetapi dalam masa sama membuktikan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan kehidupan rakyat baginda di hari-hari persaraan.

Sekali lagi seluruh warga NDP menjunjung kasih mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga dan di kesempatan ini sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan baginda, izinkan kami menjunjung kasih membaharui tekad ta'at setia tidak berbelah bahagi kepada baginda yang kami kasihi. Insya Allah seluruh warga NDP akan terus berusaha semampu mungkin menyokong dan membantu baginda dalam apa jua usaha untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang aman dan makmur serta mendapat keampunan Allah SWT (Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafuur).

Ikutilah laporan penuh titah baginda sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan kali ke-63 seperti yang dilaporkan Pelita Brunei untuk dijadikan panduan dan dorongan kepada kita semua terutama barisan kepimpinan parti dan ahli-ahli akar umbi sekalian:

UMUR PERSARAAN MANDATORI SKIM TAP, SCP GENAP 60 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Julai. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusalam bertitah mengumumkan bahawa kerajaan baginda akan memperkenalkan satu skim persaraan tambahan yang digelar ‘Skim Persaraan Caruman Tambahan’ atau Supplemental Contributory Pension (SCP) yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2010.

Skim ini, titah baginda dihasratkan sebagai tambahan kepada Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) yang ada sekarang.

Sehubungan dengan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga dengan amat sukacita mengisytiharkan bahawa mulai 1 Januari 2010, umur persaraan mandatori bagi rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang menyertai TAP dan SCP ialah genap 60 tahun.

“Kerajaan beta tidaklah memandang ringan terhadap hari-hari persaraan, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Maka untuk itu sukacita diumumkan bahawa kerajaan beta akan memperkenalkan satu skim persaraan tambahan yang digelar ‘Skim Persaraan Caruman Tambahan’ atau Supplemental Contributory Pension (SCP). Skim ini dihasratkan sebagai tambahan kepada Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) yang ada sekarang,” titah baginda.

Berita yang menggembirakan sekalian rakyat dan penduduk negara ini baginda umumkan dalam titah baginda sempena Hari Keputeraan Ke-63 yang disiarkan ke seluruh negara malam tadi melalui radio dan televisyen Brunei.

Baginda bertitah, dengan skim ini, insya-Allah, para pesara yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, akan menerima pendapatan tetap minimum bulanan (annuity) sesudah mereka mencapai umur persaraan mandatori kelak, di samping skim berkenaan juga dilengkapkan dengan perlindungan ‘survivorship’ bagi menjamin tanggungan peserta sekiranya mereka meninggal dunia sebelum persaraan mandatori.

Baginda bertitah meyakinkan bahawa skim SCP seperti juga skim TAP, akan meliputi untuk semua rakyat dan penduduk tetap yang bekerja di sektor awam dan swasta. Malah, titah baginda lagi, ianya juga akan dilaratkan kepada sektor informal.

”Setiap peserta dan majikan, mereka masing-masing akan dimestikan secara undang-undang untuk membuat caruman bulanan yagn ditentukan, dan sebahagian caruman pula akan digunakan sebagai bayaran sumbangan perlindungan, ‘survivorship’,” titah baginda Yang Di-Pertuan.

Bagaimanapun, titah baginda lagi untuk tidak membebankan pihak majikan, terutama syarikat-syarikat perniagaan, perkiraan jumlah caruman yang ditanggung oleh mereka, akan dihadkan kepada jumlah yang berpatutan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia menambah titah, bagi peserta skim TAP yang tidak sempat membuat caruman yang mencukupi sebelum bersara mandatori, juga akan menerima manfaat daripada skim SCP yang akan diperkenalkan pada Januari tahun depan.

”Beta telah pun memperkenankan supaya kerajaan memberikan bantuan tambahan kepada kumpulan ini dalam bentuk ‘catch-up’ atau caruman secara kebelakangan yang ditetapkan. Insya-Allah, skim ini akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010. Satu akta akan digubal bagi maksud pelaksanaannya.”

”Sehubungan itu, beta juga sukacita mengambil peluang mengisytiharkan bahawa mulai 1 Januari 2010, umur persaraan mandatori bagi rakyat dan penduduk tetap negara ini, yang menyertai skim TAP dan SCP ialah genap 60 tahun,” titah baginda.

Gubal dasar, ambil langkah elak pembaziran
AGENSI KERAJAAN GUNA ELEKTRIK BND68 JUTA SETAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Julai. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan masanya sudah tiba bagi agensi-agensi kerajaan menggubal dasar dan mengemukakan langkah-langkah bagi mencapai matlamat penggunaan tenaga secara efisien dan mengelakkan pembaziran.

Langkah penjimatan ini, titah baginda, mengambil kira di mana agensi-agensi kerajaan menggunakan kuasa elektrik sehingga BND68 juta setahun.

”Kalau penjimatan 10 peratus dapat dielakkan, bererti kita boleh menjimatkan sehingga BND6.8 juta setahun,” titah baginda melahirkan harapan dalam titah baginda sempena Hari Keputeraan baginda Ke-63 Tahun yang disiarkan melalui radio dan televisyen Brunei ke seluruh negara malam tadi.

Baginda bertitah, Negara Brunei Darussalam patutlah bersyukur kerana menjadi pengeluar minyak dan gas. Namun begitu, titah baginda, ini bukan bermakna kita boleh lalai dari memberikan perhatian, agar sumber tenaga itu digunakan secara efisien, sambil mengelak pembaziran.

Malah, titah baginda lagi, kita perlu membuat pendekatan-pendekatan tertentu seperti mencontohi negara Jepun, selaku pengguna tenaga yang amat efisien dan amatlah elok diteladani.

Mengenai isu pengangguran pula, baginda amatlah menghargai sumbangan syarikat-syarikat swasta yang turut memenuhi tanggungjawab mewujudkan pelung-peluang pekerjaan di negara ini.

”Beta difahamkan, proses untuk mengisi jawatan di sektor kerajaan – pada tahun lepas – telah mengambil masa di antara enam ke lapan bulan, sehingga menyebabkan kekosongan jawatan-jawatan baru dan persaraan meningkat kepada lima ribu jawatan.

Dalam persimpangan itu, baginda penuh yakin dan percaya, jika proses ini dapat dipendekkan, maka jumlah itu dengan sendirinya akan berkurangan, serta pemohon-pemohon tidaklah perlu menunggu begitu lama.

BRUNEI DUKUNG KOMITMEN ANTARABANGSA

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Julai. - Keahlian Negara Brunei Darussalam dalam pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa merupakan usaha sama dalam mendukung komitmen-komitmen antarabangsa.

Begitu juga negara akan memainkan peranan dalam membina hal ehwal keselamatan serantau mahupun antarabangsa, seperti penyertaan dalam misi-misi pengaman di Selatan Republik Filipina, Lubnan dan Aceh, Republik Indonesia.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menjelaskan bahawa Negara Brunei Darussalam dalam pada itu juga menghulurkan bantuan-bantuan kemanusiaan kepada pihak-pihak yang dilanda malapetaka bencana-bencana alam di serata dunia.

”kita akan terus-menerus mengeratkan hubungan dua hala dan kerjasama dengan negara-negara luar,” titah baginda dalam titah perutusan sempena Hari Keputeraan baginda Ke-63 Tahun yang jatuh pada 15 Julai 2009 yang disiarkan serentak melalui radio dan televisyen Brunei ke seluruh pelususk tanah air pada malam tadi.

Selaras dengan kemampuan negara kita, titah baginda lagi, penyertaan melalui misi-misi seperti ini akan sentiasa dipertimbangkan dari semasa ke semasa.

KEBAWAH DYMM RAKAMKAN PENGHARGAAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Julai. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk, meliputi warga Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan dan mereka yang berkhidmat di sektor swasta, atas sokongan dan sumbangan serta khidmat bakti mereka kepada kerajaan baginda.

Bersempena sukut baik Hari Keputeraan baginda tahun ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga tidak lupa merakamkan ucapan yang sama kepada seluruh ahli jawatankuasa sambutan, sama ada di peringkat daerah atau kebangsaan, atas usaha mereka yang gigih pada menjayakan sambutan ulang tahun Hari Keputeraan baginda Ke-63 Tahun itu.

”Semoga Allah jua yang akan membalas dengan limpah rahmat-Nya kepada mereka,” titah baginda dalam titah perutusan selama 30 minit yang disiarkan ke seluruh negara melalui radio dan televisyen Brunei sempena Hari Keputeraan baginda Ke-63 Tahun.

Baginda bertitah, walaupun semua majlis, kecuali Majlis Membaca Doa Kesyukuran di Masjid-masjid telah ditangguhkan, namun semangat 15 Julai adalah tetap hangat dan segar, sebagaimana juga biasanya pada setiap tahun.

”Beta tidaklah lupa menghargai semangat ini dan mengucapkan rasa semangat ini dan mengucapkan rasa penghargaan yang amat tinggi kepada semua lapisan rakyat dan penduduk di atas dukungan mereka itu,” titah baginda.

Dalam hubungan ini, baginda sukacita merakamkan penghargaan yang sama kepada semua pihak yang telah menghantar perutusan ucap selamat mereka kepada baginda dan keluarga bersempena dengan sambutan ini.

Negara punyai hak kedaulatan ke atas 200 batu nautikal ZEE

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Julai. - Negara Brunei Darussalam dijangka akan mempunyai hak kedaulatan ke atas pentas benua dan 200 batu nautikal zon eksklusif ekonomi (ZEE) sebagaimana yang dipersetujui di antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan bekas Perdana Menteri Malaysia ketika menandatangani Pertukaran Nota (Exchange of Letter} mengenai pengehadan sempadan laut negara ini dengan Malaysia awal tahun ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia percaya dengan perjanjian itu, negara akan menikmati hasil, di mana diperolehi daripada eksplotasi ‘hydrocarbon’ dan sumber-sumber maritim yang lain.

“Melalui perjanjian tersebut, peluang-peluang bermanfaat juga akan terbuka luas termasuk pelaburan, perniagaan dan pekerjaan, terutama yang memerlukan kepakaran,” titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika bertitah sempena Hari Keputeraan baginda ke-63 tahun yang disiarkan melalui radio dan televisyen Brunei hari ini.

MOU ini juga, tegas baginda, adalah di antara komitmen penting kerajaan baginda untuk menjamin kemakmuran dan keselamatan rakyat. Titah baginda, perkara ini juga adalah usaha terus-menerus kerajaan baginda bagi mengatasi kemiskinan iaitu sejajar dengan masa dan keadaan.

Pelaksanaan projek bantuan perumahan bagi golongan daif, fakir dan miskin, titah baginda, akan diteruskan di mana melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, badan korporat dan orang ramai selaku penyumbang dana melalui penunaian kewajipan zakat.

Di samping itu, salah satu dasar pengukuhan ekonomi, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia amat menggalakkan amalan berjimat cermat dan budaya suka menabung.

Bagi tujuan itu, baginda menyeru institusi-institusi kewangan supaya akan dapat menyediakan banyak peluang dan cara untuk orang ramai boleh menabung dengan memperolehi pulangan yang baik.

Dalam pada itu, baginda juga menyarankan agar undang-undang atau peraturan diperkukuhkan bagi mengelakkan rakyat dari diperdayakan oleh kegiatan-kegiatan yang salah, seperti skim cepat kaya.

BND1.1 bilion bagi kemajuan perindustrian, perdagangan

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Julai. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menyediakan BND1.1 bilion untuk kemajuan perindustrian dan perdagangan.

Di samping itu, tumpuan juga diberikan untuk memudahkan lagi kegiatan-kegiatan perindustrian serta melahirkan pengusaha-pengusaha tempatan yang dinamik lagi progresif, jelas baginda ketika bertitah sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-63 tahun yang disiarkan melalui radio dan televisyen Brunei hari ini.

Manakala dalam sektor perniagaan, baginda menjelaskan bahawa usaha-usaha sedang dibuat oleh pihak-pihak tertentu kerajaan bagi memudah cara proses memulakan perniagaan yang lebih efisien iaitu setanding dengan standard di negara-negara lain.

Selain itu kerajaan baginda juga telah meluluskan beberapa inisiatif, seperti ‘land strata title’ iaitu penurunan kadar yuran tawaran negara, bagi terus meneroka kemampuan teknologi infokomunikasi (ICT), bagi memudah dan memajukan lagi perindustrian dan perniagaan.
Perkara ini adalah sejajar dengan langkah kerajaan melalui RKN untuk mempelbagaikan lagi ekonomi negara.

Titah baginda, Rancangan Kemajuan Negara, RKN 2007-2012 merupakan satu pakej yang membolehkan ekonomi negara berkembang, di samping infrastruktur terus dibina dan pembangunan sosial ditingkatkan.

Berbangkit dari itu, jelas baginda, RKN 2007-2012 telah menyediakan BND9.5 bilion untuk melaksanakan projek-projek pembangunan.

Dalam titah itu, baginda juga menekankan pentingnya meningkatkan tahap jaminan sekuriti makanan negara.

Bagi tujuan itu, titah baginda, baru-baru ini satu inisiatif bagi mencapai tahap sara diri dalam pengeluaran beras kepada 20 peratus pada tahun 2010 dan 60 peratus menjelang tahun 2015 telah dilancarkan iaitu penanaman padi dua kali setahun dengan menggunakan padi berhasil tinggi pada bulan April lepas.

“Insya-Allah, rakyat akan mula berpeluang untuk menikmati hasilnya di musim menuai pada bulan depan nanti,” jelas baginda.

Seiring dengan itu juga, tegas baginda, lebih banyak kawasan baru akan ditawarkan kepada sektor swasta dari dalam dan luar negara bagi penanaman padi secara komersial dan menjadikannya sebagai satu perusahaan yang ‘viable’.

Ekonomi negara mampu bertahan

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menjelaskan bahawa dalam menghadapi kesan dari
krisis kewangan global, ekonomi negara masih mampu bertahan.

Ianya adalah berikutan dari usaha-usaha yang konsisten yang dilakukan oleh negara dalam mengukuhkan dan mengembangkan asas ekonomi yang dilakukan sejak krisis kewangan pada tahun 1997.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan sokongan positif IMF yang menyatakan Negara Brunei Darussalam telah mengamalkan dasar makroekonomi yang mantap, serta pengurusan sumber-sumber minyak dan gas yang berkesan dan bijak, titah baginda. Berikutan dari itu, baginda menghargai penglibatan semua pihak, khasnya yang sama-sama menghulurkan bantuan, termasuk sumbangan tenaga dalam menangani pemulihan dari kesan krisis kewangan global.

“Dengan semangat ini, beta yakin, akan menambah lagi kebajikan dan keutuhan negara,” titah baginda sempena sambutan Hari Keputeraan baginda ke-63 tahun yang disiarkan melalui radio dan televisyen Brunei hari ini.

Menyentuh mengenai ujian bencana alam, banjir dan tanah susur serta yang terbaru pandemik Influenza A H1N1, baginda menyeru rakyat dan penduduk negara ini supaya sentiasa bertauhid dan membaca Doa Qunut Nazilah dan sembahyang hajat, di samping menanganinya dengan cara biasa.

Baginda juga bertitah menghargai semangat 15 Julai yang tetap hangat dan segar di kalangan lapisan rakyat dan penduduk negara ini walaupun semua majlis telah ditangguhkan, kecuali Majlis Membaca Doa Kesyukuran di Masjid-masjid Seluruh Negara.

“Beta tidaklah lupa menghargai semangat ini dan mengucapkan rasa penghargaan yang amat tinggi kepada semua lapisan rakyat dan penduduk di atas dukungan mereka itu,” titah baginda.

Baginda seterusnya bertitah menyeru rakyat dan penduduk negara ini supaya lebih iltizam bagi meningkatkan usaha memelihara kesejahteraan dan keselamatan negara secara berterusan sebagaimana yang dinikmati ketika ini.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.