Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Meningkatkan Kefahaman Perjuangan NDP

JERUDONG 20 SYA'BAN 1431 (31 JULAI 2010) - AHLI-AHLI terutama barisan Kepimpinan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) perlu berkeupayaan melihat secara jelas akan tujuan dan matlamat sebenar parti diwujudkan dan dalam perjalanan menuju matlamat tersebut mereka perlu pula mempunyai kefahaman mendalam tentang ideologi, dasar, peraturan dan tata cara yang telah digariskan oleh parti.

Semua ini sudah dirakamkan dengan komprehensifnya melalui buku Perlambagaan NDP, Manifesto Politik NDP 2006-2016 serta Manual Demokrasi Praktis NDP : Manual Pengurusan Organisasi, Pemilihan dan Kongres.

Justeru untuk mempastikan ahli-ahli terutama barisan kepimpinan NDP mempunyai kefahaman yang diharapkan, sesi sehari suntuk Sembang Saran Bersama Mantan Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman, tokoh pengasas NDP serta 'author' Perlembagaan NDP, Manifesto NDP serta Manual Demokrasi Praktis NDP telah diadakan pada 29 Julai lepas. Ia diadakan di Holiday Lodge and Country Club Hotel di Jerudong.

Sesi tersebut merupakan inisiatif Jabatan Setiausaha Agong NDP (JASA). Sesi tersebut diadakan sebagai salah satu program Majlis Ilmu NDP sempena memperingati hari puja usia KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolikiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 64 tahun.

Lebih 150 orang ahli yang terdiri dari ahli-ahli Lembaga Penasihat NDP, ahli-ahli Majlis Tertinggi, Naib-Naib Presiden serta Ketua-Ketua Ranting dan ahli-ahli Badan Perhubungan daerah selruh negara menghadiri sesi tersebut. Presiden dan Timbalan Presiden juga turut hadir disesi tersebut.

Sesi Sembang Saran Bersama Mantan Timbalan Presiden dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh sdra Haji Juned Ramli, Setiausaha Agung NDP.

Sesi pertama dimulakan dengan sesi perbincangan dengan sdra Morshidi dibawah tajuk Memahami/Menghayati Perlembagaan - Garis Pandu Perjuangan dan dikiuti dengan sesi kedua mengenai Manifesto - Hala Tuju dan Harapan.

Disebelah petang sesi ketiga membincangkan tajuk Demokrasi Praktis NDP - Teori / Amalan dalam sesebuah Organisasi.

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.