LIMBARUH HIJAU 13 RAMADHAN 1431 (24 OGOS 2010) : BULAN perayaan bagi memperingati hari ulang tahun penubuhan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) selamat disempurnakan dengan majlis bertedarus pada 21 Ogos baru lalu di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.
Majlis bertedarus dianjurkan oleh Biro Ugama NDP dengan kerjasama Jabatan Setiausaha Agung (JASA).
NDP telah ditubuhkan dengan rasminya pada 31 Ogos 2005. Dari keahlian hanya seramai lebih kurang 100 orang [ada awal penubuhannya, NDP sekarang sudah mempunyai hampir 3000 ahli dan telah berjaya menubuhkan sebanyak lebih 20 ranting diseluruh negara.
|