KG. SG. TERABAN 23 SYA'BAN (3 OGOS 2010) : AHLI-AHLI Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Kampong Sungai Teraban yang terdiri dari sekumpulan nelayan sangat berbesar hati apabila pemimpin-pemimpin NDP Belait dan juga dari Pusat meluangkan masa untuk bersama mereka dalam program menyusur desa pada 29 Julai baru lepas.
Juga ikut serta menjayakan program tersebut sdra Haji Juned Ramli, Setiausaha Agung NDP, sdra Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait dan Mantan Timbalan Presiden, sdra Mahmud Morshidi Othman yang juga berkesudian untuk bermalam disalah sebuah rumah ahli di kampong tersebut.
Program bermula sebaik selesai waktu Isya'. Majlis ramah mesra bersama ahli-ahli NDP Kampong Sungai Teraban dimulakan dengan lagu Kebangsaan dan diikuti dengan lagu rasmi parti.
Seterusnya ucapan alu-aluan disampaikan oleh sdra Mohammad Bahjou, Pengerusi Jawatankuasa Menyusur Desa yang telah berusaha mengendalikan program tersebut sempena bulan perayaan hari puja usia KDYMM yang ke 64 tahun.
Juga turut berucap sdra Haji Mohd Ali Yusuf, Ketua Biro Penerangan dan sdra Awang Ali Ahmad, Setiausaha Badan Perhubungan NDP Belait.
|