JK Kebajikan teruskan kempen sumbangan menjalin kasih

 
 
DAERAH BELAIT 28 MACH 2007: JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAYARAKAT NDP PUSAT meneruskan lagi kempen pemedulain ahli-ahli NDP yang kurang kemampuan menyara hidup kemarin dengan menyumbangkan lebih banyak lagi barang-barang keperluan asas seperti beras, gula dan minyak kepada mereka-mereka yang memerlukannya.

Sumbangan-sumbangan tersebut disampaikan kepada Ketua-ketua Ranting di Daerah Belait oleh Dayang Hajjah Armah, selaku Ketua JK Kebajikan Masyarakat NDP Pusat.

Dari kiri: Awang Haji Mohd Ali, Timbalan Ketua Perhubungan NDP Belait, Dayang Hajjah Armah, Ketua JK Kebajikan Masyarakat dan Slaiman Metrasad, Naib Presiden dan Ketua Perhubungan NDP Belait

Majlis berlangsung di markas Perhubungan NDP Belait yang terletak di Jalan Sungai Pandan Kuala Belait.

Dayang Hajjah Armah di majlis tersebut sekali lagi menjelaskan objektif projek sumbangan tersebut iaitu untuk membantu meringankan sedikit sebanyak bebanan ahl-ahli NDP yang kurang berkemampuan untuk menyara hidup seharian disebabkan kemiskinan, kehilangan sumber pendapatan, kehilangan suami dan lain-lain.

Beliau sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli-ahli NDP yang telah bermurah hati menghulurkan bantuan dengan mendermakan beras, gula dan minyak masak se-

Dayang Kartini Haji Arbi menerima sumbangan bagi pihak Ranting Belait Zon 3C dari Dayang Hajjah Armah sambil Awang Sulaiman Metrasad menyaksikan
hingga memungkinkan JK Kebajikan Masyarakat mengumpul barang-barang keperluan asas tersebut dalam jumlah yang banyak untuk di agih-agihkan kepada mereka yang memerlukannya.

Dayang Hajjah Armah juga menerangkan JK Kebajikan Masyarakat akan terus berusaha memeduli ahli-ahli NDP yang kurang bernasib baik melalui projek-projek yang berkebajikan justeru sokongan padu dari seluruh anggota NDP sangat-sangatlah diharap-harapkan.

"Kerjasama seperti memberikan maklumat-maklumat dan juga membantu JK Kebajikan dalam usaha menjalankan kaji selidik untuk mengenalpasti ahli-ahli yang berhak menerima bantuan sumbangan sangat-sangat di alu-alukan", ujar Dayang Hajjah Armah.

Awang Mohamad Tuah Ketua Ranting NDP Belait Zon 3A mewakili kawasan beliau menerima sumbangan dari Dayang Hajjah Armah sambil Sulaiman Merasad meyaksikannya.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.