SEBUAH lagi keluarga yang daif menerima kunjungan daripada Himpunan Wanita NDP (HAWA) dalam bulan Ramadhan yang mubarak ini melalui program Jejak Ehsan yang di adakan baru-baru ini.
Setelah mengunjungi seorang wanita tua Dyg Hjh Mahal binti Yunus, 58 tahun, HAWA menyusur pula menuju ke Kampung Selambigar untuk bertemu dengan salah seorang ahli wanita NDP, Dyg Latifah binti Lazim, 43 tahun yang juga mengalami kesempitan hidup kerana suami warga asing yang tidak mempunyai pekerjaan tetap selain ikut turun ke laut untuk mendapatkan sedikit rezeki sampingan dalam keluarga itu.
Ibu kepada seramai lima orang anak berusia di antara dua hingga sebelas tahun itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan melainkan
|
|
menjaga anak-anak di rumah di samping berkebun secara kecil-kecilan untuk jualan sayur dan buah-buahan di atas tanah tumpang sementara mereka.
Di rumah mereka yang sudah usang di tambah lagi tanpa bekalan elektrik dan air itulah seisi keluarga itu menjalani kehidupan yang serba kekurangan, biarpun demikian mereka masih cekal dan bersabar ke hadrat illahi atas segala cabaran dan dugaan yang diterima.
Suami Dyg Latifah, Awg Jaya bin Bilok, 49 tahun tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan beliau hanyalah orang asing di negara ini, untuk mendapatkan pekerjaan amatlah sukar tambahan lagi beliau bukannya berpendidikan tinggi.
 |
Dyg Latifah mendakwa pernah memohon untuk mendapatkan bantuan rumah yayasan dengan hasrat untuk membahagiakan anak-anak supaya dapat hidup sama seperti kanak-kanak yang lain dalam keadaan selesa, tetapi permohonannya di tolak atas alasan suaminya warga asing.
“Saya hairan, kenapa suami yang menjadi alasan penolakkan permohonan, sedangkan anak-anak saya semuanya warganegara ini, dan permohonan saya itu adalah untuk anak-anak saya” keloh Dyg Latifah ketika memberitahu kepada rombongan HAWA yang mengunjunginya |
Bagaimanapun Ketua HAWA menesihatkan kepadanya supaya tidak mudah berputus asa dan terus menghadapkan permohonan kepada pihak-pihak berkenaan, mudah-mudahan permohonannya akan mendapat kelulusan.
 |
Projek Jejak Ehsan, yang kali ini disertai oleh seramai tujuh orang ahli-ahli HAWA NDP sedikit sebanyak di hasratkan untuk dapat memberikan kesedaran dan pengalaman kepada ahli-ahli wanita supaya akan sentiasa mempunyai sifat rendah diri dan bersyukur akan apa yang dikurniakan Allah dan mengendari daripada sikap suka mengeluh kerana menghadapi kepayahan dan masalah kerana semua itu adalah cobaan dan dugaan Allah kepada hamba-hamba yang dikasihinya.
“Saya bersyukur kerana program Jejak Ehsan mendapat sambutan daripada kalangan ahli-ahli HAWA, selain ingin turut serta menyusur kampung mereka juga telah bermurah hati menghulurkan sumbangan untuk disampaikan kepada keluarga yang dikunjungi, dan saya berharap program ini akan dapat berterusan sampai bila-bilapun dan lebih ramai lagi ahli-ahli HAWA yang tampil untuk menyertainya dengan penuh rasa kesedaran dan keikhlasan” kata Ketua HAWA semasa ditemui Aspirasi mengenai dengan projek berkenaan hari ini. |
Menurutnya perjalanan Jejak Ehsan di akhiri dengan kunjungan ke rumah seorang wanita warga emas Dyg Zubaidah di Jalan Perakong Seria, yang terpaksa menjaga cucu-cucunya ekoran anak perempuannya pada masa ini di masukkan ke Pusat Pemulihan Al-Islah.
 |
Dyg Zubaidah, 80an merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada NDP khususnya HAWA atas sikap prihatin yang diberikan kepada keluarganya, sejak tahun lalu, dihulurkan bantuan dan sokongan moral, terutamanya ketika cucunya mengalami kesedihan semasa ibu mereka baru di masukkan ke Pusat Pemulihan, menyebabkan persekolahan tercicir dan berlakunya kejadian yang menyedihkan ke atas salah seorang cucu perempuannya.
HAWA Pusat juga telah menghulurkan bantuan kembali ke sekolah kepada salah seorang daripada cucu perempuannya pada Projek Jejak Ehsan tahun lalu, selain menemui Pengetua Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Lumut bagi menghadapkan masalah di berhentikan sekolah yang di hadapi oleh cucu lelakinya dalam usaha untuk mengembalikan remaja itu kembali belajar ke sekolah berkenaan.
|
Dalam bulan Syawal nanti HAWA juga turut merancang untuk mengunjungi mendekati lagi seorang wanita ahli NDP yang tinggal di rumah usang di Limau Manis, wanita itu Dyg Rosanah Hamdan ketika memberitahu baru-baru ini menyatakan rumahnya tidak mempunyai bekalan elektrik dan ibu tunggal itu tinggal di rumah tersebut bersama dua orang anaknya. HAWA menemukan wanita itu ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal anjuran Jawatankuasa Pembangunan Ibu Tunggal dengan kerjasama HAWA Pusat baru-baru ini di Markas Wanita di Jalan Jerudong.