PROJEK KEMBALI KE SEKOLAH

JASA sumbang beg sekolah kepada HAWA

 
 

LIMBARUH HIJAU 30 DISEMBER 2007 - JABATAN SETIAUSAHA AGUNG NDP (JASA) telah menyampaikan sumbangan berupa beg-beg sekolah kepada Projek Kembali Ke Sekolah anjuran Himpunan Wanita NDP (HAWA).

Sumbangan beg-beg sekolah disampaikan oleh Awang Haji Mohiddin DP Pengarah Haji Othman, Timbalan Setiausaha Agung NDP kepada Dayang Hajjah Saemah Kepli, Ketua HAWA.

Menurut Ketua HAWA beg-beg sekolah itu akan diberikan kepada seramai 57 orang anak-anak ibu tunggal dalam NDP.

Di Daerah Brunei-Muara, Tutong dan Temburong, seramai 23 orang kanak-kanak

akan menerima sumbangan tersebut manakala di Daerah Belait seramai 34 orang akan menerima sumbangan yang sama.

Juga akan disumbangkan kepada kesemua penerima ialah baucer-baucer untuk pembelian peralatan sekolah termasuk kasut-kasut sekolah. Sumbangan-sumbangan baucer ini ialah dari hasil kutipan derma dari ahli-ahli NDP yang berjaya dikumpulkan oleh HAWA sejak awal tahun ini.

Sumbangan beg-beg sekolah dan baucer-baucer untuk pembelian peralatan sekolah ini akan disampaikan disatu majlis penyampaian sumbangan Projek Kembali ke Sekolah di Markas HAWA di Jerudong bagi penerima-penerima di Daerah Brunei-Muara, Tutong dan Temburong dan bagi penerma-penerima di Daerah Belait majlis akan diadakan di rumah Malai Hassan di Seria yang dijadikan sebagai dewan mesyuarat sementara NDP Belait.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.