Sumbangan untuk ahli-ahli di Ukong

 
 

UKONG 18 JANUARI 2008 - USAHA untuk menjadikan NDP sebuah pergerakkan politik yang pemedulian dan peka dengan hal ehwal kemaslahatan ahli-ahlinya tidak kira dimana mereka berada dipertingkatkan lagi secara berterusan.

Kelmarin serombogan seramai 10 orang wakil-wakil dari JASA NDP, dari JK Hal Ehwal Kebajikan Kemasyarakatan NDP, Badan Perhubungan NDP Tutong dan juga dari Biro Penerangan NDP berada di Ukong Tutong untuk bermuzakarah sambil menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli NDP di Ukong

yang telah menjadi mangsa bencana banjir baru-baru ini.

Rombongan di ketuai oleh Dayang Hajjah Armah binte Awang Othman, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Kebajikkan Kemasyarakatan.

Sesi muzakarah dan penyampaian sumbangan diadakan di rumah Awang Abdullah Bajau bin Bundan, ahli Lembaga Penasihat NDP yang juga telah sudi mempengerusikan sesi muzakarah dan penyampaian sumbangan tersebut.

Awang Abdullah Bajau di sesi tersebut mengambil kesempatan bagi pihak ahli-ahli NDP dan juga masyarakat di Ukong, setinggi-tinggi penghargaan atas ingatan baik NDP dengan memberikan sumbangan secara berterusan kepada mangsa--mangsa banjir di Ukong.

Beliau juga menekankan kepada penerima-penerima sumbangan bahawa NDP tidak mengharapkan balasan berupa wang ringgit dari mereka tetapi hanya berharap mereka akan terus memberikan sokongan menjayakan uasaha NDP menanamkan sikap dan budaya tolong menolong dan gotong royong dalam parti.

Dayang Hajjah Armah dalam ucapan singkat beliau juga turut menekankan usaha berterusan parti untuk sentiasa ambil peduli mengena dengan hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan ahli-ahli parti dan juga masyarakat di sekeliling mereka.

Beliau menjelaskan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir di Ukong adalah hasil derma dari ahli-ahli NDP di seluruh negara.

Katanya NDP berharap dengan sumbangan yang tidak sepertinya itu

akan dapat menanamkan semangat persaudaraan yang medalam dan semangat berkasih sayang dikalangan ahli dalam parti tanpa mengira warna kulit, puak dan kedudukan dalam masyarakat.

Juga turut berucap ialah Awang Haji Juned, Timbalan Setiausaha Kerja dalam JASA. Beliau menekankan perlunya NDP terus menanamkan semangat kesataun dan persefahaman dalam parti.

Antara usaha kearah ini, tambahnya ialah

melalui aktivti-aktiviti berkebajikkan dan kemasyarakatan yang memerlukan kerjasama dan sokongan dari semua pihak dalam NDP.

Awang Halim bin Haji Jumat, Pengeruis JK Menjunjung Titah dan Malai Hassan, Ketua Jabatan Media dalam Biro Penerangan NDP juga diberikan kesempatan berucap di malis tersebut.

Mereka juga turut menekankan pentingnya semua ahli NDP memberikan sokongan padu dan komitmen yang tinggi untuk menjayakan

usaha memasyaraktkan NDP, menambahkan lagi banyak ahli dan juga usaha-usaha berterusan untuk menambahkan lagi dana bagi memudahkan dan melicinkan lagi perjalanan parti.

Seramai 64 ahli-ahli NDP di Ukong telah menerima sumbangan-sumbangan berupa makanan keperluan seharian. Sumbangan-sumbangan di sampaikan oleh Awang Abdullah Baau kepada wakil-wakil Ranting NDP Ukong 1 dan juga Ranting NDP Ukong 2 dengan di saksikan oleh Dayang Hajjah Armah dan semua yang hadir di majlis terseut.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.