MARKAS HAWA 3 JANUARI 2008 - SERAMAI lebih 50 orang kanak-kanak sekolah yang terdiri daripada kalangan anak-anak kepada ibu-ibu tunggal wanita Parti Pembangunan Bangsa di seluruh negara kelmarin telah menerima sumbangan berupa peralatan persekolahan.
Sumbangan tersebut daripada Himpunan Wanita Parti Pembangunan Bangsa Pusat (HAWA) yang berupa baucer untuk pembelian pakaian, alat tulis, buku dan kasut sekolah telah disampaikan di dua majlis berasingan di adakan di Markas Hawa Pusat di Jalan Jerudong dan di rumah kediaman Malai Hassan bin Malai Haji Othman di Seria.
Selain meneriam baucer kanak-kanak itu juga turut menerima beg-beg sekolah yang di sumbangkan oleh Jabatan Setiausaha Agung (JASA) bagi turut menjayakan Program Kembali Ke Sekolah yang dianjurkan oleh HAWA Pusat itu.
|
|
Penyampaian sumbangan bagi kanak-kanak di kawasan Daerah Brunei Muara, Temburong dan Tutong telah disempurnakan oleh Ketua HAWA Dyg Hjh Saemah Hj Kepli, manakala bagi penyerahan kepada kanak-kanak di kawasan Daerah Belait telah disempurnakan oleh Dyg Halimah Janai, Timbalan Ketua HAWA NDP.
Sumbangan tersebut adalah hasil daripada kutipan daripada di kalangan ahli-ahli NDP di seluruh negara selain melalui projek-projek jualan amal yang telah dianjurkan oleh HAWA Pusat sejak awal tahun ini.
Ianya diharapkan akan menjadi program berterusan HAWA Pusat yang antara lain bertujuan bagi membantu meringgankan beban yang di tanggung oleh mereka yang kurang berkemampuan terutama sekali ibu-ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak-anak mereka seorang diri.
Bagaimanapun dalam rancangan pada program sosio-ekonomi di masa-masa akan datang HAWA akan lebih memfokuskan kepada memajukan bidang ekonomi yang digiatkan oleh kaum wanita itu sendiri sebagai menyahut Manifesto NDP dalam membantu dan menyokong sebarang usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
|
|
Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam ke arah menggalakkan penyertaan kaum wanita melalui pelbagai jenis dorongan atau insentif dalam sektor perniagaan.