LIMBARUH HIJAU 09 JANUARY 2008 - Puak-puak Melayu etnik termasuk puak Iban di negara ini perlu memberikan sokongan penuh kepada PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) jika mereka mahu NDP menjadi 'pembesar suara' untuk melaungkan aspirasi mereka agar didengar dengan berkesan oleh pihak-pihak berwajib dan oleh penggubal-penggubal dasar.
"NDP adalah pelantar politik suara rakyat untuk semua lapisan rakyat. Ianya merupakan wadah panyatuan pemikiran, pandangan dan aspirasi semua golongan masyarakat yang di wakilinya".
"Justeru sangat penting bagi pemimpin-pemimpin akar umbi yang mewakili puak-puak etnik masing-masing mendapatkan sokongan padu dari golongan masyarakat yang mereka wakili. Dengan sokongan yang padu dan jitu isu-isu, pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan yang dibawakan oleh NDP akan lebih bermakna dan berwibawa lagi untuk diberikan perhatian sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu", jelas sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP kepada pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil puak-puak etnik dalam NDP kelmarin.

Gambar hiasan - Presiden NDP bergambar ramai bersama enghuni-penghuni Rumah Panjang Teraja di Labi. |
"Untuk itu kita semua perlu turun padang dan berluai dipadang mendekati masyarakat puak etnik terutama sekali mereka yang tinggal di daerah-daerah pendalaman. Kita perlu membanyakkan lagi program-program dan aktiviti-aktiviti Jerayawara NDP Menyusur Desa sebagai strategi pendekatan NDP memperkenalkan parti kepada masyarakat-masyarakat puak etnik di negara ini", tambah sdr Morshidi di sesi muzakarah bersama pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil masyarakat puak etnik yang berlangsung di markas pusat NDP di Jerudong.
Sesi muzakarah dipengerusikan oleh Awang Serudin, Ketua Biro Hal Ehwal Non-Muslim dalam NDP. Juga turut hadir ialah Awang
|
Buang ak Igol Timbalan Ketua Biro Hal Ehwal Non-Muslim.
Di sesi muzakarah tersebut sdr Morshidi juga mencadangkan agar Biro Hal Ehwal Non-Muslim menganjurkan seminar pelbagai anutan yang bertujuan untuk menyuburkan semangat persefahaman dan saling hormat-menghormati antara masyarakat-masyarakat minoriti puak etnik dan masyarakat majoriti Islam di negara ini.
Cadangan sdr Morshidi tersebut mendapat sambutan hangat dari Awang Serudin dan wakil-wakil puak etnik yang lain yang sependapat melihat cadangan tersebut sebagai satu lagi langkah bijak NDP mengikis sikap diskriminasi dalam masyarakat terhadap kaum minoriti dan merapatkan jurang pemisah antara masyarakat minoriti dan majoriti di negara ini.

Gambar hiasan - sdr Morshidi bermuzakarah dengan penghuni-penghuni Rumah Panjang Teraja di sesi Jerayawara NDP Menyusu Desa di Mukim Labi pada 06 Januari 2008. |

Awang Abdullah Bajau Ahli Lembaga Penasihat NDP berinteraksi bersama Awang Jamit, Tuai Rumah Panjang Teraja |