Perlu perubahan sikap terhadap OKU

 
 

KUALA BELAIT 06 JANUARI 2007 - SIKAP DIKRIMINASI DAN PREJUDIS masyarakat terhadap orang-orang kurang (OKU) upaya perlu dihapuskan kerana sikap-sikap sedimikian hanya menyempitkan peluang masa depan yang cerah bagi masyarakat OKU ini.

"Masalah yang kita hadapai ialah masalah sikap masyarakat yang rata-rata masih berpandangan sempit terhadap orang-orang kurang upaya hingga jurang pemisah antara mereka dan masyarakat umum masih begitu luas".

"Disebabkan keadaan inilah orang-orang kurang upaya berterusan dinafikan peluang-peluang menikmati masa depan yang lebih cerah walaupun mereka mempunyai kepakaran tersendiri dalam bidang-bidang tertentu yang mereka ceburi seperti bidang jahitan dan kraf tangan", Dayang Timong binte Musang , Pengajar Kanan di Pusat Bahagia Eric Goh di Kuala Belait memberikan pandangan ketika

diminta menggongsikan harapan beliau akan nasib masa depan orang-orang kurang upaya di negara ini.

Dayang Timong meuahkan pandangan tersebut kepada rombongan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dari Ranting Belait 3 yang telah membuat kunjungan muhibbah ke pusat tersebut kelmarin.

Rombongan di ketuai oleh Malai Hassan Othman, Ketua Ranting NDP Belait 3. Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait dan Dayang Saemah Kefli Ketua HAWA dan Penasihat Gerakan Wanita Ranting NDP Belait 3 juga ikut serta membuat lawatan muhibbah tersebut.

Lawatan tersebut merupakan salah satu

program Ranting NDP Belait 3 mendekati masyarakat dikawasan sekitar Kampong Pandan Kuala Belait.

Menurut Dayang Timong Pusat Bahagia Eric Goh mempunyai seramai 34 kanak-kanak dan orang-orang dewasa kurang upaya yang mengikuti berbagai program pendidikan asas dan juga latihan-latihan khusus di bidang jahitan dan kerja tangan.

Terdapat sebilangan orang-orang dewasa kurang upaya yang telah berjaya dilatih dan mempunyai kebolehan yang membanggakan dalam bidang-bidang jahitan dan juga kraf tangan.

"Walaupun dari segi fisikal mereka mempunyai kekurangan akan tetapi dari segi kepakaran di bidang-bidang tertentu mereka lebih hebat dari orang dewasa yang normal dari semua aspek fisikal mereka. Malangnya sikap prejudis masyarakat terhadap orang-

orang kurang upaya menafikan peluang-peluang untuk mereka menjalani hidup yang lebih bermakna", keluh Dayang Timong.

"Mereka pun seperti kita juga mempunyai keinginan untuk berkeluarga sendiri dan mepunyai keinginan untuk berdikari. Malangnya sikap kita terhadap mereka menyebabkan mereka terpaksa terus bergantung kepada bantuan kebajikkan masyarakat".

"Contohnya kami sudah beberapa kali meminta sokongan dari sektor swasa untuk memberikan mereka pekerjaan bersesuaian dengan kemampuan mereka seperti kerja pembersih atau peon memandangkan ramai mereka ini mempunyai fisikal yang normal hanya tuli dan bisu".

"Tapi sedihnya sejauh ini belum ada syarikat-syarikat yang bersedia mengambil mereka berkerja", tambah Dayang Timong.

"Harapan saya satu hari nanti terdapat perubahan sikap dikalangan kita agar nasib masa depan orang-orang kurang upaya dapat dibela dengan sewajarnya. Kita perlu memberikan mereka sokongan agar mereka dapat menempah masa depan yang cerah", ujar Dayang Timong.

Di sesi lawatan itu rombongan juga bertukar-tukar pandangan dengan tenaga-tenaga pengajar di pusat tersebut dan membincangkan bidang kerjasama yang dapat dihulurkan oleh NDP kepada Pusat Bahagia Eric Goh dan orang-orang kurang upaya di pusat tersebut.


Ranting NDP Belait 3 juga menghulurkan sumbangan derma kepada Pusat Bahagia Eric Goh manakala Dayang Timong menyampaikan cendera hati kepada Ranting NDP Belait 3.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.