MUKIM LABI DAERAH BELAIT (07 JANUARI 2008) - RACANGAN PEMBANGUNAN NEGARA yang di laksanakan terutama sekali di kawasan pendalaman sepatutnya tidak sahaja elok dari aspek fisikalnya akan tetapi mestilah menepati matlamat sebenar projek tersebut dilaksanakan iaitu untuk keselesaan dan kesejahateraan sepenuhnya masyarakat yang menjadi sasaran projek -projek pembangunan tersebut.
Pandangan ini ditekankan oleh sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP kelmarin di sesi muzakarah bersama beberapa orang penduduk Kampong Labi Lama di Mukim Labi. Sesi muzakarah diadakan di rumah Pengiran Wadlee bin Pengiran Taib, salah seorang penduduk di kampong tersebut.
Sesi muzakarah NDP bersama penduduk di kawasan tersebut merupkan sesi terakhir program jerayawara NDP menyusur desa di
|
|
Mukim Labi kelmarin. Di awal program tersebut rombongan NDP telah membuat kunjungan muhibbah ke Rumah Panjang Kampong teraja dan Rumah Panjang Kampong Malayan.
Menurut sdr Morshidi lawatan rombongan ke kedua-dua Rumah Panjang tersebut dan juga ke Kampong Labi lama telah mendedahkan betapa pentingnya pihak-pihak berwajib memastikan pembangunan infrastruktur di kawasan pendalaman bukan sahaja cantek dari aspek fisikalnya akan tetapi juga dapat berfungsi memberikan keselesaan dan kesejahteraan yang dimaksudkan kepada pengguna-pengguna di kawasan sasaran.
"Tidak disangakalkan penduduk-penduduk di daerah-daerah pendalaman mendapat rahmat nikmat pembangunan negara. Jalan-jalan raya sudah sampai ke kawasan pendalaman paling hujung di negara ini. Begitu juga dengan bekalan letrik, air dan talian telefon serta perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan sebagainya".
"Walaupun demikian infratstruktur yang
|
|
cantek tersebut serta perkhidmatan-perkhidmatan awam yang disediakan jelas belum berjaya menepati matlamat akhirnya. Perkhidmatan pemeliharaan jalan-jalan raya, bekalan letrik air dan telefon jelas kurang diberikan perhatian sewajarnya dan perkara ini telah menimbulkan keresahan dan ketidakpuasan hati di kalangan penduduk di daerah-daerah pendalaman", ujar sdr Morshidi.
Katanya ketika berkunjung ke Rumah Panjang Teraja dan Malayan, penghuni-penghuni di sana telah meluahkan harapan agar masalah mereka mengenai perkhidmatan pembaikan jalan raya, pemeliharaan bekalan letrik dan telefon, kerja-kerja pembersihan sungai-sungai kecil dapat diambil perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak berwajib.
"Kita juga mendapati masih tedapat kanak-kanak yang tidak bersekolah dan penduduk yang buta huruf di kawasan pendalaman ini".
|
|
"Kita juga telah mendengar aduan-aduan penghuni-penghuni di kedua-dua Rumah Panjang mengenai isu kerakyatan, keselamatan permakanan dan isu perumahan. Jelas isu-isu ini bukan sahaja menjadi kerisauan penduduk di kawasan-kawasan bandar malahan ianya juga sama-sama menjadi kerisauan penduduk-penduduk luar bandar dan di pendalaman. Hakikat ini menunjukkan perlunya isu-isu ini diangkat menjadi isu nasional yang memerlukan perhatian sepenuhnya", jelas sdr Morshidi lagi.
Sehubungan dengan itu, tambah sdr Morshidi, NDP dalam Kongres Agung pertama pada 2006 dan Kongres Agung kedua pada 2007 telah membincangkan dan meluluskan usul-usul berhubung 3 isu-isu tersebut dan telah memanjangkannya kepada pihak-pihak berwajib. Kita berharap pihak-pihak berwajib akan mengambil perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya, katanya lagi.
Beliau juga menyentuh titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena meyambut awal Masihi 2008 dimana Baginda Sultan meluahkan hasrat untuk membawa rakyat membina tahun 2008 sebagai 'Tahun Bahagia : Tahun Keamanan dan Kemakmuran'.
"Titah Baginda merupakan satu cabaran kepada kita semua. Dari itu kita sewajarnya menyambut titah Baginda Sultan tersebut dengan meningkatkan lagi usaha untuk merealisasikan hasrat Baginda itu".
"Kita sekarang berada dalam 'injury time', bermakna kita hanya mempunyai masa yang singkat sepanjang tahun ini untuk membantu Baginda Sultan menjadikan tahun 2008 Tahun Bahagia. Hasil dari lawatan ke Mukim Labi menunjukkan masih ramai penduduk pendalaman yang belum bahagia sepenuhnya punca kelemahan dalam sistem delivery jentera perkhidmatan awam", tegas beliau lagi."
"Perkhidmatan pemeliharaan yang tidak memuaskan menyebabkan masyarakat daerah pendalaman tidak dapat menikmati sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang diberikan. Jalan raya yang rosak dan terputus, tiang-tiang letrik dan telefon yang tumbang terbiar sehingga menyusahkan pengguna-pengguna luar bandar. Semua ini menjejaskan kebahagiaan masyarakat luar bandar dan perlu ditangnai agar hasrat menjadikan 2008 Tahun Bahagia menjadi kenyataan", ujar sdr Morshidi. |