31 JANUARI 2008 - DALAM masa lebih dua jam kerja kaji selidik dijalankan berbagai masalah yang dihadapi oleh penghuni-penghuni Rumah Panjang Kampung Teraja telah dapat dikenalpasti oleh rombongan NDP Belait yang ditugaskan menemuramah mereka pada pagi Ahad yang baru lalu.
Rombongan yang di ketuai oleh Awang Sulaiman Metarasad, Naib Presiden NDP Belait merangkap Ketua Perhubungan NDP Belait membuat kerja kaji selidik itu dalam rangka lawatan kerja ke Rumah Panjang Teraja pada 27 Januari lalu.
 |
Lawatan kerja tersebut merupakan lawatan susulan dari lawatan pertama rombongan NDP yang di ketuai oleh sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP pada 6 Januari 2008 yang lalu.
Seperti yang telah direncanakan, penghuni-penghuni Rumah Panjang Teraja dengan sukarela ditemu ramah untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung masalahh--masalah yang mereka hadapi dan perlu dibawa ke pengetahuan pihak-pihak berwajib.
Rata-rata isu-isu yang mereka bagkitkan merupakan isu-isu lama yang sudah di ketahui oleh pihak-pihak berwajib akan tetapi belum lagi ada penyelesaian.
|
Justeru penghuni-penghuni Rumah Panjang Teraja menaruh harapan agar NDP dapat membantu mengetengahkan lagi isu-isu tersebut kepengetahuan pihak-pihak berwajib, contohnya isu taraf kerakyatan sebilangan besar penghuni-penghuni Rumah Panjang Teraja yang hingga sekarang masih lagi di iktiraf sebagai penduduk tetap walaupun pada dasarnya mereka sudah boleh menjadi rakyat Brunei.
 |
Mereka juga membangkitkan isu berhubung kesejahteraan mereka yang tinggal di rumah-rumah panjang yang tidak mendapat nikmat sistem pembentungan, longkang, tandas dan saliran najis yang moden dan selesa.
Isu pemuliharaan jalan-jalan raya rosak menuju ke Rumah Panjang Teraja juga dibagkitkan oleh penghuni-penghuni di kawasan tersebut.
Sementara itu, menurut Naib Presiden NDP
|
Belait hasil dapatan dari kaji selidik itu akan diteliti dan di dokumentasikan dengan terperinci untuk dihadapkan kepada pihak-pihak tertentu agar tindakan segera dapat diambil.
Dimana perlu pihak NDP akan memainkan peranan sebagai pemudahcara sebagai contoh berhubng masalah permohonan mendapatkan taraf kerakyatan yang dihadapi oleh pemohon-pemohon yang buta huruf dan kurang arif dengan proses memohon taraf kerakyatan, jelas Awang Sulaiman Metarsad.
Katanya NDP tidak menjanjikan apa-apa kepada penghuni-penghuni rumah panjang tersebut hanya sekadar membantu mereka mengangkat masalah-masalah mereka kepada pihak-pihak berwajib.