Memeduli masyarakat pendalaman

 
 

LABI 29 JANUARI 2008 - PENGHUNI-PENGHUNI Rumah Panjang di dua buah kampong pendalaman di Labi menyambut baik usaha berterusan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) membantu Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memeduli masyarakat luar bandar.

Di Rumah Panjang Kampong Teraja, rombongan NDP yang terdiri dari Awang Sulaiman Metarsad, Naib Presiden NDP Belait merangkap Ketua Perhubungan NDP Belait serta ahli-ahli Jawatankuasa yang lain di sambut dengan penuh kemesraan oleh penghuni-penghuni Rumah Panjang Teraja dan Ketua Rumah Panjang Awang Jamit ak Lasa sebaik sahaja rombongan tiba untuk membuat lawatan kerja ke Rumah Panjang tersebut.

Sesi muzakarah bersama Awang Ahjop, Ketua Rumah Panjang Malayan

Lawatan ke dua ini merupakan lawatan susulan Badan Perhubungan NDP Belait setelah lawatan muhibbah dibuat oleh rombongan sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP ke Rumah Panjang yang sama pada 2 minggu lepas.

Tujuan lawatan susulan ialah untuk membuat kaji selidik terperinci keatas hal ehwal kebajikkan 6 buah keluarga Iban yang merupakan penghuni-penghuni Rumah Penjang Teraja iaitu sebuah rumah panjang

yang terpencil terletak di kawasan persempadanan Brunei dan Sarawak.

Di sesi lawatan tersebut ahli-ahli rombongan tanpa membuang masa melakukan kerja selidik dengan menemuramah ketua-ketua keluarga mengenai permasalahan yang mereka hadapi seperti masalah kerakyatan dan lain-lain masalah yang berkaitan.

Sementara itu rombongan kedua yang di ketuai oleh Awang Emran, Timbalan Ketua Perhubungan NDP Belait membuat lawatan kerja ke Rumah Panjang Malayan yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Rumah Panjang Teraja.

Rombongan kedua ini juga disambut dengan penuh kemeseraan oleh Awang Ahjop ak Rading, Ketua Rumah Panjang Malayan dan anak-anak buahnya.

Lawatan kerja tersebut juga merupakan lawatan susulan setelah rombongan Timbalan Presiden NDP membuat kunjungan muhibbah ke rumah panjang tersebut 2 minggu yang lepas.

Menurut Awang Ahjop kedatangan rombongan NDP buat kali kedua itu sangat-sangat dialu-alukan apatah lagi lawatan susulan tersebut lebih menumpukan kepada kerja-kerja penyelidikkan yang bertujuan untuk menrungkai permasalahan yang sedang di hadapi oleh masyarakat pendalaman.

Lawatan kerja meninjua kandang kambing Awang Ahjop

Di sesi lawatan kerja itu Awang Ahjop memberikan sedikit taklimat mengenai dengan sejarah Rumah Panjang Malayan.

Menurutnya sebelum 1999 masyarakat Kampung Malayan tinggal di rumah-rumah persendirian yang terletak berjauhan antara satu dengan yang lain di hutan-hutan di persekitaran kampung tersebut.

Rata-rata penduduk kampung pada masa itu tidak mempunyai pekerjaan tetap hanya bercucuk tanam dan memburu serta memancing untuk mendapatkan makanan seharian.

Setelah saya dilantik menjadi Ketua di kampung ini, tugas pertama yang saya

lakukan ialah untuk mengumpulkan dan menempatkan semula penduduk kampung di 2 buah rumah panjang yang ada sekarang, jelas Awang Ahjop, seorang pesara Syarikat Minyak Shell Brunei.

Katanya sejak itu keadaan kehidupan penduduk kampung bertambah teratur dan tugasnya selaku ketua menjadi sedikit mudah untuk mentadbir anak-anak buahnya yang sekarang berjumlah seramai lebih 100 orang itu.

Menurut beliau lagi jalan-jalan raya menuju ke kampuing tersebut mula dibina pada tahun 1999. Begitu juga dengan bekalan letrik air dan talian telefon, semua kemudahan tersebut telah sampai ke kampung tersebut sejak tahun 2000 lagi.

Dari perbualan dengan Awang Ahjop itu jelas menunjukkan walaupun kemudahan-kemudahan jalan raya, letrik air dan telefon

yang memakan belanja berjuta ringgit telah di sediakan namun hasrat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melihat rakyat dan penduduknya di daerah-daerah pendalaman tidak terpinggir dari arus perdana kemajuan tidak sepenuhnya kesampaian.

Begitu juga dalam konteks pelaburan membina jati diri masyarakat pendalaman, juga belum kesampaian.

Dari maklumat yang diterima kerja-kerja pemeliharaan jalan raya, talian letrik dan telefon tidak dilaksanakan dengan sepatutnya sehingga menyebabkan jalan-jalan raya sepanjang 13 kilometer menuju ke kampung tersebut berlubang-lubang, tiang-tiang letrik dan telefon di sepanjang jalan banyak yang hampir tumbang serta kebel-kabelnya terjuntai hampir putus ditimpa oleh pkokok-pokok yang tumbang.

Di bidang pertanian, potensi mengembagluaskan aktiviti pertanian dikawasan tersebut dengan mengunakan sumber tenaga kerja yang terdiri dari anak-anak kampung yang berpengalaman dibidang pertanian diabaikan.

Permohonan-permohonan beberapa anak-anak kampung untuk mendapatkan tapak-tapak untuk bertani di kawasan kampung tersebut tidak diberikan perhatian sewajarnya.

Begitu juga dengan bantuan perkhidmatan pertanian seperti pemberian bekalan baja dan khidmat-khidmat nasihat sangat jarang sekali di terima sehingga anak-anak kampung susah untuk mengingat semula bila kali terakhir pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian berkunjung untuk meninjau permasalahan pertanian yang mereka hadapi.

Di bidang pendidikan pula seramai 7 orang kanak-kanak di Rumah Panjang Malayan yang tidak bersekolah disebabkan masalah pengakutan yang dihadapi oleh keluarga mereka selain dari masalah sikap sebilangan penghuni-penghuni yang masih jahil akan pentingnya memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka.

Menurut Awang Ahjop dari seramai lebih 100 orang penghuni-penghuni Rumah Panjang Malayan hanya 3 keluarga sahaja yang memeggang kad pengenalan kuning selainya masih bertaraf penduduk tetap dan ada yang tidak mempunyai kad pengenalan serta surat beranak.

NDP juga mendapati bebrapa orang penghuni Rumah Panjang Malayan telah memeluk agama Islam yang masih perlukan bimbingan. Walupun mereka telah mengikuti krusus asas bimbinga Islam selama 14 hari sebaik sahaja mereka memeluk Islam, mereka jelas masih memerlukan khidmat susulan dari Pusat Dakwah untuk membina jati diri mereka sebagai umat Islam yang sejati.

Itulah antara isu-isu yang dibangkitkan kepada NDP semasa membuat lawatan kerja ke kedua-dua buah rumah panjang yang terletak di pendalaman Mukim Labi itu.

Dari lawatan kerja tersebut dan dari hasil temuramah dengan penghuni-penghuni di kedua-dua rumah panjang tersebut jelas menunjukkan hasrat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan meluluskan perbelanjaan berjuta-juta ringgit untuk memberikan kemudahan kepada rakyatnya yang hanya sekubit di daerah-daerah pendalaman agar mereka tidak rasa terpinggir dan kesetiaan mereka kepada Kerajaan Baginda bertambah kental tidak sepenuhnya kesampaian.

Apa yang dapat kita rasakan mereka rata-rata berasa kecewa dengan agensi-agensi kerajaan yang mereka harapkan dapat menggunakan kemudahan dan prasarana yang disediakan untuk memeduli mereka.

Dengan kemudahan yang ada dan dengan kegaggalan agensi-agensi kerajaan memberikan perkhidmatan kemajuan sepatutnya, memaksa mereka keluar dari daerah-daerah pendalaman untuk menacri rezeki di bandar-bandar dan tidak heran dalam perjalanan mereka keluar menuju ke bandar-bandar mereka sentiasa terkilan kenapa syarikat-syarikat pertanian besar yang lain begitu mudah mendapatkan bantuan tanah, baja dan lain-ain sedangklan mereka sangat susah untuk mendapatkan perkhidmatan yang sama.

Tidak heranlah apabila berbicara dengan mereka mengenai dengan kemaslahatan mereka di pendalaman, kata-kata cemuhan dan kritikan yang selalu membasahi bibir mereka bukannya pujian kepada agensi-agensi kerajaan.

Apakah ini yang kita harapkan dari pelaburan berjuta-juta ringgit membina jalan-jalan raya memberikan bekalan letrik, telefon dan air ke kawasan-kawasan pendalaman ini?

 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.