Keluarga kurang mampu perlu perhatian

 
 

PENONOK TUTONG 19 JANUARI 2007 - Setiap hari mereka terpaksa mengharungi kehidupan yang sentiasa dalam kesempitan dan tidak seperti orang lain yang mendapat rahmat kehidupan yang lebih selesa.

Namun bagi sepasang suami isteri kurang mampu yang tinggal di sebuah rumah usang di Kampong Penonok Daerah Tutong semuanya terpaksa dihadapi dengan tabah dan berani. Itu lah hakikat hidup yang terpaksa mereka hadapi dan lalui.

Awang Tinggi bin Linggi dan isteri Dayang Murai anak Injan walaupun sentiasa berhadapan dengan kemiskinan tetap tabah membesarkan anak-anak mereka seramai 7 orang.

Cabaran yang mereka hadapi untuk membesarkan dan mendidik anak-anak menjadi lebih hebat lagi dengan kehadiran 2 orang anak-anak mereka yang kurang upaya.

Seorang dari anak mereka iaitu seorang anak perempuan yang berumur 24 tahun menghidap penyakit sejak lahir yang membuatkannya seperti anak kecil yang tidak pandai bercakap dan berjalan. Seorang lagi anak lelaki mereka bisu.

Walaupun demikain Awang Tinggi atau lebih dikenali dengan panggilan Awang Bujang yang menyara hidup dengan berkebun dan membuat kerja sambilan memulihara alat pendingin tetap tabah untuk untuk menyara hidup keluarganya dan terus memastikan anak-anak yang lain termasuk anaknya yang bisu mendapat pendidikan yang sempurna.

Beliau juga bersyukur kerana bantuan kebajikkan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikkan Masyarakat kepada semua anak-anaknya

termasuk kedua-dua anaknya yang kurang upaya sedikit sebanyak meringankan bebanan hidupnya sekeluarga.

Apa yang menjadi kerisauannya buat masa ini ialah rumah usang peninggalan mendiang ayahnya bukan lagi miliknya. Rumah dan tanah tempatnya berteduh sudah jatuh ketangan adik tirinya.

"Adik saya sudah merisik-risik untuk mengambil balik rumah ini. Saya telah minta tempoh sehingga saya mendapat tempat kediaman lain", keluh Awang Tinggi kepada serombongan ahli-ahli NDP yang berkunjung kerumahnya untuk menyumbangkan sedikit keperluan makanan seharian sebagai tanda kasih NDP kepada orang-orang susah di negara ini.

Rombongan di ketuai oleh Dayang Hajjah Armah binte Awang Othman, Pengerusi JK Hal Ehwal Kebajikkan Masyarakat.

Menurut Awang Tinggi dia pernah cuba memohon untuk mendapatkan tempat kediaman melalui skim kemajuan perumahan negara akan tetapi ditolak atas alasan beliau tidak mempunyai pendapatan tetap untuk pembayaran bulanan rumah yang akan diberikan nanti.

"Saya ada sebidang tanah lesen semantara, tetapi saya tidak mempunyai kewanagan yang cukup untuk membina sebuah rumah kecil diatas tapak tanah tersebut", ujar Awang Tinggi lagi.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.