LIMBARUH HIJAU 15 JANUARI 2008 - PERHIMPUNAN Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah (MPPD) Senegara yang buat julung kalinya diadakan pada 10 Januari 2008 bersamaan 1 Muharram 1429 telah berjaya meletakkan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dilandasan yang lurus, yang lebih dinamik dan berdayamaju.
MPPD pertama yang telah berlangsung di 'The Holiday Lodge' di Jerudong lima hari lepas juga merupakan titik tolak bagi NDP beraksi selaku rakan strategik kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Baginda dengan lebih 'structured', teratur dan terarah.
AJK Badan Perhubungan NDP Daerah Brunei-Muara bergambar ramai bersama Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman |
Melalui MPPD pertama tersebut, semua ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) Badan-Badan Perhubungan Daerah di seluruh negara telah dapat dihimpunkan untuk mencabah fikiran dan merencana strategi gerak kerja yang bersepadu yang boleh meningkatkan lagi keupayaan dan keberkesanan NDP sebagai sebuah pergerakkan politik rakyat yang benar-benar bewibawa dan dinamik.
Seperti yang ditekankan oleh sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP yang diundang untuk menjadi Tetamu Kehormat, MPPD pertama tersebut merupakan langkah permulaan yang penting yang akan memandu NDP dalam satu perjalanan politik yang amat jauh.

AJK Badan Perhubungan NDP Daerah Temburong segak dan mantap berpakaian seragam bergambar ramai bersama TP NDP
|
Beliau berpandangan dalam perjalanan NDP yang teramat jauh itu "kita akan meninggalkan jejak-jejak sepanjang perjalanan. Mereka yang di belakang kita akan dapat melihat jejak-jejak tersebut dengan jelas".
"Mereka tahu sama ada kita berjalan lurus atau bengkok. Sedangkan kita yang berjalan di hadapan jarang sekali melihat jejak-jejak yang kita tinggalkan".
 |
Kenyataan ini adalah peringatan kepada kita terutama yang bergelar pemimpin supaya memastikan kita sentiasa berjalan lurus dan sentiasa berada di atas landasan dan jajaran yang betul dan lebih penting, tambahnya ialah bahawa kita mesti dilihat berjalan lurus.
Dalam erti kata yang lain apa yang ditekankan oleh sdr Morshidi itu ialah pentingnya NDP terus dibentuk menjadi pergerakkan politik yang berjalan atas landasan yang betul dan paling penting ianya berdaya maju dan dinamik dalam menghadapi dan menangani cabaran-cabaran masa kini dan di masa mendatang.
|
Sejarah penubuhan Badan Perhubungan Daerah
Menoleh kebelakang, Badan Perhubungan Daerah telah melalui proses pembaharuan yang cepat.
Ianya hanya diperkenalkan secara protem (Di bawah kuasa Artikel 48/1 dalam Perlembagaan Parti) setelah lebih kurang setahun NDP diwujudkan. Tujuan utama penubuhannya ialah untuk memudahkan pentadbiran dan pengurusan parti di peringkat pusat memantau perkembangan NDP di peringkat daerah.

Awg Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Beait berucap di sesi MPPD pertama |
Mekanisme pemantauan melalui Badan Perhubungan Daerah ini diperbaiki dan dipertingkatkan lagi selepas Kongres Agung NDP ke dua pada tahun lepas meluluskan pembubaran semula struktur organisasi Badan Perhubungan Daerah (dengan tujuan membukakan ruang kepada konsep syura dalam proses untuk mengambil keputusan di peringkat daerah mengambil tempat.
Inisiatif memperkenalkan MPPD (juga dibawah bidang kuasa Artikel 48/1 dalam Perlembagaan NDP) merupakan inisiatif terkini NDP memantapkan lagi Badan Perhubungan Daerah sebagai sistem
|
pentadbrian dan pengurusan parti yang berteraskan konsep syura.

Haji Antin Ahad, Pemangku Naib Presiden dan Ketua Perhubungan NDP Daerah Brunei-Muara |
Ianya diumumkan pada bulan Disember tahun lepas di sesi muzakarah anggota-anggota Badan-Badan Perhubungan Senegara yang berlansgung di markas NDP di Tutong.
Di sesi muzakarah tersebut Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman telah mengariskan perlunya NDP berusaha secara berterusan mempertingkatkan lagi mutu sistem pentadbiran dan pengurusan parti terutama sekali diperingkat daerah dan ranting.
Beliau juga menekankan perlunya diwujudkan pensejajaran pemikiran, tindakan dan gerak kerja yang bersepadu dalam NDP.
Menurutnya dengan mengambil kira cabaran-cabaran hebat yang telah dilalui dan akan dihadapi di masa-masa mendatang, NDP tidak boleh tidak, mesti terus mengambil langkah-langkah kehadapan memantapkan lagi sistem pentadbiran dan pengurusannya serta mensejajarkan
|
pemikiran, tindakan dan gerka kerja semua jenetera penggerak dalam NDP.
Langkah ini perlu dan selaras dengan hasrat NDP, tambah sdr Morshidi, untuk menjadi rakan strategik kepada pembangunan bangsa dan negara yang dihasratkan oleh Baginda Sultan dan dilaksanakan oleh Kerajaan Baginda.

Awang Ahmad Timpus, Naib Presiden NDP Temburong
|

Awang Haji Hanafi Md Daud, Naib Presiden
NDP Tutong
|
MPPD membuahkan bibit-bibit awal kejayaan
Sehubungan dengan itu, apa yang diharapkan oleh sdr Morshidi di sesi muzakarah tersebut telah berjaya menghasilkan bibit-bibit awal kejayaan apabila MPPD pertama diadakan lima hari lepas.
Perwakilan-perwakilan dari Badan-Badan Perhubungan Daerah telah berpeluang membentangkan pemikiran-pemikiran dan cadangan-cadangan yang bernas yang telah dapat membantu NDP pusat untuk mengenalpasti strategi tindakan dan gerak kerja bagi tahun 2008.

Petugas-petugas di meja pendaftaran MPPD |

Perwakilan - perwakilan Badan Perhubungan NDP Temburong nampak terserlah dengan pakaian seragam dan duduk dibarisan sebelah ialah perwakilan-perwakilan Badan Perhubungan Belait. |
Di perhimpunan tersebut NDP Daerah Brunei-Muara telah membentangkan kertas kerja yang antara lain mengariskan 20 kriteria-kriteria berpesatuan.
Awang Haji Antin Ahad, Pemangku Naib Presiden dan Ketua Perhubungan NDP Brunei-Muara antaranya menekankan perlunya semangat kesataun, sikap 'accomodative', toleransi, hormat-menghormati dan setia kawan dapat terus ditanamkan dalam diri ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin NDP.
NDP Tutong pula menekankan perlunya gerak kerja difokuskan kearah memasyarakatkan NDP dan juga mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan kerjasama antara NDP dengan sektor kerajaan di peringkat daerah dan negara.
NDP Tutong juga mengongsikan plan tindakannya bagi tahun 2008 dengan objektif utama untuk melipatgandakan lagi keahlian NDP di daerah Tutong, memperlusakan sumber dana dan memasyarakatkan NDP di Tutong.
Perwakilan dari Daerah Belait juga turut mengongsikan plan tindakan dan gerak kerja NDP Belait bagi tahun 2008 yang diprogramkan menggunakan konsep 'S.W.O.T Analysis' (menganalisa kekuatan, kelemahan, peluang-peluang dan ancamana-ancaman) dan pendekatan 'P.O.L.I.C.E' (Plan, Organise, Lead, Innovate, Cotrol and Coordinate, Evaluate) untuk merencanakan strategi dan plan tindakannya.
Di Perhimpunan tersebut NDP Temburong pula membuat kejutan dengan menampilkan ahli-ahli Badan Perhubungan nya yang berpakaian seragam.
NDP Temburong juga berjaya menampilkan beberapa ahli-ahli Jawatankuasa yang berbakat dalam membentangkan kertas kerja mereka. Antara cadangan NDP Temburong ialah untuk meningkatkan lagi program 'Menyusur Desa' demi untuk merealisasikan usaha memasyaraktkan NDP di daerah-daerah pendalaman dan di kalangan petani-petani di Temburong.
Di perhimpunan bersejarah itu, MPPD telah mencapai satu resolusi yang mengariskan antara lain:
- usaha berterusan NDP membudayakan konsep syura dalam proses membuat keputusan di semua peringkat pentadbiran dan pengurusan parti.
- pendekatan NDP dalam menniti arus perjuangannya ialah melalui amalan dan prinsip-prinsip perundingan, rekonsiliasi, tolak ansur dan permuafakatan.
- usaha berterusan untuk memasyarakatkan NDP di peringkat daerah, rantingranting, desa-desa dan di kawasan-kawasan pendalaman
- usaha berterusan dan bersepadu untuk membanyakkan lagi ahli-ahli NDP
- usaha berterusan dan bersepadu untuk memperluaskan lagi sumber dana NDP melalui program-program dan aktiviti-aktiviti yang tidak bercanggah dengan dasar parti dan juga undang-undang negara.
MPPD kedua dijadualkan akan diadakan pada bulan April akan datang ini dan seterusnya setiap 4 bulan sekali.
Di MPPD kedua nanti antara agenda yang akan dibincangkan ialah laporan kemajuan pelan tindakan dan gerak kerja NDP di daerah-daerah.