SERIA 3 JANUARI 2008 - BADAN PERHUBUNGAN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) Belait memulakan tahun baru 2008 Masihi dengan mengadakan mesyuarat bagi tujuan mengatur gerak kerja parti peringkat daerah di sepanjang 12 bulan akan datang ini.
Mesyuarat di adakan di bilek mesyuarat sementara NDP Belait di Seria dan di pengerusikan bersama oleh Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait merangkap Ketua Badan Perhubungan NDP Belait dan Malai Hassan Othman, Ketua Media Biro Penerangan NDP Pusat.
Di sesi awal mesyuarat ahli-ahli jawatankuasa meninjau secara ringkas perjalanan parti di Daerah Belait sepanjang tahun 2007 dengan menggenengahkan beberapa pencapain-pencapain yang di buat oleh NDP Belait serta kelemahan-kelemahan pengurusan, pentadbiran, sistem delivery dan sistem penyebaran maklumat dalam Badan Perhubungan.
Di sesi kedua mesyuarat menumpukan perbincangan kepada persediaan Badan Perhubungan
|
|
NDP Belait menghadapi Perhimpunan Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah (MPPD) senegara pertama yang dijadualkan akan berlangsung pada 10 Januari akan datang ini di Bandar Seri Begawan.
Di Perhimpunan MPPD pertama itusemua Badan-Badan Perhubungan Daerah akan dikehendaki membentangkan kertaskerja mengariskan perancangan dan gerakkerja badan-badan perhubungan di sepanjang 12 bulan akan datang dalam usaha memantapkan lagi NDP di pesada politik tanah air.
Juga dibincangkan ialah mengenai persediaan Badan Perhubungan NDP Belait menghadapi Kongres Agung NDP kali ke 3 pada Jun akan datang yang memerlukan badan tersebut memastikan ranting-ranting NDP di Belait di kemaskinikan dan mengadakan Kongres Ranting sebelum Kongres Agung NDP ke 3 berlangsung.
|