Hijrah minda

 
 

JERUDONG 11 JANUARI 2008 - PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) semalam menyeru semua Ahli-Ahli Jawatankuasa Perhubungan Daerah seluruh negara 'berhijrah' mengubah cara berfikir yang sempit kepada yang lebih terbuka, kreatif dan dinamik.

"Jika kita mahu terus maju dalam perjuangan menyokong dan mendokong segala usaha KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Baginda membangun bangsa dan negara, kita perlu bersedia 'berhijrah' menukar minda kita".

"Dalam erti kata lain kita perlu bersedia mengubah cara berfikir kearah yang lebih kreatif dan berdaya maju dan begiut juga dengan sikap dan tabiat kita perlu diubah kepada yang lebih baik".

"Mana-mana yang negatif dan tidak sesuai kita buang dan kita bina pula sikap dan tabiat yang positf. Sebagai contoh dalam aspek memelihara disiplin waktu kita perlu mengubah dari sikap lalai kepada sikap yang lebih cergas dan berdaya maju", ujar

Ayahnda Yasin Affandy di majlis makan malam bagi merayakan ahli-hli Jawatankuasa Badan Perhubungan NDP Daerah seluruh negara yang selesai bersidang buat pertama kalinya di Persidangan Majlis Pemesyuaratan Perhubungan Daerah Seluruh Negara.

Majlis makan malam berlangsung di 'The Lodge' sebuah hotel yang terkletak di Mukim Jerudong.

Awang Haji Abdul Rahman Yusuf, Pengerusi Tetap NDP juga turut berucap di majlis tersebut. Beliau menyeru ahli-ahli JK Perhubungan Daerah agar terus meningkatkan keupayaan masing-masing agar segala gerak kerja yang telah direncanakan sepanjang tahun 2008 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.