Biro Kemajuan Perumahan bersedia berkhidmat

 
 

LIMBARUH HIJAU 31 JANUARI 2008 - BIRO KEMAJUAN PERUMAHAN telah membentuk semula badan jawatankuasanya dengan perlantikkan ahli-ahli baru dalam usaha berterusan untuk memantapkan peranan biro sebagai rakan strategik kepada perlaksanaan dasar kemajuan perumahan negara.

Pembentukkan semula Badan Jawatankuasa Biro Kemajuan Perumahan telah mengambil tempat di mesyuarat yang berlangsung di Anjung Syura Markas Pusat NDP di Limbaruh Hijau Jerudong pada hari Sabtu lepas.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Haji Awang Damit Hj. Awg. Chuchu, Ketua Biro Kemajuan Perumahan.

Di mesyuarat tersebut ahli-ahli jawatankuasa yang baru dilantik sepakat untuk meningkatkan lagi usaha memantau perjalanan perlaksanaan dasar kemajuan perumahan negara.

Kearah itu AJK Biro Kemajuan Perumahan melihat perlunya menjalin hubungan baik dengan Jabatan Perumahan bagi maksud untuk mendapatkan maklumat tepat dan jelas berhubung projek perumahan di negara ini.

Selain itu AJK juga melihat perlunya Biro Kemajuan Perumahan memberikan khidmat kepada mereka yang menghadapi masalah perumahan.

Kearah itu kerja kaji sellidik dengan mengedarkan borang-borang kepada mereka yang mempunyai masalah bagi mengenalpasti keperluan dan kehendak serta masalah mereka perlu dilaksanakan.

Di mesyuarat tersebut AJK Biro Kemajuan Perumahan juga bersetuju untuk mengadakan lawatan dan tinjauan ke semua daerah bagi melihat sendiri sesuatu projek dijalankan serta mengadakan seminar  mengenai perumahan, cara pelaksanaan, pengurusan dan pentadbiran serta konsep dan matlamat perumahan negara.

Juga turut dicadangkan ialah aktiviti lawatan sambil belajar ke negara jiran bagi meninjau dan mempelajari bagaimana projek perumahan mereka  dijalankan.

 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.