MUKIM LABI DAERAH BELAIT (07 JANUARI 2008) - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) akan terus mempertingkatkan usaha menjadi pelantar politik suara rakyat akar umbi tidak kira di mana mereka berada, tegas Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy kelmarin.

Pemandangan Rumah Panjang Kampong Teraja |
"Berlandaskan konsep 'NDP Rakan Strategik Pembangunan Bangsa dan Negara' kita akan terus bergerak menyokong dan membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Baginda untuk memastikan semua lapisan rakyat dan penduduk di negara ini menikmati semua bidang pembangunan bangsa dan negara yang dilaksanakan".
"NDP akan berusaha membantu Baginda Sultan dan Kerajaan untuk memastikan tidak ada satu golongan masyarakat pun yang terasa terpinggir dari arus perdana |
pembangunan bangsa dan negara terutama sekali rakyat dan penduduk di pendalaman", ujar Ayahnda Yasin Affandy di sesi lawatan muhibbah ke Rumah Panjang, Kampong Teraja, Rumah Panjang Kampong Malayan dan juga ke Kampong Labi lama di Mukim Labi.
"Kita akan terus berusaha membantu Baginda Sultan untuk memastikan program-program pembangunan di semua bidang di nikmati oleh semua lapisan rakyat dan penduduk tanpa pilih kasih dan diskriminasi", tambah AyahnaYasin Affandy lagi.

Awang Jamit ak Lasa menghadiahkan cendera hati kepada Ayahnda Yasin Affandy. |
Ayahnda Yasin Affandy mengetuai rombongan lebih 50 orang ahli-ahli NDP yang terdiri dari Timbalan Presiden NDP sdr Mahmud Morshidi Othman, pegawai-pegawai dari Jabatan Setiausaha Agung NDP pusat, ahli-ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan NDP Belait, Tutong, Biro Hal Ehwal Non-Muslim, Himpunan Wanita NDP dan juga AJK Biro Penerangan NDP pusat.
Sesi lawatan muhibbah tersebut merupakan program jerayawara "Menyusur Desa' anjuran Biro penerangan NDP pusat.
Rombongan memulakan program jerayawara pada awal pagi lagi dengan membuat kunjungan muhibbah ke Rumah Panjang di Kampong Teraja, sebuah |
perkampongan masyarakat Iban yang terpencil terletak berdekatan sempadan Brunei dan Sarawak, Malaysia.
Ketibaan rombongan NDP di alu-alukan dengan peuh kemesraan oleh penghuni-penghuni Rumah Panjang Teraja. Rumah Panjang Teraja dihuni oleh 6 buah keluarga Iban seramai lebih 90 orang.
Juga turut hadir mengalu-alukan kedatangan rombongan NDP itu ialah Awang Jamit anak Lasa, Tuai Rumah Panjang Teraja.
Dari Rumah Panjang Teraja, rombongan bergerak ke Rumah Panjang Kampong Malayan, sebuah lagi perkampungan masyarakat Iban di Mukim Labi yang terletak sejauh lebih kurang 40 kilometer dari Rumah Panjang Teraja.
Ketibaan rombongan disambut oleh Awang Ahjop anak Rading, Tuai Rumah Panjang Malayan dan anak-anak buahnya.

Bergambar ramai bersama penghuni-penghuni Rumah Panjang Teraja
|
 |
Di kedua-dua sesi lawatan tersebut Ayahnda Yasin Affandy dan rombongan mendengarkan permaslahan-permasalahan yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di kedua-dua buah kampong.
Antara isu-isu yang dibangkitkan ialah isu pertanian, penanaman padi, isu kerakyatan, isu pemeliharaan jalanraya, perkhidmatan pemeliharaan pembekalan letrik dan telefon serta isu kesihatan dan pendidikan.
Dari Rumah Panjang Malayan, rombongan meneruskan lawatan muhibbah ke rumah Pengiran Wadlee di Kampong Labi lama. Di
|
sesi lawatan itu Ayahnda Yasin Affandy dan rombongan bermuzakarah dengan beberapa orang penduduk Kampong Labi lama.

Awang Ahjop menerima sumbangan NDP untuk penghuni-penghuni Rumah Panjang Malayan dari Presiden NDP |

Bergambar ramai bersama penghuni-penghuni Rumah Panjang Malayan di Mukim Labi daerah Belait
|
|