Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP menyambut baik Titah Perutusan 2012


Gambar ehsan Pelita brunei

LIMBARUH HIJAU 7 SAFAR 1433 (1 JANUARI 2012) : PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) menaruh harapan agar titah Tahun Baru 2012 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan mendapat sambutan dan sokongan penuh dari semua lapisan rakyat terutama mereka yang memegang amanah mentadbir dan mengurus perlaksanaan dasar pembangunan negara.

Dalam titah tersebut Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah membuat seruan-seruan dan menekankan perkara-perkara berikut:

1-Memelihara keamanan adalah tanggungjawab semua kerana jika tidak ada keamanan, semua pembangunan boleh tergendala dan gagal.

2-Memperbaiki kelemahan-kelemahan jika ada, disamping bersedia menghadapi cabaran-cabaran mendatang yang pasti wujud dengan kebijaksanaan dan lapang dada.

3-Menyeru agar melipatgandakan lagi usaha kearah mempelbagaikan ekonomi negara melalui perlaksanaan Rancangan Kemajuan Negara ke-10 (RKN ke-10) yang akan bermula pada 1 April 2012.

4-Meberikan perhatian kearah mewujudkan suasana perniagaan yang lebih kondusif supaya sektor swasta akan dapat berkembang dengan lebih cepat dan mudah.

5-Lebih komited untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif dan projek-projek di bawah RKN ini, terutamanya dalam pemberian perkhidmatan kepada orang ramai.

6-Mengawal pembaziran yang meliputi semua peringkat masyarakat termasuk di peringkat kerajaan demi kepentingan survival ekonomi negara.

7-Kerajaan akan terus memberikan perhatian kepada program-program pembangunan, seperti perumahan, kesihatan dan keselamatan makanan

8-Kerajaan mengambil berat tentang peningkatkan penyakit-penyakit tidak berjangkit, seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, kanser dan sakit jantung serta obesiti.

9-Menyeru rakyat membina azam untuk lebih berdisiplin dalam menjaga kesihatan, khasnya dalam perkara memilih makanan sihat, menghindari rokok dan rajin beriadhah.

10-Memperkenalkan Program Khidmat Bakti Negara sebagai sebahagian dari proses pendidikan dan pembinaan disiplin diri dikalangan belia-belia.

11-Negara perlu bersiap sedia dari sekarang untuk menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN pada tahun 2013.

Sehubungan dengan itu, NDP dengan ini menyokong sepenuhnya saranan-saranan baginda tersebut.

NDP juga turut berasa bimbang dengan pandangan yang dilontarkan baginda Sultan berhubung cabaran hebat yang bakal ditempuhi negara berikutan satu berita tentang kemelut hutang yang amat tinggi yang menimpa sebilangan negara-negara maju.

Seperti yang ditekankan oleh baginda, "Impaknya, turut menjadikan ekonomi dan kewangan global semakin meruncing".

NDP berkongsi pandangan dengan baginda Sultan bahawa kadar hutang yang tinggi dan diluar kemampuan, bukan saja menjejaskan pertumbuhan sesebuah negara, malahan juga mampu menggugat ekonomi global.

Banyak negara, termasuk negara-negara di rantau ini, setentunya akan turut mengalami kesannya dan jika berlarutan boleh saja turut menjejaskan ekonomi kita sendiri yang lebih bergantung kepada industri minyak dan gas.

Justeru selaku sebuah pergerakkan politik rakyat, NDP akan terus berusaha semampunya untuk berkhidmat kepada negara dan bangsa dengan mendekati rakyat selaku 'endusers' untuk mendapatkan 'feedback' mereka.

NDP juga akan terus berperanan semampunya dengan memberikan teguran membina dan mengenegahkan usul-usul dan cadangan yang berkaitan dengan saranan-saranan dan perkara-perkara yang dititahkan baginda Sultan tersebut.

Sebagai contoh NDP akan terus menyuarakan perlunya sistem 'check and balance' yang lebih mantap dengan penyertaan rakyat serta ketelusan dan berakauntabiliti wujud dalam sistem pentadbiran dan pengurusan terutama dalam sistem delivery kerajaan. Juga tidak kurang penting ialah penselarasaaan dalam perlaksanaan dasar pembangunan dan kemajuan negara.

Apa yang kita saksikan terdapat beberapa perlaksanaan undang-undang atau peraturan-peraturan baru yang tidak selaras dan 'counter productive' dengan semangat Wawasan Negara 2035.

Antara semangat Wawasan 2035 ialah untuk menjadikan negara antara 10 negara termaju di dunia, rakyat menikmati pendapatan per kapita tertinggi, perpendidikkan dan berkemahiran serta sifar miskin.

Malangnya perkembangan terbaru diperingkat perlaksanaan dasar, seperti contohnya, ketegasan dalam menaganai pemohon-pemohon perumahan golongan berpendapatan redah, berkerja di sektor swasta, pemohon dibebani dengan hutang letrik, air dan gas, kurang keupayaan untuk mendapatkan penjamin serta peraturan baru pengambilan pekerja asing melalui agensi, isu tanah Tumpang Sementara (TOL) untuk pertanian yang dikatakan telah dibekukan, syarat penyamabongan perjanjian tanah kediaman TOL yang telah mansuh yang sangat membebankan, menujukkan kemungkinan cita-cita ini akan tinggal angan-angan saja.

Tidak lama lagi Majlis Mesyuarat Negara akan bersidang. Dalam pada itu NDP berseru dan berharap agar isu-isu serta kebimbangan yang dibangkitkan oleh baginda Sultan akan diberikan perhatian.

Dalam isu keselamatan permakanan, contohnya, MMN diharapkan akan membangkitkan pencapaian rancangan untuk menjadikan negara mampu diri dengan menghasilkan beras yang memenuhi keperluan negara tanpa bergantung kepada beras impot. Apa perkembangannya sejauh ini?

Berhubung suasana perniagaan yang lebih kondusif supaya sektor swasta akan dapat berkembang dengan lebih cepat dan mudah, perhatian juga perlu ditumpukan kepada persoalan kenapa ramai masih merasakan sangat payah untuk menjalankan perniagaan di Brunei.

Selaras dengan titah Tahun baru 2012 yang menekankan pengawalan pembaziran di peringkat kerajaan, MMN juga diharap akan mengupas perlaksanaan projek-projek pembangunan. Untuk itu NDP telah mengusulkan dalam kongres-kongres tahunan yang lalu akan perlunya sebuah jawatankuasa pemantauan perlakasanaan projek-projek pembangunan diwujudkan dalam MMN.

Antara peranan jawatankuasa tersebut ialah untuk mempastikan projek-projek pembangunan dilaksanakan dengan efisyen, mengikut jadual yang telah ditetapkan demi mengelakkan pembaziran.

Sementara itu NDP juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penghormatan yang akan diberikan kepada negara untuk menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN pada tahun 2013.

NDP bersedia memberikan sokongan dengan melibatkan diri dalam sebarang usaha, bersesuaian dengan kemampuan NDP, untuk sama-sama mempastikan kelicinkan perjalanan Sidang ASEAN tersebut.

Untuk akhirnya, NDP berharap apa jua pandangan dan cadangan yang dilontarkan disini tidak ditafsir sebagai usaha untuk mencari kelemahan dan mengkritik perencanaan yang telah dibuat.

 

 

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP

DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.