Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

BELANSUNGKAWA

LIMBARUH HIJAU 16 SAFAR 1433 (10 JANUARI 2012): PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaluddin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd. Yassin yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.05 pm 15 Safar 1433 bersamaan 9 Januari 2012 Masehi dikediaman Allahyarham di Kampung Beribi, Jalan Gadong di sini.

Seluruh warga NDP turut bersedih atas pemergian Yang Amat Mulia Mantan Yang Dipertua Dewan Majlis Mesyuarat Negeri itu daan berdo'a semoga roh Allahyarham akan dicucuri rahmat dan dikumpulkan bersama orang-orang soleh.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Kubah Makam Diraja, Batu satu jalan Tutong.

Kelmarin Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarham.

Berangkat sama menziarahi jenazah Allahyarham ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.


Allahyarham dilahirkan di Kampung Sumbiling Lama, Jalan Stoney, Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) pada 8 Mac 1929.

Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, semasa hayat Yang Amat Mulia telah diangkat dari Pengiran menjadi 'Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Anaknda' pada 29 Februari 1968 dan dinaikkan pangkat gelaran menjadi 'Yang Amat Mulia Pengiran Indera Mahkota' pada 16 Mei 1968.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Pendidikan Arab Brunei dan Melayu Pekan Brunei dan pernah melanjutkan pengajian di Stamford School Pulau Pinang dan Saint Joseph School di Kuching, Sarawak.

Allahyarham telah dikurniakan beberapa Bintang Kebesaran serta Pingat-pingat Kehormatan seperti P.O.A.S 1961; D.P.M.B 1963; D.S.L.J 1967; S.P.M.B dan P.J.K 1968; P.H.B.S 1969; Pingat-pingat Puspa 1970; P.K.L 1974; P.S.L.J 1976 dan P.B.L.I 2008.

Allahyarham juga dianugerahkan Ijazah "Doktor Kehormat" daripada Universiti Brunei Darussalam pada 28 September 1996 dan Tokoh Jasawan Ugama Negara Brunei Darussalam pada tahun 1997.

Semasa hayat Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Juruukur Percubaan, Setiausaha Majlis Islam Brunei, Setiausaha Adat Istiadat dan Pejabat Kebajikan, Pengetua Hal Ehwal Ugama, Pemangku Yang Dipertua Adat Istiadat dan Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan; Pengarah Jabatan Perpindahan dan Speaker Dewan Mesyuarat Negeri dari 15 Disember 1981 hingga 14 Februari 1984. Dan pada tahun 2004 Yang Amat Mulia dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Majlis Mesyuarat Negeri hingga 9 Februari 2011.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, enam orang anak dan 16 orang cucu. (Sumber: Pelita Brunei)

 

 

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP

DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.