Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP minta pertimbangan Kerajaan Republik Rakyat China

'BENARKAN 2 PESALAH DADAH JALANI HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP DI BRUNEI'

LIMBARUH HIJAU 3 DISEMBER 2010 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) merayu kepada Kerajaan Republik Rakyat China agar dapat mempertimbangkan atas dasar kemanusaian untuk 'membebaskan' dua rakyat Brunei yang sekarang menjalani hukuman penjara seumur hidup di negara tersebut atas kesalahan mengedar dadah merbahaya dan membenarkan mereka meneruskan hukuman tersebut di Negara Brunei Darussalam.

"NDP menyedari walaupun Negara Brunei dan Republik Rakyat China mempunyai hubungan diplomatik yang baik namun kedua-dua buah negara setakat ini tidak mempunyai perjanjian penyerahan balik pesalah-pesalah. Namun demikian NDP merayu agar pertimbangan dapat dibuat atas dasar kemanusiaan bagi 2 warga Brunei tersebut", jelas Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy dalam satu kenyataan yang dibuat semasa menutup rasmi Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah (MPPD) kali ke-3 di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong pada 31 Disember 2009 baru lepas.

Kedua-dua rakyat Brunei tersebut seorang lelaki dan seorang wanita telah dihukum penjara seumur hidup setelah didapati bersalah cuba menyeludup masuk dadah berbahaya ke negara tersebut.

Dalam kes pertama seorang wanita warga Brunei berumur 26 tahun telah ditahan oleh Biro Pencegah Penyeludupan Kastam China sebaik tiba di

Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong dari Kuala Lumpur dengan mengunakan penerbangan Malaysia MH388 pada 11 Januari 2009 tahun lepas.

Dia ditahan apabila didapati sejumlah 894.05 gram heroin tersembunyi dalam lapisan sebiji beg yang dibawanya. Wanita tersebut dipercayai mangsa sindiket penyeludupan dadah antarabangsa yang telah berjaya memperdaya mangsa dengan tipu helah dan taktik lecik.

Sementara itu pada pada Jun 23, 2009, seorang lagi warga Brunei, seorang lelaki berumur 29 tahun, juga telah ditahan di Tianjin, China apabila didapati beg yang dibawanya mengandungi sejumlah 995.72 gram heroin yang tersembunyi dalam lapisan beg tersebut.

Lelaki tersebut yang menaiki pesawat D72612 dari Kuala Lumpur ditahan sebaik tiba di Tianjin oleh Biro Pencegah Penyeludupan Tianjin.

Dalam kedua-dua kes tersebut, mahkamah di China mendapati mereka berdua bersalah dan dihukum penjara seumur hidup.

NDP turut bersimpati dengan keluarga kedua-dua warga Brunei tersebut dan berharap Kerajaan Repablik Rakyat China atas dasar kemanusiaan dapat mempertimbangkan agar kedua-dua mereka dipulangkan ke Brunei untuk meneruskan hukuman tersebut di negara ini.

Sementara itu NDP juga mengalu-alukan dan akan menyokong sebarang usaha dan iniasiatif Kerajaan untuk membantu pembelaan dan melindungi kesejahteraan warga-warga Brunei yang ditahan atas kesalahan dadah di luar negara.

Menurut laporan seorang warga Brunei juga turut ditahan di Santiago, Chile atas tuduhan cuba menyeludup 15 paket cocaine dan seorang lagi di Australia atas tuduhan cuba menyeludup masuk heroin. Kedua-dua kes tersebut masih lagi dalam penyiasatan.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.