Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Menghayati Titah Tahun Baru 2010

LIMBARUH HIJAU 6 JANUARI 2010 - KEDATANGAN tahun baru 2010 disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan titah yang ringkas tetapi jelas dengan mesej yang hendak disampaikan.

Parti Pembangunan Bangsa (NDP) melihat terdapat 3 perkara penting dalam titah baginda tersebut. Ia perlu di hayati dan jadikan panduan terutama oleh barisan kepimpinan NDP dalam usaha berterusan 'menjunjung titah mambangun bangsa' yang telah kita manifestaiskan dalam usul-usul menyentuh food security, kemiskinan, zakat, pencen, perumahan, persempadanan, pengangguran, ekonomi dan lain-lain di empat Kongres Agung Tahunan yang telah kita adakan sejak 2006.

Pertama, titah baginda fokus kepada tema utama iaitu agenda kemakmuran dan kesejahteraan bangsa dan negara dan kedua pendekatan yang terbuka baginda sendiri dan kerajaan kearah mencapai matlamat tersebut. Ketiga titah baginda jelas menekankan pentingnya perkhidmatan awam (selaku pelaksana semua program dan perancangan bagi kemakmuran dan kesejahteraan bangsa dan negara) berientegriti, memenuhi etika perkhidmatannya yang telus tanpa pilih kasih dan rasuah, insya Allah semuanya akan selamat dan berkat.

Disentuh juga dalam titah ialah dasar berbaik-baik negara dengan negara-negara sahabat, satu dasar yang tidak kurang penting dalam usha memelihara kemakmuran dan kesejahteraan bangsa dan negara dalam Order Baru Dunia.

Berikut urutan titah tahun baru 2010 baginda untuk kita sama-sama hayati dan untuk kita jadikan bahan pemikiran dalam merancang dan melaksana apa jua usaha bagi menjayakan hasrat baginda tersebut.

Di awal titah baginda mengingat kembali dengan rasa syukur bagaimana negara berjaya melalui liku-liku tahun 2009 dengan penuh cekal, sekalipun sedikit mengalami kejutan, berupa beberapa kejadian yang jarang-jarang berlaku, seperti banjir dan tanah susur dan kemudian menyusuli pula influenza ‘A’ (H1N1).

"Ini semua mempunyai hikmah, selaku isyarat, supaya kita sentiasa bijak dan siap siaga menanganinya", titah baginda.

Titah baginda di antara cara yang bijak itu ialah menyiapkan diri dengan perancangan-perancangan besar, dan tidak mengapa, kalau perancangan-perancangan itu diasaskan kepada senario kes terburuk (worst-case-scenario), kerana dengan cara itu, persediaan kita akan lebih kemas lagi bagi menghadapi cabaran dan keadaan-keadaan mendatang.

Sementara itu baginda juga bertitah di sebalik ujian-ujian tadi beberapa pencapaian telah turut kita raih di sepanjang tahun 2009.

"Antaranya kita telah dan sedang mengorak langkah bagi meningkatkan pengeluaran padi tempatan sebagai usaha ke arah jaminan keselamatan makanan atau ‘food security’  di negara ini".

"Beta gembira, kerana usaha yang digerakkan oleh kerajaan ini, nampak-nampaknya berjaya menyuntik semangat rakyat untuk sama-sama aktif dalam bidang pertanian.  Beta ada mendengar, ramai kini yang suka dipanggil petani, mengusahakan tanah-tanah mereka yang dahulunya hanya terbiar.  Ini tidak syak lagi, adalah satu perkembangan yang amat menggalakkan bagi negara".

"Di samping itu, sudah terdapat juga dari kalangan anak tempatan yang sedang giat melaksanakan pelbagai usaha dalam industri pemakanan dan malah sudah ada yang mampu tampil menyertai ekspo-ekspo serantau dan antarabangsa untuk mempromosikan barangan keluaran mereka", titah baginda lagi.

Semua ini, titah baginda, adalah jalan-jalan kepada kemakmuran dan kesejahteraan.

Sehubungan dengan agenda kesejahteraan ini, baginda juga mengumumkan mulai 1 Januari 2010, Skim Persaraan Caruman Tambahan atau SCP bagi kedua-dua sektor awam dan swasta, khususnya bagi mereka di bawah Skim Tabung Amanah Pekerja atau TAP, yang juga ada kaitannya dengan pertambahan umur persaraan kepada 60 tahun akan mula dikuatkuasakan.

Titah baginda lagi, kerajaan adalah komited bagi menjalankan sebarang kajian terhadap apa jua dasar, demi kesejahteraan rakyat dan penduduk.

Dalam hubungan itu, baginda menekankan dengan yakin masih banyak lagi ruang untuk meneliti dan memperkenalkan skim-skim penabungan alternatif atau tambahan bagi menampung keperluan-keperluan asas, pada misalnya keperluan perumahan.

Baginda juga menyentuh dalam titah usaha-usaha pembangunan yang lain yang juga turut menjadi perhatian dan menitahkan bahawa baginda sentiasa mengalu-alukan langkah-langkah pembaikan yang telah dan sedang diambil sejauh ini bagi mempercepatkan dan mempermudahkan lagi semua urusan orang ramai.

Ini termasuklah yang berkaitan dengan urusan-urusan memulakan perniagaan, titah baginda sambil menambah dengan adanya pembaikan-pembaikan seperti ini, tidak mustahil kedudukan negara dalam senarai ‘Ease of Doing Business’ boleh meningkat lagi.

"Menurut International Financial Corporation, World Bank, bagi tahun 2010, negara kita berada dalam kedudukan yang ke-96 dari sejumlah 183 negara yang dinilai".

"Jika negara memenuhi etika perkhidmatannya yang telus tanpa pilih kasih dan rasuah, maka insya-Allah, apa jua yang dirancang dan diusahakan akan berjalan dengan lancar dan berkat", titah baginda.

"Inilah integriti yang perlu ada dalam Perkhidmatan Awam. Tanpa integriti ini, sesebuah negara boleh runtuh, atau paling tidak, akan kehilangan daya membangunnya", titah baginda.

Dalam titah yang sama, baginda juga menyebut mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa. 

"Di sudut ini, kita juga tidak boleh lari melainkan mesti sama-sama menghadapi pelbagai cabaran atau dugaan".

"Yang paling penting bagi kita ialah membina sikap untuk terus berbaik-baik dengan semua negara sahabat di dunia", titah baginda.

"Prinsip ini kita pegang, selaras dengan ajaran agama kita sendiri, yang menghendaki umatnya supaya saling berkenalan dengan semua bangsa dan kaum di dunia".

"Namun perkenalan itu hendaklah diikat oleh prasyarat ‘hormat-menghormati’.  Dalam erti kata, kita menghormati sahabat dan sahabat menghormati kita".

Ini diterjemahkan, titah baginda, melalui pelbagai tindak-tanduk, termasuk perkataan, tulisan dan seumpamanya.

"Apa-apa jua yang boleh menyinggung perasaan sahabat, semua itu dapat saja dianggap sebagai tidak memenuhi prasyarat tersebut", titah baginda.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.