Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Kehadiran NDP di Temburong biar benar-benar bermakna

BANGAR 9 JANUARI 2010 - BARISAN kepimpinan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Daerah Temburong perlu meningkatkan usaha untuk memajukan parti di daerah tersebut agar keahdirannya dapat dirasakan dan benar-benar bermakna kepada semua lapisan masyarakat di Temburong.

Perkara ini ditekankan oleh Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden NDP di perasmian majlis sambutan awal tahun masehi 2010. Majlis berlangsung di markas NDP Temburong di Bukit Tuau dengan dihadiri oleh barisan kepimpinan dan ahli-ahli NDP Temburong. Juga turut hadir Naib Presiden Tutong, sdra Haji Hanafi Hj Mohd Daud serta beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP dari Brunei-Muara, Belait, Tutong dan Temburong. Ketua Rumah Panjang Kg Sumbiling Baru juga turut diundang untuk menghadiri majlis tersebut.

Majlis diselenggarakan oleh Ketua Hal Ehwal Non-Muslim, Sdra Serudin Pungut dan jawatankuasa penyelenggara.

Di majlis tersebut Timbalan Presiden menyentuh mengenai pencapain-pencapaian NDP Temburong sejauh ini dalam meyuarakan permasalahan dan hasrat rakyat dan penduduk di Temburong serta kejayaan NDP Temburong meyumbangkan pandangan dan dan buah fikiran akar umbi dalam bentuk usul-usul yang telah mereka angkat dari peringkat Mesyuarat Tahunan Ranting, Kongres Badan Perhubungan Daerah dan seterusnya dibentangkan, dibahaskan hingga disahkan di Kongres Agung Tahunan parti untuk dipersembahkan kehadapan majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Kerajaan baginda.

"Usul-usul yang menyentuh barbagai bidang dari isu keselamatan permakanan, pertanian, isu padi, kesejahteraan petani-petani, kemiskinan, isu kerakyataan yang masih menjadi masalah dikalangan masyarakat pendalaman hinggalah kepada isu persempadanan, pembangunan prasarana seperti jembatan dan jalan raya untuk menghubungkan Temburong dengan Brunei-Muara, telah berhasil diangkat di kongres-kongres yang telah lalu".

"Semua ini telah kita persembahkan kehadapan majlis KDYMM dan Kerajaan baginda serta agensi-agensi didalamnya untuk perhatian dan tindakan yang sewajarnya".

"Alhamdullilah sejauh ini kita menyaksikan beberapa projek-projek dan program-program pembangunan yang ada kaitan dengan usul-usul cetusan NDP telah dilaksanakan", ujar Timbalan Presiden lagi.

"Kita dalam NDP tidak bermaksud untuk menyatakan semua untuk membesar-besarkan diri atau untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar untuk menyuntik semangat bahawa usaha NDP sebagai wadah untuk menyalurkan khidmat bakti kepada raja, bangsa dan negara, dalam usaha mengangkat suara rakyat dan menyumbangkan idea dan buah fikiran tidak sia-sia", tambah beliau.

Sehubungan dengan itu beliau menyeru barisan kepimpinan dan ahli-ahli NDP agar tidak mudah berasa kecewa jika tidak mendapat pengiktirafan atas segala usaha NDP sejauh ini.

Matlamat kita bukan untuk medapatkan pujian tetapi untuk memberikan perkhidmatan dengan tulus dan ikhlas, untuk mempastikan kehadiran NDP bermenafaat dalam usaha baginda dan kerajaan untuk membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem politik di negara ini demi kepentingan kemakmuran dan kesejahteraan bangsa dan negara".

Justeru, tambah beliau, adalah sangat penting bagi semua warga NDP khususnya di Temburong untuk terus berusaha dengan istiqamah memajukan parti hingga kehadirannya benar-benar dapat dirasakan oleh semua lapisan masyarakat. Dan kahadiran NDP mestilah dapat dirasakan bukan sebagai sebuah pergerakkan politik yang mencari kuasa atau untuk bersaing dengan mana-mana pihak tetapi sebagai rakan strategik kepada KDYMM dan kerajaan dalam pembangunan bangsa dan negara, tegas beliau lagi.

Juga turut berucap di majlis tersebut ialah Naib Presiden NDP Tutong, sdra Haji Hanafi Haji Mohd Daud, sdar Haji Mohd Ali, Ketua Biro Penerangan dan Haji Daud bin Abdullah, Ketua Ranting Temburong.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.