PUSAT TARBIYAH NDP, TUTONG 16 JAN 2010 - INISIATIF Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sebagai sebuah pertubuhan politik bukan kerajaan mengangungkan penggunaan kalendar Islam menarik perhatian Awang Suhaimi, Ketua Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei-Muara.
"Dalam pengatahuan saya tidak begitu banyak persatuan-persatuan bukan kerajaan di negara ini yang memberikan perhatian serious terhadap pentingnya kita menggemilangkan takwim Islam di Brunei sebagai negara Islam. Tetapi saya sangat rasa tersentuh dengan inisiatif pertubuhan ini", jelas beliau yang telah dihantar oleh Pusat Dakwah Islamiah untuk memberikan ceramah sempena sambutan Ma'al Hijrah anjuran badan Perhubungan NDP Tutong.
Majlis sambutan Ma'al Hijrah berlangsung di Pusat Tarbiyah NDP Tutong kelmarin. Majlis dihadiri oleh Timbalan Presiden NDP, Malai Hassan Othman, Setiausaha Agung NDP, sdra Haji Juned Ramli, Naib Presiden Tutong, Haji Hanafi bin Mohd Daud, Naib Presiden Brunei-Muara, sdra Haji Mohiddin DPP Haji Othman dan beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi serta ahli-ahli NDP Belait, Tutong dan Brunei Muara.
Di sesi ceramah tersebut Awang Haji Suhaimi menyentuh serba sedikit mengenai sejarah pengenalan kalendar Islam
Kata beliau menurut riwayat para ulama ahli tarikh yang masyhur, tarikh Islam mula-mula ditetapkan oleh Umar bin Khattab r.a. ketika ia menjadi khalifah pada tahun 17 Hijrah.
Menurut kisahnya, hal ini terjadi disebabkan pada suatu hari Umar menerima sepucuk surat dari sahabatnya, Abu Musa Al-Asy’ari r.a. tanpa dibubuhi tanggal dan hari pengirimannya. Hal itu menyulitkan bagi Umar untuk mengenalpasti surat yang mana terlebih dahulu harus diurusnya, sebab ia tidak menandai antara surat yang lama dan yang baru.
Oleh sebab itu, Umar mengadakan musyawarah dengan orang yang terpandang dikala itu untuk membicarakan serta menyusun masalah tarikh Islam.
Dalam musyawarah tersebut ada beberapa pilihan tahun bersejarah dipertimbangkan untuk memulai tarikh Islam tersebut yaitu: tahun kelahiran Nabi Muhammad, tarikh kebangkitannya menjadi Rasul, tahun wafatnya, atau ketika Nabi hijrah dari Mekkah ke Madinah.
Diantara pilihan tersebut maka akhirnya ditetapkanlah bahwa dimulai dari hari berpindahnya (hijrahnya) Nabi Muhammad dari Mekkah ke Madinah menjadi awal tarikh Islam yaitu awal tahun Hijriyah.Kemudian setelah permulaan tahun itu diputuskan, maka dimusyawarahkan pula bulan apa yang baik dipergunakan untuk tiap-tiap awal tahun tersebut.
Akhirnya setelah dipilih maka ditetapkanlah bahawa bulan Muharramlah yang dipergunakan untuk permulaan tahun Islam.
Tidak ramai dikalangan generasi baru yang mengetahui urutan sejarah penting pengenalan kalendar Islam ini, keluh AWang Haji Suhaimi sambil menambah, "paling malang ramai anak-anak muda sekarang tidak hafal dengan nama bulan-bulan dalam kalendar Islam".
Dalam hubungan ini beliau mengalu-alukan inisiatif NDP menggemilangkan takwim Islam dan seterusnya beliau mencadangkan agar pengunaan takwim Islam terus ditingkatkan seperti contohnya merekodkan tarikh kelahiran anak-anak dalam surat-surat beranak.
Dikesempatan itu dan sesuai dengan majlis dan semangat sambutan Ma'al Hijrah beliau menasihatkan peserta-peserta untuk berusaha dengan gigih lagi meningkatkan kualiti ibadat untuk mendapatkan keredhaan Allah terutama dan yang utama ialah amalan sembahyang, satu ibadat yang sangat penting yang merupakan kunci kejayaan yang akan dihisab terlebih dahulu di hari perhitungan nanti.
Diakhir majlis Ayahnda Haji Hanafi, Naib Presiden NDP menyampaikan cendera hati kepada Awang haji Suhaili sebagai penghargaan NDP atas kesudain beliau menjayakan majlis tersebut dengan ceramah yang bermanafa'at.
|