Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Warga NDP terharu titah KDYMM memperjuangakan nasib warga miskin

LIMBARUH HIJAU 14 JANUARI 2009 - WARGA Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sangat terharu dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memperjuangkan nasib fakir miskin dan mereka yang lain yang mungkin di nafikan hak menerima zakat di negara ini.

Titah Baginda Sultan di persidangan Majlis Ugama Islam pagi kelmarin benar-benar mengamit jiwa dan mengajak kita semua untuk terus meningkatkan sokongan dan membantu Baginda Sultan menegakkan keadilan sosial yang sering terancam oleh ketirisan dalam sistem pengurusan dan delivery dalam kerajaan.

Titah Baginda meluahkan kekecewaan atas kegagalan pengurusan zakat memberikan jalan keluar yang lebih berkesan kepada golongan miskin dari kancah kemiskinan dan membantu membebaskan golongan Al-Gharimin dari cengakaman hutang juga merupakan suntikan semangat kepada kita untuk terus membantu Baginda merealisasikan hasrat menjadikan negara sifar kemiskinan.

Sejak penubuhan NDP lagi dan melalui 3 kongres tahunan NDP sejak 2006 hingga 2008 parti telah menjadikan isu kemiskinan sebagai agenda teratas perjuangan parti.

Baru-baru ini di sesi dailog dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama, NDP sekali lagi membangkitkan isu kemsikinan ini dan meminta penerangan mengenai dengan usaha kementerian menyambut titah Hijrah 1430 yang melihat jalan keluar masalah kemiskinan sebenarnya tidak sulit bagi Islam yang mempunyai sistem zakat yang unggul.

Justeru warga NDP sangat tersentuh dengan keperihatinan Baginda yang menitahkan sekali lagi sentimen Baginda berhubung isu kemiskinan dan formula penyelesaiannya melalui sistem zakat.

Dalam masa sama titah juga membuat NDP rasa terpanggil untuk menyarankan agar agensi-agensi kerajaan yang lain dan ahli-ahli koporat di negara sama-sama menyahut mesej titah memandangkan golongan miskin ini bukan sahaja terdiri dari kalangan orang Islam di negara ini.

Masih terdapat sebilangan masyarakat miskin dan mereka yang menghadapi kepayahan hidup di negara ini yang terdiri dari golongan Non Muslim dan mereka ini juga perlu pembelaan.

Bagi mereka yang beragama Islam Insya Allah dengan suntikan semangat titah, akan terlonjak lah lagi Majlis Ugama Islam untuk maju kehadapan bagi mendepani isu kemsikinan dan membela fakir miskin yang dilihat oleh golongan elit pentadbir dan pelaksana dasar sebagai fakir miskin 'relatif' bukan miskin tegar dan sebagai 'moving target'.

Ini kita yakin dan pasti dari titah Baginda Sultan yang menekankan peranan Majlis Ugama Islam dalam menangani segala permasalahan yang berkaitan dengan hal ehwal keugamaan dan amanah yang dipikul Baginda dalam mempastikan Majlis Ugama Islam memainkan peranan ini dengan berkesan.

"Peranan itu sungguhlah luas sehingga tiada batasnya. Ia telah turut menjadi amanah kepada Beta sendiri".

"Amanah yang mencabar ini jika ia terabai akan menjadi beban risiko yang berat di hadapan Allah Ta'ala, siapa yang sebenar-benarnya empunya amanah itu".

"Kerana itulah Majlis Ugama Islam ini tidak pernah luput dari ingatan Beta. Ia sentiasa wujud dan hadir meminta pertanggunjawapan", tegas Baginda Sultan.

Majlis Ugama Islam dan Pengurusan zakat

"Di antara perkara yang diurus dan di tadbir secara langsung oleh Majlis Ugama Islam ialah zakat", tegas Baginda sambil menambah diantara fungsi zakat itu ialah untuk mengeluarkan asnaf-asnaf fakir miskin daripada kepompong kefakiran dan kemiskinan.

"Mereka ini telah di letakkan paling depan sekali dalam susunan asnaf-asnaf, suatu isyarat tentang kelebihutamaan mereka itu untuk ditangani dengan zakat".

"Begitu juga untuk menolong asnaf penanggung hutang, keluar daripada cengkaman hutang yang menyusahkan yang dianggap menyemai kesusahan yang di rasai oleh fakir miskin".

"Maka berasaskan inilah, Beta telah terpanggil untuk mengetahui kedudukan beberapa perkara yang bersangkutan dengan asnaf fakir miskin dan orang-orang penanggung hutang Al-Gharimin".

"Siapakah sebenarnya mereka itu? Di mana kedudukan mereka di segi hukum zakat? Bilakah mereka benar-benar berhak menerima zakat?", titah Baginda melontarkan soalan-soalan kepada persidangan Majlis Ugama Islam kelmarin.

Soal Baginda lagi, "Adakah zakat itu disegerakan pengagihannya? Atau boleh di tangguh atau di tahan, sedangkan asnaf yang berhak adalah wujud dan masih memerlukan".

"Demikian juga adakah wang kutipan hasil zakat boleh dikembangkan seperti dilaburkan dan seumpamanya, sedangkan asnaf fakir miskin dan penanggung hutang masih wujud dan memerlukan?".

Menurut Baginda Sultan yang turut jadi isu ialah kumpulan wang zakat dari kumpulan tersebut.

"Wang zakat yang berbaki setelah diagihkan kepada yang berhak kelihatannya dalam jumlah yang besar iaitu seperti yang telah disahkan oleh Juruaudit Agong bagi kunci kira-kira yang berakhir 31 Disember 2004 berjumlah sebanyak BND 239, 631,073.56".

"Beta ingin juga hendak mengetahui kedudukan baki ini", tegas baginda lagi.

"Adakah ia bermakna semua asnaf khasnya asnaf fakir miskin, termasuk penanggung-penanggung hutang telah semuanya dipenuhi hajat atau keperluan mereka? Adakah semua asnaf fakir miskin sudah dikayakan dengan wang zakat sehingga mereka tidak lagi berhak untuk menerima zakat dan makanya wujudlah cerita baki ini dalam jumlah seperti yang di sebutkan?".

"Jika Brunei dalam kedudukan seperti terdapat baki zakat, sedang asnaf-asnaf yang ada telahpun menerima bahagian-bahagian masing-masing secukupnya, adakah baki zakat seperti ini boleh disimpan atau ditahan atau ia boleh dipindahkan ke tempat lain yang berhampiran untuk diagihkan kepada asnaf-asnaf yang layak menerimanya di tempat tersebut atau terdapat baki zakat setelah diagihkan kepada asnaf-asnaf yang ada, khasnya asnaf fakir miskin, tetapi mereka itu ternyata masih kekal berkeadaan fakir miskin dan memerlukan?".

"Adakah baki zakat seperti ini boleh disimpan atau ditahan padahal asnaf fakir miskin itu masih memerlukannya yakni belum berkecukupan kaya yang menjadikan mereka tidak lagi berhak untuk menerima zakat, atau dalam situasi ini bolehkah Raja atau Ketua Negara memindahkan zakat daripada tempat wajib zakat ke tempat lain, sedang di tempat wajib zakat itu masih ada asnaf yang berhak untuk memerlukan?"

"Beta juga ingin mendapat penjelasan berkenaan dengan baki wang zakat yang di tahan atau di simpan yang tidak diagihkan itu", tambah Baginda.

Titah Baginda,"pernahkah ia di kaji dan di ambil kira tentang turun naik nilai mata wang, jika sekiranya berlaku susut nilai seperti dalam keadaan sekarang, di mana dunia mengalami kirsis ekonomi global. Siapakah yang menanggung risiko dari kesusutan atau kerugian itu jika ada? Siapakah yang patut di denda dan menggantinya?"

Selain fokus kepada asnaf fakir miskin, Baginda juga membangkitkan persoalan mengenai kedudukan asnaf penanggung hutang Al-Gharimin.

"Bilakah mereka ini di anggap berhak untuk menerima zakat? Apakah syarat-syarat mereka boleh menerima zakat dan bila pula tidak?", tanya Baginda.

"Pernahkah di buat kajian tentang kedudukkan penanggung-penanggung hutang yang tidak dapat membayar hutang-hutang mereka, seperti misalnya berhutang kerana membeli rumah kerajaan dan lainnya melalui skim seperti Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati, Rancangan Perumahan Negara, Skim Perumahan Yayasan dan lain-lain seumpamanya?".

Tegas Baginda pada masa ini kita sudah biasa meluluskan bahagian Al-Gharimin kepada orang-orang tertentu yang berhutang untuk projek bagi maslahat umum seperti membuat mesjid atau sekolah.

"Dalam hubungan ini, apakah tidak munasabah atau relevan jika bahagian Al-Gharimin ini juga turut di timbangkan untuk membayar hutang tertunggak bagi penghutang-penghutang yang berhutang kerana maslahat asasi perbadi jika sekiranya mereka itu layak atau berhak untuk menerima zakat bahagian Al-Gharimin?"

"Beta telah melihat secara kasar baki wang zakat yang telah beta sebutkan tadi. Jika di agihkan kepada fakir miskin, tidak kah ia mungkin mampu menghapuskan kemiskinan dengan serta merta?"

"Dari apa yang beta dapat, dari perkara yang pernah di bawa ke Majlis Ugama Islam mengenai baki bahagian asnaf fakir miskin, adalah dalam lingkungan melebihi BND 66 juta. Jika tidak mencukupi adakah tidak boleh ditambah dengan baki bahagian asnaf-asnaf yang lain, kecuali bahagian asnaf Al-Gharimin?", tanya Baginda lagi.

Baki asnaf Al-Gharimin pula, tambah Baginda, adalah dalam lingkungan melebehi BND 48 juta. Beta percaya mereka yang layak setakat ini menerima bahagian Al-Gharimin bagi kategori penanggung-penanggung hutang yang telah beta sebutkan terdahulu, rasanya tidak akan melimpasi jumlah baki BND 46 juta itu.

"Kalaulah perkiraan beta ini betul, alangkah berbahagianya kita, jika dapat mengisytiharkan negara bebas dari kemiskinan walaupun untuk sehari", titah Baginda.

Titah Baginda lagi sebagaimana yang pernah Baginda sebut ketika pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan Ke Empat Majlis Mesyuarat Negara pada March 2008 yang lalu, Baginda telah menyebut tentang matlamat wawasan untuk menjadikan kadar kemiskinan di negara ini ke tahap sifar.

"Dari jumlah keseluruhan zakat, kalaulah semua fakir miskin yang terdiri daripada kepala keluarga dan tanggunan mereka, berjumlah misalnya seramai 10,000 orang atau lebih sedikit, maka apakah tidak mungkin bagi tiap-tiap kepala keluarga untuk menerima dalam lingkungan BND 20,000 bagi tiap-tiap seorang sementara tanggungan pula bolehlah menurut yang selayaknya", titah Baginda.

"Berasaskan data-data yang pernah di keluarkan mengenai keramaian fakir miskin bersama tanggungan mereka di seluruh negara, di dapati jumlah tanggungan adalah lebih ramai berbanding jumlah kepala keluarga".

"Ini baru perkiraan berasaskan penyata kewangan akaun zakat dan fitrah bagi tahun kewangan yang beraakhir 31 Disember 2004 yang sudah di audit, tidak atau belum masuk lagi baki bagi tahun-tahun berikutnya yang belum di audit, berapakah pula jumlahnya"

"Persoalan juga mungkin timbul, orang takut zakat akan habis kerana itu mesti ada di simpan dan bukan saja disimpan malahan di kembangkan dengan perkiraan untuk menambahkan lagi pendapatan zakat".

"Adakah ketakutan dan pendekatan ini berasas sama ada dari segi hukum mahupun perhitungan biasa?", tanya Baginda lagi.

Menurut pandangan Baginda Sultan zakat itu di kumpul adalah bagi maksud untuk di salurkan kepada asnaf-asnaf yang ada secara bersistem.

"Tidaklah timbul masalah takut habis kerana selagi ada umat Islam dan mereka yang di limpahi dengan rezeki, maka selama itulah akan ada zakat, dan malah jika masyarakat melihat zakat mereka telah di salurkan menepati tujuan dan sasarannya, maka Insya Allah kepuasan akan berlaku kepada pengeluar-pengeluar zakat itu dan ini sudah setentunya akan mendorong mereka untuk lebih konsisten lagi memberikan zakat mereka kepada pengumpul zakat", tegas Baginda.

"Ada pun dari segi hukum pula, biarlah beta butirkan beberapa persoalan mengenainya seperti berikut:

Apakah boleh zakat itu di tahan-tahan kerana takut habis sedang penerima yang berhak masih wujud dan memerlukan?

Bolehkah zakat di kembangkan seperti di laburkan sedang penerima yang berhak masih wujud dan memerlukan?

Bolehkah pembahagian atau pengagihan zakat di lambat-lambatkan atau di tangguhkan atau pun sebaliknya di segerakan dalam situasi penerima yang masih berhak masih wujud dan memerkukan?

Apakah tidak betul jika di katakan bahawa konsep zakat itu di kumpulkan ialah untuk di agihkan walaupun sampai habis selama asnaf yang berhak masih wujud dan memerlukan?

Menanam saham pahala

Selain isu kemiskinan dan isu zakat, baginda Sultan dalam titah yang sama juga menyentuh mengenai pentingnya rakyat beragama Islam di berikan peluang untuk menaman saham pahala atau saham akhirat melalui projek pembinaan mesjid-msejid di negara ini.

"Apakah belum terlintas di fikiran ahli-ahli untuk membawa orang ramai yang berugama Islam di negara ini bertanam saham pahala dengan mengajak mereka, khasnya kepada para pegawai dan kakitangan kerajaan untuk sama-sama turut menyumbang kepada pembinaan mesjid-mesjid di negara ini?"

Menurut Baginda cara yang paling mudah ialah misalnya dengan meminta kepada mereka untuk menyumbang melalui potongan gaji masing-masing pada tiap-tiap bulan dengan kadar yang tidak membebankan mengikut kategori.

"Beta rasa sudah sampai masanya untuk pihak berkenaan menunjukkan kepimpinan bermakna agar umat Islam dapat turut menikmati manafaat akhirat yang sangat-sangat di hajati".

"Beta percaya orang ramai tidaklah kurang semangat dan kemahuan tinggal saja lagi misalnya kepimpinan dan galakkan belum pernah di buat".

"Kalau bertanam modal di dunia ini orang mahu berebut, mengapakah bertanam saham di akhirat tidak?", tegas Baginda.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.