LIMBARUH HIJAU 16 JANUARI 2009 - MAJLIS TERTINGGI (MT) Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kelmarin bersetuju untuk menganjakkan tarikh tutup penamaan calon bagi jawatan peringkat pusat dan ranting ke 20 Januari 2009 bagi tujuan membukakan lagi peluang kepada ahli-ahli yang belum berkesempatan menamakan calon-calon pilihan mereka.
Jadual awal telah menetapkan kelmarin 15 Januari sebagai tarikh akhir penamaan calon akan tetapi hingga kelmarin di dapati masih ramai lagi ahli-ahli yang belum mendapat maklumat mengenai proses pemilihan umum kepimpinan parti (PEMILU 2009) yang telah bermula 1 Januari lepas.
Justeru atas semangat mempastikan semua ahli yang berjumlah hampir 2000 orang mendapat maklumat berkenaan PEMILU 2009 dan tidak di nafikan hak mereka untuk menamakan calon-calon pilihan mereka, MT sebulat suara memutuskan adalah wajar tarikh tutup penamaan calon di anjakkan ke 20 Januari ini.
Mesyuarat MT kelmarin juga mengarahkan semua Badan-Badan Perhubungan Parti di seluruh negara untuk mengunakan sepenuhnya kesempatan 5 hari mendatang ini untuk bergerak dan menyebarluaskan maklumat PEMILU 2009 ke ranting-ranting di daerah masing-masing.
|