Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Taklimat PEMILU '09 - kemajuan masa depan NDP di tangan ahli

LIMBARUH HIJAU 8 JANUARI 2009 - MAJU MUNDUR masa depan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) terletak di tangan ahli-ahli parti yang di berikan kuasa untuk memilih barisan kepimpinan parti yang bakal menerajui parti bagi tempoh tiga tahun mendatang ini iaitu bagi sesi 2009 - 2012.

Justeru mereka wajib mengunakan kuasa yang di berikan dengan bijak bagi mempastikan barisan kepimpinan yang mereka pilih nanti cukup mantap untuk membawa parti ketahap yang lebih cemerlang dari 3 tahun yang sudah.

Bagi tujuan mempastikan ahli-ahli dapat melaksanakan tanggunjawab ini dengan baik, NDP pula telah memperkenalkan satu sistem pemilihan umum yang teratur bagi tujuan kelancaran proses pemilihan dan bagi mempastikan ianya di jalankan dengan baik dan adil.

Dalam sistem tersebut setiap calon bagi jawatan peringkat pusat dan juga bagi jawatan peringkat ranting akan melalui proses penamaan dan seterusnya melalui beberapa proses eliminasi sebelum calon dapat melayakkan diri untuk bertanding.

NDP juga telah membentuk Suruhanjaya Pemilihan Umum (SPU), sebuah badan bebas, yang akan melaksanakan sistem pemilihan tersebut mengikut garis pandu yang telah di luluskan oleh Majlis Tertinggi NDP.

Beberapa siri taklimat pula akan terus diadakan bagi mempastikan semua ahli terutama di barisan kepimpinan di peringkat perhubungan dan ranting mendapat maklumat yang tepat mengenai sistem pemilihan yang di perkenalkan.

Perkara ini di tekankan di sesi taklimat Pemilihan Umum Kepimpinan Parti bagi sesi 2009 - 2012 bagi ahli-ahli jawatankluasa Badan Perhubungan NDP Tutong dan Belait serta Ketua-Ketua dan Setiausaha-Setiausaha Ranting dari kedua-dua daerah.

Sesi taklimat di adakan di Pusat Tarbiyah NDP di Tutong pada 6 Januari baru lepas dan di sampaikan oleh Malai Hassan Othman, selaku Pengerusi Panitia Kongres Agong Tahunan NDP kali ke-4.

Awang Ahmad Timpus, Timbalan Pengerusi 1 Panitia Kongres serta Awang Haji Wan Md. Zain, Pengerusi Suruhanjaya Pemilihan Umum (SPU) juga turut membantu menyampaikan taklimat tersebut.

Pagi ini sesi taklimat seterusnya akan di adakan di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong bagi ahli-ahli jawatankuasa Badan Perhubungan Brunei-Muara dan Temburong serta Ketua-Ketua dan Setiasuaha-Setiausaha Ranting dari kedua-dua daerah.

Menurut jadual yang telah di tetapkan notis pencalonan telah di keluarkan kepada semua ahli-ahli melalui surat pemberitahuan dan juga melalui media massa dan sekarang proses penamaan calon sedang berjalan sehingga 15 Januari ini.

NDP umumkan PEMILU 2009 di lancar bermula Januari ini

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.