Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Taklimat PEMILU '09 - NDP mahu ahli bermaklumat

LIMBARUH HIJAU 9 JANUARI 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) akan berusaha mempastikan semua ahli parti mendapat maklumat mengenai Pemilihan Umum (PEMILU) Kepimpinan Parti bagi musim 2009 - 2012 yang mana prosesnya sedang berjalan mengikut jadual yang telah di tetapkan.

Proses PEMILU 2009 untuk menentukan barisan kepimpinan bagi penggal 2009 - 2012 telah dengan rasminya dilancarkan pada 27 Disember 2008 di mesyuarat Majlis Tertinggi parti.

Pada hari yang sama Surat Pemberitahuan pemilihan umum tersebut kepada seluruh ahli-ahli parti telahpun di keluarkan dan di edarkan kepada Ketua-Ketua Perhubungan untuk di sampaikan kepada Ketua-Ketua Ranting di seluruh negara.

Surat Pemberitahuan juga di siarkan di Borneo Bulletin pada Isnin 5 Januri lalu dan di Media Permata pada Rabu 7 Januari 2009.

Dalam masa yang sama Surat Pemberitahuan juga di siarkan di laman web ini selain usaha memaklumkan kepada semua ahli melalui taklimat-taklimat dengan Badan-Badan Perhubungan parti seluruh negara.

"Matlamat akhir yang ingin kita capai melalui inisiatif-inisiatif ini ialah untuk mempastikan tidak seorang ahli pun di nafikan hak mereka untuk mendapat maklumat mengenai perjalanan pemilihan umum yang sedang berlangsung ini".

"Kita tidak mahu di sebabkan maklumat tidak kesampaian kepada ahli-ahli akar umbi, mereka di nafikan hak untuk menamakan calon dan mengundi".

"Dalam perkataan lain ahli-ahli bukan sahaja berhak menamakan calon dan mengundi tetapi dalam masa sama berhak mendapat maklumat jelas mengenai sistem dan proses pemilihan umum itu, tegas Malai Hassan Othman, Pengerusi Panitia Kongres Agong Tahunan NDP kali ke-4 ketika memberikan taklimat mengenai perjalanan kongres dan PEMILU 2009 kepada ahli-ahli jawatankuasa Badan Perhubungan NDP Brunei-Muara dan Temburong serta wakil-wakli ranting dari kedua-dua daerah.

"Justeru adalah menjadi tugas dan tanggunjawab bersama Ketua-Ketua Perhubungan dan Ketua-Ketua Ranting untuk menyalurkan maklumat-maklumat ini kepada ahli-ahli mereka", tambah Malai Hassan di sesi taklimat yang di adakan di Dewan Syura Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.

Menurutnya lagi Suruhanjaya Pemilihan Umum (SPU) dan Jabatan Setiausaha Agong (JASA) telah mencetak lebih 10,000 keping borang penamaan calon bagi 342 jawatan di peringkat pusat dan ranting yang di pertandingkan dan borang-borang ini telah diedarkan melalui Ketua-Ketua Perhubungan NDP di seluruh negara dan juga wakil-wakil ranting yang telah menghadiri taklimat-taklimat yang di adakan.

"Kita menaruh harapan tinggi kepada semua yang telah menerima borang-borang penamaan itu supaya mengagihkannya kepada ahli-ahli mereka yang juga berhak untuk menamakan calon pilihan mereka", tambahnya lagi.

Di sesi taklimat tersebut Awang Ahmad Haji Timpus, selaku Timbalan Pengerusi Panitia Kongres bagi memantau perjalanan PEMILU 2009 juga turut membantu memberikan penerangan mengenai proses penamaan dan pengisian borang panamaan calon.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.