Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

 

Syair Kenangan karya Muda Omar Ali

LIMBARUH HIJAU 7 JANUARI 2009 - ASPIRASI NDP berasa beruntung kerana di keluaran ini berpeluang menghidangkan syair kenangan karya Al Marhum Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar Ali Saiffudien Saadul Khairi Waddien yang terdapat dalam simpanan Pengiran Abu Bakar Mohamad Putera Al-Haj. Brunei.

Mengenai syair ini beliau menulis..."Syair Kenangan karya Muda Omar Ali ini adalah hadiah peribadi baginda kepada AlMarhum ayahanda saya Pengiran Dato Paduka Haji Mohamad bin Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Abu Bakar bin Pengiran Anak Shahbudin bin Pengiran Shabandar Pengiran Anak Abdul Wahab ibni Sultan Omar Ali Saifuddin 1.

Dari yang difahamkan oleh ayahanda saya  Syair Kenangan ini dicetak dan diterbitkan sekitar tahun 1962 edisi tulisan Jawi dengan penerbitan yang terhad.  Syair ini dicipta untuk titipan irmas baginda sebagai kenangan dan panduan dalam mengharungi liku liku kehidupan masa mendatang dan seterusnya.  Baginda menyelitkan beberapa nasihat untuk dibuat  renungan dan tindakan mana mana yang relevan bagi diguna pakai mana yang baik.

Bersempena dengan memperingati  berpulangnya kerahmatullah Almarhum pada hari ini ( 03 Muharam 1430 hijrah  /  31 Disember 2008 )  sewajarnya kita merenung kembali kata kata nasihat yang terdapat dalam Syair Kenangan ini.   Naskah syair ini tidak banyak diketahui oleh sebilangan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.  Saya selaku pewaris yang memiliki naskah syair ini turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Mulia Kekanda Haji Mahmud Morshidi Awang Othman kerana telah  mengungkayahkan syair ini agar disebarkan untuk tetapan para peminat syair dan khalayak pembaca.

Semuga usaha yang kecil ini akan mendapat redha dari Allah dan mendapat  kurnia sebagai satu amal jariah dari penulis yang mendapat keampunan . Baginda dimasukkan  kedalam golongan orang orang syuhada  dan  para mukminin  yang menduduki  Syurga Al Firdaus .  Amin".

Syair Kenangan

(Siri pertama)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah*   Yang mencucurkan rahmatnya banyak tercurah
Kepada hambanya makhluk berjumlah*     Yang memohonkan nikmatnya bersusah payah,

Allah pemurah lagi pengasih*            Kepada makhluknya tidak berpilih
Kepada hambanya yang dikasih*     Diberinya pertunjuk rahmat di lebih,

Segala puji kepada Allah*     Yang membela semesta alam yang indah
Yang mengasihi seluruh alam terdedah*   Allah Taala yang kami sembah,

Allah yang menguasai negeri akhirat*         Hari pembalasan namanya tersemat
Kepada hambanya taat – taat*          Akan berhujah di hari kiamat,

Mudahan mendapat ilham pertunjuk*         Bekerja berusaha tidak mengantuk
Agar terlaksana perbuatan elok*     Kepada saudara hamba dan makhluk,

Jangan menyakitkan hati umpama*                              Kepada pandangan apalah guna
Bertindak berseloka jadi merana*                   Itulah leka main tak kena,

Wahai pakulan muda yang pu’ta*   Jangan disangka ayahanda mengata
Madah berlari tamsil dinyata*           bukannya nyata dipandangan mata,

Dikarangkan syair untuk kenangan*                             Buat bacaan wajah timangan
Sajak disusun banyak berkurangan*             Siapa membaca mencela jangan,

Sekiranya terlanggar kalam berkata*            Jangan disyakkan kepada yang lata
Niat dan maksud bukan menista*                   Hanyalah menyamakan sajak semata,

Syair dikarang penglipur duka*        Berpaluh sajak dengan seloka
Untuk Bacaan anakku paduka*         Kepada salah jangan sangka,

Apa sekadar penghibur hati*             Sajak disusun berpalu ganti
Hajat menyinggung bukan di hati*                Syair dikarang untuk Kangusti,

Untuk Kangusti anakku tuan*           Sebagai kenangan pada bangsawan
Buat Kandalil mana yang nyaman* Jadikan sempadan yang tak siuman,

Terkaduhong sudah kalam berjalan*            Membawa madah kata bualan
Sebagai tuturan bukan afalan*         Madah nan bukan nasihat bidalan,

Nasihat bidalan jauh disebut*           Madah berbunyi keluar di mulut
Sekira terpakai silalah ikut*                 Mana tak baik jangan diturut,

Bidalan nasihat bukan namanya*    Apa sekadar menemukan sajaknya
Sekira susun janggal bunyinya*        Menuntut maaf dagang kerananya,

Kerana susun sajak dikarang*           Susunya janggal berapat berjarang
Aqsaranya bida sajaknya kurang*   Dagang nan bukan ahli pengarang,

Wahai anakanda muda yang saat*  elok bergawai tampan yang sungut
Mengarang syair kalam beringsut*                Sembilan puluh sembilan ramuan tersebut

Sembilan puluh sembilan namanya diberi*               untuk bacaan muda Jauhari
Bagi kenangan dikemudian hari*     Menurutkan tangan kalam berlari,

Kalam berjalan selari tangan*            Hajat tujuan untuk kenangan
Penghibur kalbu Rawan Bimbangan*           Dagang bermohon dicela jangan

Sekira tak sedap kalam bertutur*    Jangan berkesal silalah tegur
Jangan dikeji jangan ditutur*            Dagang menunggu teguran yang jujur,

Wahai juwita Ratna Tempawan*      Intan terpilih muda bangsawan

Kaum keluarga sahabat kawan*       Hendaknya sepakat bersetiawan,Ratna Pakulan emas sakti*  Jiwa utama mahkota gusti
Bertulus ikhlas amalan mesti*     Hindarkan takbur ria dihati,

Sombong dan bongkak jangan diturut*     Berlagak megah jangan diikut
Ajaran begitu amatlah karut*            Harus terlarak simpilan karut,

Simpulan yang kukuh kalau terbuka*           Siapa susah adik dan kakak
Jangan diperangaikan wahai paduka*         Ikatan muhibah jangan dibuka,

Intan terpilih muda yang sedar*       Ke arah kebajikan elok beredar
Menuju kebaikan banyakan sabar*                Memohon kepada Allahuakbar,

Tabiat gopoh berkelam kabut*         takbur dan riak pula mengikut
Sombong bermegah dijalan tak patut*       Harus tak siapa berasa takut,

Jangan dicucuk si Obor – Obor*       Miangnya tidak dapat ditutur
Memberi bergaru duduk berunjur*                Daging yang singsat menjadi kendur,

Wahai Paduka Ratna Tempawan*   Mestikah ayah anakanda ku tuan
Di tempat yang bukan jangan berlawan*   Nama yang baik harus tertawan,

Adat dunia memang beredar*           Madam seperti gelap berpusar
Ke arah senang disangka sukar*      Ke arah kesulitan sahaja terbiar,

Bertiup angin mendayu – dayu *      Bunyi seperti burung jentayu
Pokok yang rendang berdaun layu*               Sedikit tak berharga madah nan sayu,

Tersangat susah menghadapkan hasrat*   Kaki berjalan ke timur ke barat
Sebegitu jauh tujuan melarat*          Umpama perahu muatan sarat,

Kehendaknya Allah Tuhan yang Baqa*         Kepada hambanya makhluk belaka
Sama ada adik ataupun kakak*         Berpujuk rayu hampa belaka,

Kepada dagang tiada apanya*           Asalkan kebajikan padanyatnya
Sekalipun hampa tak kenapanya*   terpulanglah kepada yang menjadikannya,

Terpulang kepada Tuhan yang Esa*               Yang menghendaki maha berkuasa
Perbuatan yang baik hendaknya sentiasa*               Jangan berputus memutus asa,

Wahai Tempawan Ratna Mestika*  Saudara handai adik dan kakak
Perbuatan baik hanya seketika*       Bukannya jujur tetapi leka,

Wahai emasku muda yang bijak*     kesudian batin jarang ternampak,
Misal berjalan tidak bertapak*          Jasa berbakti jangan dirosak,

Wahai pakulan muda budiman*       Cahaya mata mudahan beriman
Mudahan mendapat fikir siuman*  Berbaik dengan saudara teman,

Wahai anakanda muda bangsawan*             Kemala ayahanda emas tempawan
Muda remaja lagi pahlawan*              Hendaklah diunjar fikir dermawan,

Hendaklah tahu emas timangan*    Fakir setia yang kebilangan
Terbahagi tiga pada bilangan*          Hendaknya dituntut ditinggal jangan,

Pertama iman yang mulia*   Kedua Islam yang diperkaya
Ketiga Ihsan yang amal berbahagia*             Dengan sebulihnya amati dia

Wahai anakanda intan terpilih*        Saudara sahabat jangan berselisih
Perkara yang jahat jangan digalih*                Bertulus mesra seberapa boleh,

Kehendak Allah Tuhan yang Robbana*       Ke atas hambanya mulia dan hina
Berjenis cara bentuk dan warna*     Hina mulia lekas tak bina,

Wahai juwita muda yang sadah*      menduga manusia bukannya mudah
Terkadang lekas kebanyakan batah*             Hendak mengetahui muda yang petah,

Muda yang petah seumpamanya*   Bersungguh takut kepada tuhannya
Taat menyembah pada tuhannya*  mengeluarkan zakat harta bendanya,
Menghubungkan kasih kepada saudara*   Disertai dengan niat yang mesra
Kejalan kebajikan ia bersegera*       Harus terjauh daripada mara,

Jangan diturut adat yang musykil*                Kepada kita dipandang ganjil
Dengannya kita tak sama fi’el*          Tiada memilih besar dan kecil,

Adat yang musykil biar dipaling*     supaya pandangan tiada runsing
Kata telahan tiada bising*    Sesama kita tiada bergerling,

Kuntau dan terlak jika sebaya*         Cakak cemandi silat bergaya
Hendaknya padan sesama dia*          Baharukan termashur nama perwira,

Wahai anakanda muda handalan*  Berjaga – jagalah mengorak jalan
Dalam percampuran majlis bualan*               Di tempat keramaian majlis pergaulan,

Dalam pergaulan taulan dan handai*           Membawa diri hendaknya pandai
Kata dan tutur biarlah permai*         Musuh kenalan mudahan damai,

Kehendak Allah Tuhan semesta*     Kepada hambanya sekalian rata
Ada yang kaya miskin peminta*        Ada kegunung naik bertapa,

Anakanda pakulan Ratna Tempawan*         Jangan sekali berhati sawan
Jalan yang salah mesti dilawan*      Hendaknya jangan mahu di tawan,

Budi yang baik juga dikenang*          Bahasa yang halus berhati tenang
Kelakuan yang tampan menandakan menang*      Itulah jalan supaya senang,

Hendaklah berani ditimbang benar*             Jangan banyak membuat onar
Sesama kita hendak disinar*                               Terpeliharalah kita daripada bangar,

Benda perkara yang manfaat* hendaknya di cari sehingga dapat
Walau di laut waima di darat*           Mahulah di unjar seberapa cepat,

Jangan pula terlampau gopoh*        Menghadapi perkara yang kita tempuh
Pikirkan dahulu bersungguh – sungguh* Barula dapat jalan yang sungguh,

Jika bulunya hitam berkilat*               Dari laut datang melarat
Budi perangai tiada pelikat*               Di dalam hati dengki dan hasat,

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.