LIMBARUH HIJAU 23 januari 2009 - SURUHANJAYA PEMILIHAN UMUM (SPU) Kepimpinan Parti hingga kelmarin masih lagi menyemak dan meneliti ratusan borang-borang penamaan calon yang akan layak memasuki pusingan eliminasi kedua dalam proses pemilihan barisan kepimpinan parti sesi 2009 - 2012.
 |
"Proses penamaan calon yang bermula 1 Januari telah berakhir pada 20 Januari dan SPU telah memulakan tugas menyemak dan meneliti borang-borang penamaan bermula dari kotak penamaan Daerah Brunei-Muara pada 21 Januari".
"Hingga petang kelmarin SPU masih lagi menyemak dan meneliti borang-borang penamaan calon dari Daerah Tutong setelah selesai meneliti semua borang-borang penamaan dari Daerah Brunei-Muara dan Temburong", menurut Haji Wan Mohamad Zain Tunku Ali, Pengerusi SPU ketika di hubungi Aspirasi-NDP.
|
Katanya sejauh ini lebih 400 nama-nama calon bagi jawatan peringkat pusat dan ranting telah di cadangkan oleh ahli-ahli dari daerah Brunei-Muara, Tutong dan Temburong. Ini belum lagi termasuk calon-calon yang di cadangkan oleh ahli-ahli dari Daerah Belait, jelas Haji Wan Mohd. Zain.
Menurut Pengerusi SPU kotak Daerah Belait mungkin akan di buka besok hari Sabtu sebaik sahaja SPU selesai meneliti semua borang-borang penamaan calon yang di terima dari Daerah Tutong.
 |
"Pengumuman nama-nama calon yang layak memasuki pusingan eliminasi kedua akan di umumkan sebaik sahaja semua borang--borang penamaan calon selesai di semak dan calon-calon di sahkan layak untuk melalui proses eliminasi seterunsya".
"Calon-calon yang di namakan akan diberikan penerangan mengenai proses seterusnya untuk melayakkan mereka memasuki pusingan eliminasi kedua", jelas Pengerusi SPU.
|
|
|