Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

KENALI NEGARA SAUDARA KITA

SEMENANJUNG GAZA

Dengan wilayah sepanjang 40km dan lebar kira-kira 10km, Semenanjung Gaza kini dihuni oleh kira-kira 1.5 juta penduduk Palestin.

Bentuk sempadan wilayah ini pada awalnya ditentukan berdasarkan Garisan Armistice ketika negara Israel dibentuk dalam tahun 1948. Ia kemudiannya mengalami pengubahsuaian berikutan hasil perang Arab – Israel pada tahun 1967 yang menyaksikan negara Israel semakin berjaya diperbesarkan. Sejak perang itulah juga pentadbiran wilayah Gaza berpindah dari tangan Mesir kepada Israel.

Dalam tahun 2005, Israel menarik balik semua tenteranya yang berada dalam wilayah Gaza bersama-sama penduduk awam dari kalangan bangsa Yahudi yang sebelumnya menetap di wilayah berkenaan. Bagi Israel, pengunduran tersebut diharap akan dapat meredakan tekanan masyarakat antarabangsa yang menghendaki mereka keluar dari wilayah Gaza. Bagaimanapun, tindakan di pihak Israel yang dilihat sebagai cuba mengelabui mata dunia itu tidak diterima masyarakat antarabangsa kerana Israel masih mengenakan kawalan di kebanyakan kawasan sempadan wilayah Gaza, termasuk kawasan perairan dan ruang udara.

Dalam bulan Jun 2007, pergerakan Hamas berjaya mengambil alih pentadbiran wilayah berkenaan dengan menewaskan pergerakan Fatah di bawah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas. Sejak itu juga, Hamas berjaya memisahkan wilayah ini daripada Tebing Barat dari sudut pentadbirannya.

Kependudukan

 

 

 

 

 

 

Bandar Gaza muncul sebagai kawasan penempatan yang paling padat dengan menampung kira-kira 400,000 penduduk Palestin. Bagaimanapun, seperti juga keadaannya dengan penempatan di bandar-bandar lain dalam wilayah ini, penduduk Bandar Gaza secara majoritinya diselubungi dengan kemiskinan dan pengangguran.

Dua buah lagi bandar yang agak besar dalam wilayah Gaza adalah Khan Younis yang terletak di bahagian tengah dengan menampung kira-kira 200,000 penduduk, dan bandar Rafah yang terletak di selatan dengan mempunyai kira-kira 150,000 penduduk.

Majoriti penduduk Gaza terdiri daripada keluarga pelarian atau mereka yang dihalau keluar dari wilayah Israel semasa negara tersebut dibentuk dalam tahun 1948. Sebahagian besar mereka tinggal di kawasan lapan buah kem pelarian yang diselenggarakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyediakan kemudahan seperti kesihatan, pelajaran dan bantuan kemanusiaan yang lain.

Kebanjiran lebih ramai pelarian ke wilayah ini, yang berlaku dari masa ke semasa, telah menyebabkan wilayah ini menjadi antara kawasan yang paling sesak di dunia. Pada masa ini kira-kira 20 peratus penduduk di wilayah Gaza tinggal di kawasan penempatan yang tidak mempunyai sistem saliran perkumbahan dengan limpahan air kotor memenuhi mana saja kawasan terbuka di sepanjang jalan raya.

Sekatan Israel

Tentera Israel sejak bertahun-tahun mengenakan kawalan keluar masuk yang ketat di pintu sempadan Gaza. Kawalan ini diperketatkan lagi sejak Jun 2007 bertujuan memencil dan melemahkan pergerakan Hamas.

Berikutan adanya kawalan ketat tentera Israel, penduduk Gaza dikatakan hanya berupaya menikmati kira-kira satu perempat saja daripada keperluan import dalam satu-satu bulan, sekaligus menyebabkan fenomena kekurangan bekalan makanan dan pakaian berlaku di mana-mana. Tentera Israel dikatakan hanya membenarkan barangan paling asas saja dibawa masuk. Barangan eksport tidak dibenarkan, menyebabkan ekonomi dan perdagangan wilayah Gaza hampir lumpuh.

Dalam bulan September 2007, Israel mengistiharkan Semenanjung Gaza sebagai “entiti pengancam” sebagai respon di atas tindakan pejuang Hamas melancarkan beberapa buah roket ke wilayah selatan Israel. Berikutan itu, Israel mengambil langkah meyekat import minyak ke wilayah Gaza, menyebabkan infrastruktur awam seperti rawatan sisa perkumbahan, bekalan air bersih dan perubatan mengalami kesan paling buruk. Israel cuba mempertahankan tindakan mereka dengan mengatakan tindakan tersebut tidak akan menimbulkan krisis kemanusiaan. Bagimanpun pada awal tahun 2008, beberapa agensi kemanusiaan yang berkunjung ke sana membuat kesimpulan keadaan yang wujud sebenarnya lebih buruk daripada masa Israel menduduki Gaza dalam tahun 1967 dahulu.

Bagi menguatkan kawalan keselamatan, tentera Israel telah membina tembok batu memisahkan negara itu dengan semenanjung Gaza.  Beberapa saluran yang dibuka di sepanjang sempadan bagi tujuan keluar masuk penduduk Palestin di kawal dengan ketat oleh tentera Israel. Selepas pengunduran Israel dalam tahun 2005, Israel cuba untuk mengambil alih kawalan di sempadan Gaza-Mesir bertujuan kononnya untuk mencegah penyeludupan tetapi gagal berikutan adanya tindakan antarabangsa yang mahukan tanggung jawab tersebut diserahkan kepada Mesir.

Secara rasminya, barang-barang yang diimport masuk ke Gaza di bawa dari Mesir melalui pintu sempadan Kerem Shalom, sementara barangan dari Israel pula di bawa masuk melalui pintu sempadan Sufa dan Karni yang sentiasa dikawal rapi oleh tentera Israel. Pintu sempadan ini bagaimanapun sering ditutup sejak Hamas mengambil alih Gaza. Demikian juga dengan satu lagi pintu masuk di utara, Erez, juga telah lama ditutup bagi mengelakkan pekerja dari kalangan rakyat Palestin masuk berkerja di Israel.

Dalam bulan November 2005, Israel atas saranan Amerika, bersetuju dengan rancangan untuk membuka sebuah pelabuhan khusus bagi penduduk Gaza di samping menyambung perkhidmatan pengangkutan dari Gaza sehingga ke Tebing Barat. Sejak dari itu, tiada sebarang tanda pembangunan seperti itu cuba dilaksanakan. Dan dengan keadaan yang berlaku pada masa sekarang, impian ke arah itu nampaknya bakal menjadi satu anggan-anggan kosong semata-mata. Wllahua’alam  (mmo).

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.