LIMBARUH HIJAU 26 JANUARI 2009 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan seluruh warga parti mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan bomba dan agensi-agensi keselamatan yang lain atas kegigihan dan keikhlasan mereka bertugas membantu mangsa-mangsa banjir kilat dan tanah susur yang telah melanda negara terutama Daerah Brunei-Muara lima hari yang lepas.
"Pasukan Bomba dan agensi-agensi keselamatan yang lain telah bertugas dengan baiknya membantu mangsa-mangsa banjir kilat dan tanah susur. Mereka juga, terutama sekali ahli-ahli bomba telah banyak membantu penduduk-penduduk di kawasan-kawasan terjejas membersihkan rumah-rumah mereka yang di masuki banjir kilat dan tanah susur".
"Keperihatinan mereka dan bantaun yang mereka hulurkan dengan ikhlas itu sangat-sangat di hargai dan seluruh warga NDP memanjatkan doa memohon kehadrat Allah agar membalasnya dengan pahala yang melimpah ruah", ujar Ayahnda Yasin Affandy sambil menyeru kepada Penghulu-Penghulu, Ketua-Ketua Kampong dan ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampong (MPM, MPK) agar turut sama turun padang 'mengelinga' anak-anak kampong mereka yang menjadi mangsa bencana alam tersebut.
"NDP telah banyak menerima aduan atas sikap sebilangan ahli-ahli MPM dan MPK yang di katakan kurang perihatin dengan keadaan anak-anak kampong mereka yang menjadi mangsa banjir kilat dan tanah susur tersebut".
"Dengan itu kita berseru kepada MPM dan MPK agar memboktikan tuduhan tersebut tidak tepat. Kita berharap penghulu-penghulu, ketua-ketua kampong dan ahli-ahli MPM dan MPK akan segera turun padang memeduli anak-anak kampong mereka yang menajdi mangsa bencana alam tersebut", ujar Presiden NDP.
Fenomena hujan lebat yang luar biasa di ikuti dengan tanah susur dan banjir kilat yang di alami negara di katakan paling teruk pernah di alami selepas 1991.
Antara kawasan yang teruk terjejas ialah Kampung Jangsak, Kampung Bunut, Kampung Mulaut, Kampung Lambak, Kampung Terunjing, Gadong, Jalan Kumbang Pasang dan beberapa tempat lain di negara ini termasuk beberapa kawasan di pendalaman.
Sebahagian jalan-jalan utama di persekitaran kawasan Bandar Seri Begawan di tenggelami air. Juga turut terjejas stesyen janakuasa letrik di Gadong menyebabkan terputusnya bekalan letrik, telefon dan air ke banyak kawasan perumahan dan perniagaan di sekitar Bandar Seri Begawan.
Boleh di katakan fenomena hujan lebat luar biasa tersebut telah melumpuhkan pusat pentadbiran negara buat beberapa hari. Ianya telah mendedahkan betapa infratsruktur kemudahan awam dan keselamatan negara yang telah di bina sejak 25 tahun yang lepas belum cukup bersedia berhadapan dengan senario bencana alam yang lebih teruk.
Banyak persoalan-persoalan berkaitan dengan perancangan terutama dalam keadaan negara menghadapi kecemasan yang timbul dari banjir kilat dan tanah susur tersebut.
Antaranya apa terjadi dengan perancangan membina stesyen janakuasa di Bukit Panggal? Mengikut perancangan janakuasa tersebut sepatutnya berfungsi memberikan sokongan apabila bekalan letrik dari janakuasa letrik di Gadong terputus. Tetapi ini tidak berlaku. Kepana?
Senario inilah yang membuat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sekembali Baginda dari luar negara terus turun padang dua hari lepas untuk mendapatkan jawapan dari menteri-menteri kabinet berkenaan.
|