Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Pemilihan Umum proses mewujudkan tadbir urus baik dalam parti

LIMBARUH HIJAU 11 JANUARI 2009 - PEMILIHAN UMUM (PEMILU) Kepimpinan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) bagi sesi 2009 - 2012 sudah mula sejak 1 Januari 2009 dengan pelancaran proses penamaan calon-calon bagi jawatan peringkat pusat dan ranting.

Proses penamaan calon di jadualkan berakhir pada 15 Januari ini dan akan di ikuti dengan proses saringan atau eliminasi berikutnya sebelum calon-calon di layakkan bertanding.

Dalam lain perkataan PEMILU 2009 akan menyaksikan ahli-ahli NDP melaksanakan hak mereka untuk menamakan dan mengundi calon-calon pilihan mereka yang mereka fikirkan layak untuk di letakkan di barisan kempimpinan parti bagi 3 tahun mendatang ini.

PEMILU 2009 akan menyaksikan pengamalan demokrasi dalam parti. Dari prespektif NDP, sistem demokrasi yang di amalkannya merupakan satu proses pemilihan barisan kepimpinan yang akan berperanan membawa suara mereka dan isu mereka ke peringkat nasional. Barisan kepimpinan yang mereka pilih ini akan membuat keputusan bagi pihak mereka dan mengerakkan parti melalui pengamalan sistem syura.

Itulah sistem demokrasi yang coba diketengahkan NDP selain dari mengambil pendekatan tersebut atas kesedaran dan dengan harapan untuk mewujudkan sistem urus tadbir yang baik dalam parti.

Bercakap mengenai sistem urus tadbir yang baik ini dan dalam konteks pengamalan sistem demokrasi dan kaitannya dengan pilihanraya atau pemilihan umum, marilah kita sama-sama renong tulisan NORIZAN SHARIF, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perkembangan Minda (INMIND) di Malaysia.

Beliau menulis...

"TIDAK lama lagi pengundi di Kuala Terengganu akan memilih Ahli Parlimen bagi mewakili mereka di Dewan Rakyat. Dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, seseorang Ahli Parlimen bukan saja membawa suara rakyat di kawasan yang diwakilinya, malah bersuara dalam isu nasional yang menyentuh kepentingan bersama.

Pilihan raya adalah satu proses pembabitan rakyat dalam sesebuah negara dan ia adalah sebahagian daripada ciri tadbir urus yang baik.

Aart Kraay (Bank Dunia) mendefinisikan tadbir urus sebagai 'tradisi dan institusi di mana kuasa dilaksanakan.

Ini termasuk:

(1) proses di mana kerajaan dipilih, dipantau dan digantikan,

(2) kemampuan kerajaan untuk secara efektif merumuskan dan melaksanakan dasar yang baik, dan

(3) penghormatan rakyat dan negara kepada institusi yang mengawal interaksi ekonomi serta sosial di kalangan mereka.'

Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (ESCAP) meringkaskan takrifan itu sebagai 'proses membuat keputusan dan proses di mana keputusan itu dilaksanakan (atau tidak dilaksanakan).'

Tadbir urus baik merujuk kepada interaksi yang sihat antara pelbagai pihak seperti kerajaan, sektor perniagaan dan masyarakat madani. Interaksi yang sihat ini menuntut kewujudan pembabitan, pertanggungjawaban, ketelusan, kesamaan, kesepakatan dan beberapa ciri positif lain.

Tadbir urus buruk pula adalah interaksi secara kurang sihat membabitkan kelompok yang disebutkan terdahulu. Di sini wujud elemen seperti sekatan keterlaluan, hubungan tertutup, ketidakpercayaan antara satu sama lain, pelanggaran undang-undang dan konflik yang tidak terurus dan berterusan.

Pilihan raya adalah satu mekanisme penting yang menyumbang kepada tadbir urus baik sesebuah negara.

  • Pertama, ia memberikan ruang dan peluang kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan. Proses ini boleh berlaku secara terus atau melalui institusi atau perwakilan yang sah.
  • Pilihan raya adalah satu proses memilih perwakilan dan Dewan Rakyat adalah satu institusi yang sah bagi mewakili suara orang ramai. Melalui pilihan raya, seseorang berpeluang menyuarakan pendapat dan membuat pilihan.

  • Kedua, pilihan raya menunjukkan wujudnya kestabilan politik dan ini penting dalam konteks tadbir urus . Tadbir urus baik tidak boleh wujud apabila rakyat mempunyai persepsi bahawa sesebuah kerajaan boleh disingkir melalui kaedah yang bertentangan dengan perlembagaan.

  • Ketiga, pilihan raya juga menunjukkan bahawa semua pihak menghormati kedaulatan undang-undang. Ini bermaksud rakyat menerima kewujudan kerangka sistem perundangan yang bebas dan adil. Ini bertujuan melindungi hak-hak asasi manusia, terutama sekali hak golongan minoriti.

  • Keempat, pilihan raya berorientasikan kesepakatan. Di mana-mana negara, akan wujud kepentingan yang berbeza. Tadbir urus menuntut konflik kepentingan diuruskan dengan cara membentuk kesepakatan di kalangan semua pihak yang terbabit. Walaupun ada persaingan sewaktu tempoh berkempen, akhirnya semua pengundi akan akur dengan keputusan dibuat secara kolektif.

  • Kelima, pilihan raya membolehkan rakyat menilai kecekapan dan keberkesanan dasar dan program pembangunan. Pada masa sama, pilihan raya juga menjadi neraca kredibiliti kerajaan dan kepercayaan rakyat kepada pemerintah. Jika kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, maka ia akan dipilih semula. Begitu jugalah sebaliknya.

Atas semangat mewujudkan tadbir urus baik dalam sistem politik negara, maka pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini harus berjalan dengan baik.

Ia bukan saja memberikan peluang kepada rakyat untuk terbabit dalam proses membuat keputusan, malah meningkat tahap tadbir urus baik di negara ini".

Mengamat-amati tulisan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perkembangan Minda (INMIND) di Malaysia tersebut, kita dalam NDP yang sekarang juga sedang sibuk melalui proses pemilihan umum kempimpinan parti di harapkan akan dapat sama-sama menjayakan PEMILU 2009 ini yang kita lihat sebagai penentu kemajuan masa depan parti dan perkembangan politik di negara ini. Wallahuwalam.

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.