Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Orang Ramai Banjiri Bangunan Kementerian Ugama

LIMBARUH HIJAU 17 JANUARI 2009 - ORANG RAMAI di laporkan telah mebanjiri bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama di Berakas berikutan titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di persidangan Majlis Ugama Islam pada Selasa baru lepas.

Tidak ada maklumat jelas kenapa mereka berpusu-pusu datang ke bagunan kementerian tersebut.

Menurut bisik-bisikan mereka yang berada di bagunan tersebut borang permohonan mendapatkan wang zakat sedang di edarkan. Wallahuwalam bisawab.

Mudah-mudahan ianya merupakan berita angin sahaja. Dan jika ianya berita angin, pihak-pihak berwajib perlu mengambil langkah segera meredakan keadaan dan membetulkan mana yang silap jika sekiranya berita angin tersebut berpunca dari salah tafsiran orang ramai terhadap mesej titah Baginda Sultan di persidangan tersebut.

Satu perkara yang perlu di ingat titah di sasarkan kepada ahli-ahli Majlis Ugama Islam yang di berikan amanah mengurus dan mentadbir sistem zakat di negara ini.

Dalam masa bertitah Baginda Sultan jelas mengambil posisi selaku pimpinan teratas Majlis Ugama Islam yang akan di hisab dan di soal jawab nanti di akhirat mengenai dengan pengurusan zakat dan pembelaan fakir miskin di negara yang di pimpin Baginda ini.

Justeru Baginda Sultan menyatakan kebimbangan Baginda terhadap ketirisan dalam sistem pengurusan zakat dan meletakkan diri Baginda bersama rakyat serta meluahkan sentimen rakyat Baginda yang sepatutnya berhak menerima bantuan wang zakat tetapi besar kemungkinan di nafikan hak mereka atas sebab pengurusan zakat yang tidak betul.

Arahan Baginda ialah agar pengurusan zakat secepat mungkin di perbiaki dan pengagihan di buat secara lebih bersistematik.

Baginda Sultan yakin jalan keluar dan penyelesaian isu kemiskinan di negara ini tidak sukar dengan adanya sistem pengurusan zakat yang baik.

Baginda Sultan mencontohkan negara boleh di isytihar sifar miskin walaupun sehari sekiranya baki wang zakat dalam simpanan yang mencecah hampir BND 240 juta di agihkan SECARA BERSISTEM kepada yang berhak di negara ini.

Tetapi apa yang menyedihkan nampaknya titah Baginda ini di salah tafsir lagi. Dan apa yang membimbangkan persepsi yang salah ini nampaknya menimbulkan keghairahan yang tidak di undang di kalangan orang ramai.

Dan apa yang paling menyedihkan semacam tidak ada inisiatif dari pihak-pihak berwajib untuk membantu Baginda Sultan membetulkan tanggapan yang tersasar ini.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.