LIMBARUH HIJAU 30 JANUARI 2009 - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Dato Haji Adanan Haji Md Yusof berserta rombongan yang terdiri daripada Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Pemangku Pesuruhjaya Buruh di laporkan telah mengadakan lawatan kerja ke Belanda selama dua hari dari 19 hingga 20 Januari lalu.
Menurut laporan lawatan kerja itu bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai tatacara pengurusan serta peranan Kementerian Hal Ehwal Sosial dan Pekerjaan, Belanda.
Lawatan itu juga bermatlamat untuk mempelajari secara dekat mengenai tatacara pengurusan dan pentadbiran, cara serta strategi yang diambil oleh Belanda terutama yang berkaitan dasar perburuhan dan hal ehwal pekerjaan.
Rombongan juga akan berpeluang meninjau Pusat Pekerjaan yang terdapat di Belanda serta usaha yang dilaksanakan oleh Belanda dalam menyalurkan pekerjaan kepada anak tempatan serta cara menangani masalah pengangguran.
Lawatan itu juga bertujuan untuk meninjau lebih dekat amalan terbaik dalam sistem perlindungan sosial yang terdapat di Belanda; program yang dikhususkan bagi pencari kerja tempatan dari aspek latihan kemahiran mengikut pasaran pekerjaan dan program meningkatkan pembangunan kapasiti tenaga kerja tempatan terutama di sektor swasta serta tatacara pengurusan dan pengawalan yang efektif ke atas pekerja asing.
Sehubungan dengan itu Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas inisiatif tersebut dan penuh berharap romobongan mencapai matlamat awal lawatan kerja tersebut di buat.
NDP berharap rombongan berjaya membawa pulang bersama mereka ilmu pengetahuan baru untuk di jadikan bahan pemikiran dalam langkah seterusnya memperbaiki iklim di sektor perkerjaan negara terutama dalam menangani isu pengganguran yang terus meningkat di kalangan anak tempatan.
Memang tidak di sangkalkan negara Belanda tersebut sangat terbilang bukan sahaja atas kejayaan strategi menangani isu pembangunan insan dan pengganguran malahan di banyak bidang pembangunan yang lain.
Contohnya tiga suku bumi Belanda berada dibawah paras laut, namun tidak pernah kedengaran negera itu di landa banjir kilat dan tanah susur yang serious.
Ini kerana Negara Belanda tersebut mempunyai sistem pengairan dan pengurusan perparitan, terusan, sungai dan pantai yang terbaik didunia.
Kita di Brunei jauh di belakang di bidang ini. Kejadian banjir kilat dan tanah susur baru-baru ini yang paling terok pernah di alami negara adalah bukti jelas perkara ini.
Dari itu jelas kita juga perlu belajar dari negara-negara maju seperti Negara Belanda bukan sahaja di bidang pengurusan sektor perkerjaan bagi mengatasi masalah pengganguran tetapi juga di bidang pengurusan perparitan, terusan, sungai dan pantai.
Makanya lawatan sambil belajar rombongan Pehin Menteri tersebut menarik perhatian NDP bukan sahaja berhubung tujuan utama lawatan di buat tetapi melihat peluang keemasan untuk Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan rombongan turut mempelajari sistem pengurusan perparitan, terusan, sungai dan pantai negara Belanda.
Mudah-mudahan saja semasa berada di sana rombongan terkenang akan isu banjir kilat dan tanah susur apabila menyakiskan kecanggihan sistem pengurusan perparitan, terusan, sungai dan pantai di Belanda.
Mudah-mudahan pendedahan hebat yang mereka lalui semasa berada di sana memberikan mereka inspirasi dan idea baru bukan sahaja di bidang pengurusan kemajuan sektor perkerjaan tetapi juga di bidang pengurusan banjir dan tanah susur. Amin |