LIMBARUH HIJAU 19 JANUARI 2009 - DALAM masa negara sekarang ghairah menangani isu kemiskinan melalui pendekatan Islamik, perhatian juga perlu di berikan kepada golongan miskin di kalangan masyarakat Non Muslim atau masyarakat zimmi di negara ini.
"Kita seharusnya jangan lupa golongan miskin di negara ini bukan sahaja di kalangan masyarakat Islam. Ramai juga saudara-saudara kita di kalangan masyarakat Non Muslim yang berada dalam kepompong kemiskinan".
"Justeru kita berseru kepada Majlis Ugama Islam dan juga agensi-agensi kerajaan yang berkenaan agar tidak terlepas pandang akan hakikat ini", seru sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kelmarin di sesi muzakarah bersama ahli-ahli NDP dan penduduk di Kampong Rambai Daerah Tutong.
Sesi muzakarah di anjurkan oleh Jawatankuasa Menyusur Desa yang di pimpin oleh Awang Mohamad Bahjou bin Abdullah Bundan.
Lebih 100 orang ahli-ahli NDP yang tinggal di persekitaran Mukim Rambai, Ukong dan Tutong hadir di sesi muzakatrah tersebut.
Naib-Naib Presiden NDP dari Belait, Tutong dan Temburong serta beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi parti dan wakil-wakil ranting juga turut hadir di majlis tersebut.
Menyentuh mengenai titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan baru-baru ini berhubung pengurusan zakat dalam konteks menangani isu kemiskinan, sdr Morshidi menekankan harapan Baginda Sultan untuk melihat langkah-langkah kearah penyelesaiannya dapat di ambil secepat mungkin dan dengan lebih bersistematik.
"Harapan Baginda seharusnya semua wang zakat yang di kumpulkan di uruskan dengan lebih efisyen agar dapat di agihkan sepenuhnya hingga tidak ada seorang pun yang berhak menerima bantuan zakat di nafikan haknya", ujar sdr Morshidi.
Namun demikian, tambah sdr Morshidi, walaupun dalam titah tersebut hanya di tumpukan kepada isu kemiskinan dan penyelesaiannya melalui pengurusan zakat, tidak bererti Baginda hanya berminat membela golongan miskin dari kalangan masyarakat Islam di negara ini.
"Dalam konteks yang lebih besar Baginda dalam titah tersebut meluahkan harapan untuk melihat negara sifar kemiskinan".
"Harapan Baginda jelas dan dalam konteks ini kita maklum Brunei yang penduduknya berbilang bangsa, kaum dan berbilang anutan tidak akan sifar kemiskinan jika hanya golongan miskin dari kalangan masyarakat Islam sahaja yang di bela, walhal masih terdapat kemiskinan di kalangan penduduk etnik yang tidak beragama Islam atau mereka yang di kategorikan sebagai masyarakat zimmi yang juga perlu pembelaan", tegas sdr Morshidi sambil di sambut dengan tempukan gemuruh dan laungan Allahhu Akbar dari hadirin terutama dari kalangan ahli-ahli Non Muslim.
"Sebagai negara Islam saudara-saudara juga perlu di lindungi dan di bela kerana jika negara gagal ianya akan mewujudkan 'social disequilibrium' yang akhirnya menjejaskan kestabilan sosial di negara ini".
"Social disequilibrium' ini akan membibitkan kekecewaan di kalangan masyarakat zimmi yang rasa terpinggir dan bibit-bibit kekecewaan ini akan akhirnya menghakis kesetiaan mereka kepada negara, bangsa dan raja. Mungkin tidak sekarang tetapi kesan negatifnya akan kita rasai sepuloh dua puloh tahun akan datang oleh anak cucu kita, ujar sdr Morshidi lagi.
"Justeru adalah menjadi tanggunjawab Kemenetrian Hal Ehgwal Ugama sebagai paksi utama Melayu Islam Beraja untuk juga memikirkan mekanisme menagani masalah kemiskinan yang jua di hadapi oleh masyarakat zimmi ini", saran sdr Morshidi di sesi muzakarah tersebut.
Katanya kementerian melalui Baitul Mal mungkin boleh menwujudkan satu tabung dana yang di kumpulkan dari wang sumbangan bantuan dari masyarakat Islam dan bukan Islam termasuk koporat-koporat khusus untuk membantu golongan miskin di kalangan masyarakat zimmi di negara ini.
"Saya yakin inisiatif ini bukan sahaja akan dapat membantu kita medakwahkan keindahan ajaran Islam di kalangan masyarakat zimmi akan tetapi dalam masa sama memeliharaan kestabilan sosial dan politik yang sudah sekian lama kita nikmati ini", ujar sdr Morshid sambil menambah ianya juga bertepatan dengan konsep Islam "Lita a’rafu, Lita a’ wanu, Arrahman Arrahim” .
|