Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

HAWA Pusat kunjung ziarah balu ahli NDP

Himpunan Wanita Pusat Parti Pembangunan Bangsa (HAWA) telah membuat kunjungan ke rumah balu mendiang Gawang Anak Brauk, Mariam Anak Gaian pada 28hb Disember 2008 di Jalan Pantai Kampung Sungai Liang untuk mengucapkan Selamat Hari Natal kepada beliau.

Kunjungan itu menerusi Program Jejak Ehsan Hawa Pusat juga turut bertujuan untuk bertanyakan perkhabaran balu mendiang itu sejak ditinggalkan suaminya pada 20hb Oktober 2008 lalu.

Mendiang Gawang Anak Brauk merupakan salah seorang jawatankuasa Non Muslim Perhubungan Daerah Belait yang aktif bergerak dalam parti ini sejak beliau menyertai parti pada tahun 2006.

Balunya Mariam juga merupakan anggota wanita NDP yang aktif menyertai berbagai program yang dianjurkan oleh wanita baik di peringkat pusat mahupun daerah.

Rombongan tersebut yang telah diketuai oleh Ketua Himpunan Wanita Pusat Dyg Hjh Saemah Hj Kepli turut menyumbangkan cenderahati kepada Dyg Mariam sebagai hasrat menambah ceriakan lagi sambutan Hari Natal bagi beliau dan keluarganya.

Mendiang Gawang Anak Brauk menghembuskan nafas akhirnya dan meninggalkan isteri dan seramai Sembilan orang anak-anaknya beserta cucu-cucunya pada awal pagi ketika hendak bersiap-siap untuk pergi bekerja.

Balunya menyambut kunjungan rombongan Hawa Pusat pada hari itu dengan genangan air mata dan dalam perbualan bersamanya terus menceritakan kesedihan setelah kepergian suaminya. Beliau juga memberitahu sambutan Hari Natal tahun ini disambut keluarga itu secara sederhana kerana kepergian suaminya masih segar dirasakan.

Mudah-mudahan dengan adanya kunjungan Jejak Ehsan itu sedikit sebanyak telah dapat membantu menceriakan hati wanita itu.

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.