Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Doa untuk rakyat Palestine

NDP lancarkan tabung bantuan rakyat Palestine

LIMBARUH HIJAU 15 JANUARI 2009 - AHLI-AHLI Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kelmarin mengadakan majlis bagi menterjemahkan kekecewaan dan kesedihan mereka terhadap tindakan ganas dan melampau Israel di Gaza yang telah mengorbankan lebih 800 jiwa rakyat Palestine terutama kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa.

Di majlis tersebut ahli-ahli yang hadir mendengarkan sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP berucap mengutuk keganasan dan kekejaman Israel dan kesedihan atas penderitaan yang sedang di alami oleh rakyat Palestine.

Beliau juga menegaskan sokongan padu NDP kepada kerajaan yang telah mengeluarkan kenyataan megutuk sekeras-kerasnya ketidak adilan Israel dan menyeru agar keganasaan tersebut di hentikan segera.

Malai Hassan Othman, Ketua Biro Hubungan Antarabangsa dan Keamanan juga turut berucap meluahkan kekecewaan terhadap tindakan ganas dan melampau Israel di Gaza.

Sementara itu Setiausaha Agong NDP, sdr Haji Aminorashid Haji Ghazali dalam ucapannya menegaskan bahawa beliau memahami perasaan sedih dan kecewa ahli-ahli terhadap pergolakkan di Gaza justeru beliau menyeru ahli-ahli agar sentiasa memanjatkan doa dan memohon kepada Allah bagi keselamatan rakyat Palestine di Gaza yang sedang menghadapi serangan ganas Israel.

Di majlis tersebut senarai barangan Israel juga di edar-edarkan bagi pengetahuan ahli-ahli yang berhajat untuk memboikot barangan Yahudi sebagai tanda protes atas kekejaman rejim Zionis keatas rakyat Palestine.

Majlis di akhiri dengan ahli-ahli beramai-ramai memanjatkan doa memohon ke hadrat Allah agar melindungi rakyat Palestine dari terus di zalimi oleh rejim Zionis dan memohon agar keamanan di pulihkan segera di Gaza.

Sebelum majlis bersurai ahli-ahli beramai-ramai melaungkan 'Hidup Palestine' Hidup Palestine, Hidup Palestine, Hancur Israel, Hancur Israel, Hancur Israel' dengan penuh semangat.

Sementara itu Dewan Harian NDP yang bersidang di sebelah petang kelmarin memutuskan untuk melancarkan tabung bantuan bagi rakyat Palestine.

Tabung Bantuan akan di kendalikan oleh Biro Keselamatan dan Kecemasan NDP di bawah pimpinan Ketua Biro, Major (B) Haji Jaafar.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.