LIMBARUH HIJAU 30 JANUARI 2009 - KEJADIAN banjir kilat dan tanah susur yang paling teruk pernah di alami negara seminggu lepas adalah natijah kelemahan dasar perancangan dan pembangunan fisikal negara sejak merdeka 25 tahun yang lalu.
Perkara ini jelas jika di kaji kedudukan negara dalam bidang pengurusan dan pemeliharaan alam sekitar sejak ianya memulakan lebaran baru sebagai sebuah negara merdeka pada 1984.
Mula-mula kita teliti sebuah buku bertajuk 'Handbook of Environment Impact Assesment' Volume ll terbitan University of Birmingham pada tahun 1999.
Dalam buku tersebut kajian isu alam sekitar di negara-negara rantau Asia Timur telah di bentangkan. Negara Brunei tidak terkecuali. Dalam laporan buku tersebut kedudukan dasar negara dalam pengurusan dan pemeliharaan alam sekitar turut di sentuh.
Menurut laporan tersebut Brunei telah mengenalkan plan induk (Master Plan) pertama pembangunan negara pada 1986.
Pada tahun 1989 barulah sebuah unit alam sekitar dan lanskap di tubuhkan dan 5 tahun kemudian iaitu pada 1993 ianya di naiktaraf menjadi sebuah seksyen alam sekitar berasingan di bawah Kementerian Pembangunan.
Peranan seksyen tersebut ialah untuk menyelaras dan mempromosikan dasar alam sekitar di negara ini.
Brunei juga mempunyai Jawatankuasa Alam Sekitar peringkat Nasional yang mana ahli-ahlinya terdiri dari ketua-ketua jabatan.
Semasa laporan di buat iaitu pada 1999 di dapati JK tersebut sedang merancang strategi nasional alam sekitar selaras dengan Agenda 21 Konferensi Alam Sekitar Rio De Jenario 1992.
Draf cadangan yang dihasilkan semasa laporan di buat menunjukkan isu hakisan dan tanah susur, 'siltation', pembuangan bahan pepajal dan bahan toksik, pencemaran air, udara dan bunyi merupakan antara isu yang perlu di tangani
Buat masa ini, menurut laporan yang sama, Negara Brunei belum mempunyai sebarang perundangan yang mantap mengenai Kajian keatas Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact Assesment- EIA).
Namun demikian kajian kesan keatas alam sekitar di dapati turut juga di laksanakan secara sukarela dan ad hoc dalam penyediaan fesibility study bagi projek-projek mega.
Selain itu projek-projek pembangunan juga di kehendaki mengambil kira isu alam sekitar seperti yang di perlukan oleh Akta dan Peraturan Perancangan Bandar dan Desa, Akta Lembaga Bandaran, Akta Tanah dan Akta Petroleum.
Sementara kajian juga menunjukkan cadangan untuk memperkenalkan EIA hanya diketengahkan dalam Rancangan Kemajuan Negara ke-6 bagi tahun 1991-1995 dan cadangan tersebut di perkukuh lagi dengan cadangan memperuntukkan perundangan alam sekitar dalam RKN ke-7 bagi tahun 1996-2001.
Terkini Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di fahamkan isu alam sekitar di berikan lagi penekanan dalam RKN 2007 -2012.
Menurut perancangan di bawah RKN tersebut. penekanan akan ditumpukan kepada perlindungan dan pemulihaaraan alam sekitar serta mengekalkan sumber semulajadi.
Tumpuan ini memerlukan dasar baru seperti pengurusan kitaran semula sampah, perancangan bandar dan desa, perlinduyngan biodiversiti dan spesis hidupan yang terancam, pemeliharaan ke atas pengeluaran dan perladangan hutan, pemeliharaan sumber air, mengelakkan tanah susur, membaikpulih tanah-tanah terbiar dan pengurusan sumber semula jadi secara communal.
Kerajaan juga akan mengenalkan Akta Alam Sekitar dan menilai semula Akta Perancang Bandar dan Desa, menurut buku RKN 2007 - 2012.
Wallahuwaalam...apa kedudukan terkini perancangan ini sekarang?. Apakah sudah di perkenalkan akta ini? bagai mana dengan sistem pemantauannya dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan?
Apa yang jelas masih terdapat kelemahan dalam sistem perancangan dan pengurusan pembangunan negara serta sistem pemantauan dalam konteks pemeliharaan alam sekitar dalam masa melaksana projek-projek pembangunan.
Terdapat semacam kurang 'political will' dalam sistem pengurusan dan pentadbiran negara untuk memperkenalkan perundangan alam sekitar yang jitu dan holistik dalam perlaksanaan projek pembangunan dan kemajuan fisikal negara.
Dan natijah dari kelemahan dan kurang 'political will' ini sedang kita rasai sekarang dalam bentuk rupa bencana alam! (mho)
|