LIMBARUH HIJAU 21 JANUARI 2009 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kelmarin mengeluarkan kenyataan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Barack Obama yang dengan rasminya telah di isytihar sebagai Presiden Amerika Syarikat ke 44 pagi 20 Januari 2009.
Ayahnda Yasin Affandy juga mengucapkan setinggi tahniah kepada rakyat Amerika atas pengisytiharaan Barack Obama sebagai Presiden mereka yang baru.
Dalam kenyataan tersebut Presiden NDP meluahkan harapan agar hubungan persahabatan yang sedia wujud antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat akan terus di kembangkan dan diperkukuh melalui kerjasama-kerjasama dua hala di arena serantau dan antarabangsa.
Begitu juga dengan hubungan persahabatan dan persefahaman antara rakyat kedua-dua buah negara, Presiden NDP berharap ianya akan terus di perkukuh dan di kembangluaskan lagi.
Dalam masa sama Presiden NDP juga menaruh harapan agar Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Barack Obama akan mengambil langkah-langkah melaksanakan dasar luar yang adil dan mesra perdamaian demi kepentingan keamanan sejagat.
Katanya NDP bersama masyarakat dunia yang lain dalam harapan untuk melihat Presiden Barack Obama dan pentadbirannya menunaikan janji-janji kempen mereka untuk memulihkan imej Amerika Syarikat melalui perlaksanaan dasar luar yang cintakan keadilan dan lebih mesra kedamaian dan keamanan bukannya perperangan.
"Barack Obama menang kempen pilihanraya AS atas janji untuk membawa perubahan dan membuat pembaharuan positif bukan sahaja kepada bangsa dan negara AS tetapi juga kepada suasana politik dunia".
"Justeru NDP seperti juga masyarakat dunia lain berharap Presiden Barack Obama tidak akan menghampakan harapan yang telah di jananya itu".
"Sehubungan dengan itu, NDP memandang jauh kehadapan dengan harapan pentadbiran Presiden Barack Obama akan menngambil pendekatan dasar luar yang lebih poisitf bagi penyelesaian antaranya, isu di Afghnistan, Palestine, Iran dan Iraq bagi tujuan memngembailkan kestabilan dan keamanan di Timur Tengah".
Begitu juga dengan pertikaian di Mindanao, Selatan Philippine, NDP berharap AS di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama akan mengunakan pengaruhnya untuk menegakkan keadilan dan memulihkan kedamaian diwilayah tersebut yang telah menyaksikan pertelingkahan berpanjanagan antara MILF dan Kerajaan Filipina, tambah Presiden NDP lagi.
Dalam masa yang sama, tegas Presiden NDP, NDP juga berharap AS di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama akan memilih laluan dailog dengan kumpulan-kumpulan dan juga mana-mana negara Islam dalam usaha menangani isu penganasan bukan nya melalui kekerasan atau tekakan ekonomi dan dasar luar yang tidak adil.
Sementara itu di Washinton, Barack Obama yang mencatat sejarah sebagai orang kulit hitam pertama diisytihar Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam upacara gilang gemilang di sini pagi tadi, memikul harapan tinggi dunia untuk memulihkan hubungan Washington dengan kebanyakan negara, terutama negara Islam.
Obama, 47, anak seorang lelaki dari Kenya dan ibunya, wanita kulit putih dari Kansas, mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44 di pekarangan bangunan Capitol, disaksikan jutaan manusia yang memenuhi National Mall, dari Capitol Hill ke Tugu Peringatan Lincoln, tempat pejuang hak asasi manusia kulit hitam, Martin Luther King Jr menyampaikan impiannya dalam satu ucapan bersejarah mengenai perpaduan kaum di Amerika pada 1963.
Tinjauan pendapat Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) London mendapati krisis kewangan global patut menjadi keutamaan teratas Obama, diikuti pengunduran tentera AS dari Iraq, menangani perubahan cuaca dan merundingkan perdamaian di Asia Barat.
Ketika memberi penghormatan kepada wira hak asasi manusia itu sempena hari jadinya kelmarin, Obama berkata: "Esok kita akan berkumpul di tempat yang sama di mana impian Dr King masih bergema".
"Apabila kita berkumpul di sini di Amerika, kita harus sedar bahawa nasib kita adalah berkait rapat di antara satu sama lain. Bila kita berjalan, kita berjalan seiringan.
"Tatkala kita maju ke depan bagi menunaikan janji kita kepada negara ini, kita tidak harus lupa pengajaran yang diperoleh daripada (Martin Luther) King - bahawa walaupun impian kita berasingan, ia adalah satu," kata Obama.
Pagi semalam, Obama dan isterinya, Michelle memulakan upacara pelantikan dengan mengunjungi presiden yang akan melepaskan jawatan, George W Bush dan isterinya, Laura Bush di rumah baru mereka di Rumah Putih.
Selepas mengangkat sumpah untuk 'memelihara, melindungi dan mempertahankan' perlembagaan AS, Obama menyampaikan ucapan sulungnya sebagai presiden.
Orang ramai mengharungi cuaca sejuk di Washington pagi semalam dan berasak-asak untuk menyaksikan pengisytiharan presiden baru mereka sama ada dari bahagian depan kepada sebilangan yang bernasib baik atau dari skrin gergasi bagi ribuan lain.
Renita King, 46, terbang dari Hosuton, Texas dengan anak lelakinya berusia enam tahun, Arthur, bagi menyaksikan penghapusan prejudis perkauman yang terpaksa dilalui oleh ibunya yang kini berumur 73 tahun.
"Saya berada di sini untuk ibu saya kerana dulu orang kulit hitam dihina dan dipanggil 'nigger'," katanya.
Perang terhadap keganasan adalah sebahagian daripada cabaran yang menanti Obama. Dari Gaza ke Guantanamo, beliau menghadapi dunia yang penuh dengan pergolakan.
Selepas upacara mengangkat sumpah, Obama dan Naib Presiden, Joseph Biden, makan tengah hari dengan anggota Kongres, hakim Mahkamah Agung dan barisan Kabinet baru termasuk Setiausaha Negara, Hillary Clinton.
|