| |
LIMBARUH HIJAU 6HB MAC 2006: Apa yang diluahkan oleh Pehin Dato Awang Haji Ahmad Jumat, Menteri Industri dan Sumber-Sumber Utama di Pesta Menuai di Temburong kelamarin sangat mengkagumkan para hadirin termasuklah pelancung-pelancung yang menghadirkan diri untuk menyaksikan majlis tersebut.
Ini kerana ia menggambarkan betapa Kementerian Perindustrian memberikan keutamaan kepada perkembangan dan kemajuan industri pertanian terutama sekali dibidang penanaman dan penghasilan padi di negara ini.
Dari aspek perhubungan awam, majlis tersebut sudah dapat mencapai matlamat untuk mengambarkan hasrat kerajaan berhubung usaha meningkatkan penghasilan padi dan masa depan yang yang positif terhadap industri tersebut.
Pelancung-pelancung yang ikut serta dimajlis itu terhibur dan mungkin berasa beruntung dapat melihat secara dekat budaya negara kita berhubung dengan upacara menuai padi.
Media-media utama di negara ini juga tidak ketinggalan memaparkan suasana riang ria majlis menuai itu dan juga melaung-laungkan ucapan Pehin Dato Haji Awang Ahmad Jumat berhubung usaha berterusan untuk membantu pesawah-pesawah memajukan sawah padi mereka.
Akan tetapi sebilangan pesawah yang hadir dan ada yang tidak hadir mungkin kurang yakin dengan apa yang diluahkan mengenai hasrat kerajaan untuk meningkatkan penghasilan padi di Temburong kepada kadar10 peratus dalam masa 10 ke 15 tahun mendatang.
Mungkin saja mereka melihat apa yang dikatakan itu hanya satu impian yang akan tinggal impian.
Ini kerana sebilangan mereka masih tertanya-tanya mengenai dengan masalah tunggakan pembayaran sejumlah lebih B$700 ribu yang belum dijelaskan sejak bulan Julai tahun lepas oleh pihak Jabatan Pertanian bagi pembelian padi dibawah skim pembelian balik padi dari pesawah-pesawah yang mengikuti program tersebut.
Ucapan Menteri Industri dan Sumber-Sumber Utama dimajlis menuai itu nampaknya tidak cukup untuk memberikan jawapan kepada isu tunggakan itu kepada mereka.
Majlis menuai yang penuh riang ria itu juga nampaknya belum dapat mendondangkan hati pesawah-pesawah yang masih risau akan masa hadapan mereka.
Hati mereka masih sedih memikirkan masalah pemberian baja yang tidak mencukupi yang mereka hadapi selama ini, masalah saliran dan pembentungan yang belum selesai dan juga masalah pengangkutan serta masalah jentera untuk memudahkan mereka memajukan sawah nampaknya tidak terhibur dengan majlis tersebut.
Parti Pembanguna Bangsa (NDP) juga turut merasakan kesedihan mereka dan berharap isu yang telah NDP panjangkan kepada pihak Jabatan Pertanian sejak Disember tahun lepas akan dapat di selesaikan dengan segera.
|
|