BELAIT 16 APRIL 2007: Mungkinkah sistem sekolah di negara ini yang menggalakkan murid-murid mengutip derma dari sanak saudara dan jiran-jiran sedikit sebanyak mengasuh anak-anak kita berjinak-jinak dengan budaya terminta-minta
Mungkin juga kita semua pun sama-sama bertanggungjawab menanamkan sikap terminta-minta dikalangan anak-anak kita dengan menghidupkan budaya memberi paket hijau di musim Hari Raya?
Persoalan ini diajukan oleh Awang Mahadi Haji Suhaili, Pengarah Bahagian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Parti Pembangunan Bangsa kepada Aspirasi-NDP berikutan tersiarnya isu terdapatnya kanak-kanak bawah umur bangsa Melayu Brunei yang sudah pandai 'cari makan' dengan cara berjaja kuih muih dan meminta sedekah di kawasan perniagaan dan juga di mesjid-mesjid utama di Brunei-Muara.
Isu mengenai fenomena yang sudah lama mengambil tempat dalam masyarakat kita ini telah diangkat menjadi isu nasional Jumaat lepas melalui mimbar-mimbar mesjid di seluruh negara. |
Gambar Hiasan: Relakah kita melihat senario ini terjadi di negara kita?
|
Jelas fenomena tersebut berpotesi berkembang luas dan ini merisaukan semua pihak termasuk golongan aliran ugama memandangkan ianya melibatkan kanak-kanak Melayu Islam Brunei.
Setentunya isu ini semakin serious hingga boleh megejutkan kita semua dari terus terlena dibuai mimpi-mimpi indah. Isu ini juga sudah nampak memberikan cabaran keatas usaha kita untuk memperkasa ketuanan Melayu di negara ini.
"Setentunya ianya menimbulkan banyak persoalan kenapa dan mengapa ianya terjadi dalam keadaan negara dan penduduk kita yang rata-rata dirahmati dengan kenikmatan hidup aman, sejahtera dan serba mewah".
"Bukan tujuan kita untuk menujuk jari akan tetapi saya melihat kita perlu menilai semula sistem-sistem sekolah yang menggalakkan anak-anak kita berjinak-jinak dengan budaya terminta-minta", ujar Awang Mahdi Haji Suhaili menyentuh mengenai sistem pengutipan derma untuk keperluan perkakas sekolah menggunakan tenaga murid-murid sekolah.
"Tujuan kita untuk mendidik anak-anak kita
dengan sikap kerjasama dan mengambil tanggungjawab untuk belajar berusaha membantu sekolah mendapatkan sumber-sumber kewangan untuk keperluan alat perkakas sekolah memang baik. Akan tetapi apa yang dapat kita lihat ianya dalam masa yang sama juga melatih anak-anak belajar meminta-minta".
"Terdapat kanak-kanak ini berjalan dari rumah ke rumah membawa buku pendafaran yang disediakan oleh sekolah-sekolah untuk meminta derma. Ia serupa meminta sedekah hanya caranya berlainan dan direstui oleh sekolah-sekolah", jelas AwangMahdi Suhaili.
"Lain halnya jika sekiranya kita mengasuh mereka untuk membuat kerja-kerja kebajikan di sekitar kampong mereka untuk tujuan mengumpul drema seperti yang dilakukan oleh Persatuan Pengakap dengan konsep 'Minggu Berkerja nya'", tambah Awang Mahadi Suhaili lagi.
Katanya begitu juga dengan budaya memberikan paket hijau disetiap musim Hari Raya.
"Masyarakat kita sudah berjaya menanamkan dan mengukuhkan sifat kebendaan kedalam diri kanak-kanak yang sekarang sudah sebati dengan keyakinan bahawa Hari Raya ialah hari durian runtuh bagi mereka".
"Kanak-kanak yang sudah terbiasa dengan budaya ini akan berkarih berjalan dari rumah ke rumah dan tanpa segan silu meminta paket hijau yang berisi wang sedekah dari tuan-tuan rumah-rumah yang dikunjugi mereka".
Justeru, saya berpendapat adalah wajar bagi pihak-pihak tertentu dan kita semua untuk sama-sama menilai semula segala tingkah laku, tindakan dan langkah serta inisiatif inisiatif yang kita amalkan selama ini yang mana sedikit sebanyak menyumbang kearah timbulnya fenomena meminta sedekah dikalangan kanak-kanak bawah umur ini', tegas beliau lagi memberikan pendapatnya.
Beliau mengakui memang pada hakikatnya kanak-kanak yang terlibat ini datang dari keluarga susah dan bermasalah.
Akan tetapi timbulnya masalah ini mengundang persoalan terhadap keberkesanan perkhidmatan kebajikan masyarakat yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu semata-mata untuk menangani masalah sedemikian dan juga menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan institusi kampong dan mukim yang telah diamanahkan untuk memantau dan memlihara kesejahteraan anak-anak kampong dan mukim.
Laporan Awal
Isu kanak-kanak peminta sedekah didedahkan melalui mimbar mesjid